Monday, November 22, 2010

DAH TIBA KE PENGHUJUNGNYA !

Akhirnya dah tiba ke penghujung! Setelah puas dan penat berhempas pulas, akhirnya hari yang dinanti-nantikan akan menjelma esok. Iya, esok, anak didikku bakal menduduki peperiksaan SPM. Aku tak mahu risau dulu, yang penting ialah anak didikku berusaha menjawab soalan peperiksaan kertas 1 esok. Dah bermacam-macam usaha, program dan nota-nota yang aku sediakan untuk mereka, seolah-olah aku yang akan menduduki peperiksaan. Itulah bezanya murid zaman sekarang dengan zaman dahulu. Apa-apapun aku harap mereka telah manfaatkan segala ilmu yang aku sampaikan pada mereka selama ini. Doaku sentiasa mengiringi kalian wahai pelajar SMKS, buat yang terbaik ok !


Sesi bengkel & pembentangan Program Sehari Bersama Julia



Contoh bahan untuk Program Sehari Bersama Julia & Sentuhan A






















Thursday, October 21, 2010

Boring !

Dah mula bosan balik dengan kerja dan sekolah !

Apa nak jadi ? Tak lama lagi dah nak SPM ...

Aku rasa penat sangat sebab sekolah kami ini hanya pentingkan BM sahaja, subjek lain tak

penting, yang penting BM mesti lulus !


Di sekolah ini, hanya aku seorang sahaja guru opsyen BM yang mengajar tingkatan 5. Yang lain semua bukan opsyen. Dan aku jugalah ketua panitia. Jadi segala beban tu hanya pada aku saja. Kalau mesyuarat aku sajalah yang asyik ditanya, kenapa tak capai sasaran, kenapa budak kelas hujung ramai yang gagal, kenapa ? kenapa? kenapa?

Oh bosannya !! Penatnya dengan semua ini, rasa macam nak balik kampung jer, balik temankan ibu, tentu ibu ternanti-nanti kepulanganku dan anak-anak ..... hmmm ....seronoknya balik kampung !


Wednesday, October 13, 2010

Inovasi Dalam Pengajaran Bahasa

Ha ! Itulah last paper kami Ahad ini. Boringnya, dahlah hari Ahad, pastu pukul 2.30 petang baru mula. Habis pukul 5.00 petang. Entah apa-apa jadual exam sem ini !



Hendak baca apapun tak tahu. Dr. suruh kami baca assignment yang masing-masing bentangkan baru-baru ini. Tapi kami agak keliru kerana selama ini pensyarah kami ini lebih menekankan falsafah berbanding inovasi itu sendiri. Agak-agaknya jadi macam menjawab paper Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi jugalah ! Baca bermati-matian sampai pukul tiga, empat pagi, yang dibaca tak keluar, yang tak baca pula yang ditanya. Hampeh tul !

Sunday, September 26, 2010

Kini segalanya hampir ke penghujung !

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama tidak update blog ini, sibuk berpanjangan. Hari ini barulah ada masa untuk menulis sedikit.
Selama ini asyik sibuk dengan mengajar di sekolah dengan budak-budak ting.5 hendak menduduki peperiksaan SPM, dan juga sibuk dengan urusan pengajianku di upsi. Disebabkan semester ini, aku ambil 4 paper, maka bertambahlah tugasan yang perlu aku selesaikan. Masa cuti hari raya baru-baru ini pun, aku tak beraya sangat, hanya 2 hari aku peruntukkan untuk sambutan, selebihnya aku terperap saja dalam bilik menyiapkan tugasan. Kasihan suami aku membawa anak-anak pergi beraya ke rumah kawan-kawan tanpa ditemani oleh aku. Apa boleh buat, ada 6 tugasan yang perlu aku siapkan. Tiap-tiap hari tidur pukul 2 atau 3 pagi, penatnya tak terkata.Bukan penat buat tugasan sahaja, tetapi juga power point untuk pembentangan, semua paper kena bentang.
Masa bentang paper proposal, frust tak terkata apabila penilai luar membantai kami tanpa belas kasihan, rasa terkedu dan terduduk. Seminggu lebih aku mati semangat, rasa macam nak berhenti belajar saja. Tidak ada langsung benda yang dipuji tentang tugasan kami, apa yang kami buat tak disentuh, mana yang kami tak buat atau salah buat, habis dikritik dan dihina dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Daripada seorang pensyarah yang aku hormati dan sanjungi selama ini, tiba-tiba semuanya bertukar menjadi kecewa yang teramat sangat ... Kalau kami buat salah atau tak betul, bimbinglah kami bukannya sampai tahap menghina, kami ni dalam proses belajar, baru kali pertama ambil master.
Tapi semangat yang hampir mati itu kembali pulih selepas pembentangan paper Inovasi dalam seminar pada Sabtu yang lepas, seronok sangat apabila aku sorang jer yang dipuji kerana bersungguh-sungguh membuat slide pembentangan yang lengkap dan menarik. Alhamdulillah segala penat lelah yang dicurahkan rasa berbaloi juga akhirnya.

Minggu ini 1 & 2 hb Oktober merupakan kuliah terakhir kami semester ini, minggu depan yang satu lagi 8, 9/10 dan 17/10 ialah minggu peperiksaan. Walaupun risau takut tak dapat menjawab dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya segala beban kerja dah habis.
Rasa lega yang teramat sangat, hanya ucapan kesyukuran yang mampuku ungkapkan. Alhamdulillah, semester 2 hampir sampai ke penghujungnya .... Doakan semoga aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti yer ..

Monday, September 6, 2010

Di persimpangan dilema

Ooops ....... dah agak lama tak update blog, sekarang ni sangat sibuk dengan assignment, banyak betul assignment yang kena siapkan. Semuanya kena hantar selepas raya, ada yang kena bentang, dan ada seminar.

Dalam kalut nak sambut raya dengan nak siapkan assignment, tiba-tiba ada pula peluang untuk meningkatkan kerjaya. Teringin sangat nak cuba, tapi takut tak mampu sebab terikat pula dengan pengajian masterku sekarang. Mula ym bagi, tapi bila betul aku nak pergi, dia macam tak berapa setuju. Mungkin aku perlu tunggu hingga habis dulu masterku .... entahlah kata orang peluang hanya datang sekali je dalam hidup kita !

Aku betul2 dalam dilema ...........

Thursday, August 26, 2010

Saturday, August 21, 2010

Assignment

Banyaknya assigment sampai dah rambang mata.

Macam mana aku nak siapkan semuanya ???

Kemahiran berfikir & berkomunikasi - 2 asgmt individu

Kaedah penyelidikan - 1 proposal individu

Kajian perbandingan tatabahasa - 2 asgmt individu

Kaedah inovasi dalam p&p - 1 asgmt individu

Trial spm BM - dateline key in markah - 4/9/10

Saturday, August 14, 2010

Lagu-lagu Wali Band

Jarang sekali aku hendak suka pada lagu Indonesia , kecuali lagu-lagu lama yang dinyayikan oleh Hetty Koes Endang, Broery Marantika, Endang S.Taurina dan beberapa nama lain yang aku sudah tidak ingat.
Tadi dalam perjalanan balik dari Tanjong Malim, aku baru teringat CD yang dibeli pada minggu lepas, aku capai satu daripadanya lalu aku pasang dalam kereta yang sedang aku pandu dengan laju. Kebetulan CD Wali Band (harap betul ejaannya ! ).
Selain dua tiga lagu yang biasa kedengaran di radio, aku lebih suka lagu-lagu ketuhanannya yang agak relaks. Sepanjang perjalanan aku sampai ke Taiping, hanya CD mereka saja yang aku pasang berulang-ulang dan lagu yang sama juga aku ulang-ulang ..... tapi sehingga turun kereta, aku masih tidak tahu tajuk-tajuk lagu yang aku suka itu. Oh ... teruknya aku !

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan al-Mubarak


Selamat menyambut 1 Ramadhan hari ini. Syukur alhamdullilah kerana sekali lagi berpeluang menyambut bulan puasa; bulan yang penuh kerahmatan dan keinsafan. Cepat sungguh setahun telah berlalu...
Banyak perkara yang telah berlaku dan banyak perkara yang memang ditakdirkan tidak boleh berubah. Apakah hati manusia juga boleh berubah? Misalnya, orang yang tidak berpuasa, adakah mereka boleh dan mahu berpuasa? Rasanya sukar bagi mereka ini hendak berubah !
Ah! malas rasanya hendak berbicara tentang mereka yang memandang enteng terhadap suruhan agama, terasa bagai mencurah air ke daun keladi. Kalau usia dah hampir separuh abadpun masih tidak mahu berfikir dan berubah, memang tak boleh buat apa dah ... masing-masing fikirlah sendiri !!
Kadang-kadang terfikir juga, alangkah besarnya nikmat dan anugerah Tuhan, banyak benda yang aku pohon, tiba2 semuanya dimakbulkan pada bulan yang mulia ini .... subahanallah...
Ya Allah, aku bermohon padaMu bantulah aku untuk menempuhi bulan Ramadhan ini dengan penuh kekuatan dan ketabahan, walaupun aku terpaksa bersendirian dalam hal ini .....
Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu ini, namun aku berharap suatu masa nanti, ada sinar perubahan dalam hidupku ini..... amin .

Saturday, August 7, 2010

Insaf !

Tadi masa balik dari Tanjong Malim, aku drive agak laju, dalam 120km/jam sebab nak cepat sampai. Tiba-tiba kat depan aku dalam jarak selang 6 buah kereta, aku ternampak sebuah ambulans dengan lampunya dinyalakan, di belakangnya ada sebuah mercedes hitam mengekori rapat, kemudian aku tengok kereta lainpun makin perlahan, tiba-tiba ramai pula yang memecut Dalam keadaan aku tak memakai cermin mata itu, aku dapat membaca tulisan atas ambulans tu tertulis "kereta jenazah". Dalam hatiku 'patutlah' ..

Mulanya ingat nak potong jer ... tiba2 rasa semacam pula !
Aku memperlahankan kereta, mengekori di belakang merz hitam itu tadi...
Entah macam mana, aku boleh mengelamun panjang ...
Terbayang pula kat kepalaku, suatu masa nanti aku dan juga semua orangpun akan jadi seperti itu juga ... cuma cepat atau lambat jer !

Tiba-tiba hati aku rasa sayu aje,
Aku teringatkan anak-anak aku,
apa akan terjadi kepada anak-anak aku, kalau aku meninggal awal ?
apa akan terjadi pada anak-anak aku, kalau suami aku juga meninggal awal ?
siapakah yang akan menjaga anak-anak aku?
Sedih menyelubungi hati aku ...
Ya Allah ya Tuhanku, hanya padaMu aku berserah dan bermohon
Kau panjangkanlah usiaku dan usia suamiku,
berikanlah kepada kami tubuh badan yang sihat,
kau rahmatilah anak-anakku,
jadikanlah anak-anakku, anak yang soleh dan solehah ..... amin.

Sesungguhnya aku menginsafi bahawa " dariMu kami datang, dan padaMu jua kami akan kembali " .

Saturday, July 31, 2010

My new hobby

Semenjak dua menjak ni aku dah ada hobby(minat) baru. Risau pula nak mengeja 'hobby' ni takut keliru dengan 'hubby'. Adakah ejaannya hobby atau hobi ? Semakin keliru pula aku. Haa... tu lah dah lama sangat tak fikir pasal hobby (kalau aku silap, tolong betulkan ya ! )

Sekarang ni aku suka sangat mengumpul buku-buku ilmiah. Tiap-tiap minggu aku akan membeli buku-buku ilmiah sama ada di Tanjong Malim ataupun di Taiping. Dah jadi semacam satu kegilaan atau ketagihan pula. Kalau tak dapat naskah asli, yang fotocopy pun jadilah (salah tak ? ) Tapi yang tak tahannya, buku-buku ilmiah ni harganya sangat mahal !
Nanti ada masa, aku uploadkan gambarnya !

Tuesday, July 27, 2010

APC

Apa itu APC ? Lazimnya, kakitangan kerajaan lebih tahu tentang APC ataupun Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini. Tiap2 tahun, prestasi kakitangan kerajaan akan dinilai melalui APC ini. Bagi yang dapat , seronok tak terkata, terasa kerja kita dihargai. Bagi yang tak dapat, maka menunggulah giliran masing2. Ada yang merungut, ada yang tak puas hati, ada yang tak kisah, ada yang buat2 tak kisah. Pokok pangkalnya, rumah siap pahat berbunyi.
Tapi bagi mereka yang menjadi Penilai pertama dan kedua, tugas dan tanggungjawab untuk menilai orang bawahan sangatlah berat. Ada yang ikut perasaan, ada yang kulaan, ada yang adil, ada yang kurang adil dan ada yang langsung tak adil. Apa2 pun, kat akhirat besok, masing2 jawablah ya !

Dalam setahun dua ni, aku tak nak ambil kisah lagi tentang APC, sebab aku dah 2 kali dapat ... fokus aku sekarang ialah pada pengajian aku. Akan ku kejar Master ku dulu, kemudian kalau ada rezeki mungkin aku akan kejar PHD pula (angan2).

Saturday, July 24, 2010

Dimensi Baru


Aku temui sesuatu yang baru, yang menarik, yang berbeza kali ini.

Aku temui apa yang aku tidak temui pada semester lepas.

Aku temui suatu sinar yang mendamaikan.

Aku temui kegembiraan yang kian sirna.

Aku temui persahabatan baharu.

Usia dan pangkat bukan ukuran

Yang penting keikhlasan dan kejujuran.


Thursday, July 22, 2010

Luluh !


Aku sudah tawar hati


Saturday, July 17, 2010

Cermin !


Pernahkah kau berfikir seketika
berada di tempatku?

Sebaris lirik daripada lagu Siti Nurhaliza
buat renungan saudara maraku
yang kusayangi dan kuhormati

Wednesday, July 14, 2010

Congratulations Dear !

Tahniah buat tersayang My beloved hubby (YM) sebab dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ... syukur alhamdullilah !

Last Year I dapat, this year is your turn, so kira seri lah kita .... hehe !!

Jangan lupa belanja kami makan taw !! I nak makan kat Flemington Hotel ... suka sangat fish filletnya yang sedap hingga menjilat jari tu ... haha.....

Saturday, July 10, 2010

sudah hampir ke kemuncak World Cup 2010

Malam ni penentuan tempat ke-3 & ke-4 World Cup antara German dengan Uruguay.
Dua-dua pasukan juga hebat.

Tapi aku tetap sokong German .... Yea .... idup German !!
Tapi yang tak syoknya, permainan bermula kul 2.30 pagi, time tu matapun dah tak terangkat !
Nampak gayanya waka waka tidur ler !!

Wednesday, July 7, 2010

Why ? Why? Why?

Why????? Kenapa kejamnya World Cup disiarkan 2.30 pagi ???
Memang aku tak puas hati lah ! Camne nak tengok, 5.30 pagi dah kena bangun siap2 nak pi keje?
Adushh !! sakitnya hati ini. Kena lak pasukan aku German lawan Spain awal pagi ni ....
Kenapalah aku keje pagi, kalau aku tak perlu kerja kan bagus ... heheh !
Waka waka tidurler !

Sunday, July 4, 2010

Harga Sebuah Pengorbanan !

Haha... mcm ya ya jer tajuknya !
Sebenarnya tajuk tu ada kaitan dengan diri ini. Sebab apa semasa kat Upsi semalam, tiba-tiba aku boleh berubah fikiran dan tambah satu paper lagi, menjadikan semuanya 4 paper untuk sem ini. Rasa macam bukan aku jer ! Tak tau lah mampukah aku kejar semua paper itu ? Tapi itulah aku, aku suka buat sesuatu yang mencabar minda dan fizikal aku ! Aiikk, macam riak jer cara aku bercakap (berfikir ) . Sebenarnya tak juga, cuma aku selalu rasa bosan/boring kalau asyik buat benda yang sama je. Sem lepas aku ambik 3 paper, terasa juga beratnya, tapi bila aku fikir balik, mungkin sebabnya aku baru sem pertama, jadi belum dapat sesuaikan diri lagi. So, sem ini aku rasa 'mungkin' aku dah tau cara nak bekerja dengan betul, kononnya lah !
Aku ada juga ajak Su coursemate aku, tapi dia kurang berminat. Katanya , "takut tak larat lak ... saya ni otak teruk sikit kak .... ". Haa ! tak boleh buat apa lah kalau orang yg jarak umurnya lebih muda 10 tahun boleh berfikir begitu, takkan aku nak paksa pula. So, aku kenalah berjuang seorang (sebenarnya tak juga, junior kami pelajar sem 1 , semuanya ambik 4 paper, termasuk sorang yang sedang pregnant 4 bulan) . Tujuan aku ambik 4 paper ialah supaya aku tak perlu pergi kuliah lagi sem 4 nanti, so boleh concentrate buat tesis je (boleh jimat duit, masa dan tenaga ).
Semalam kuliah kami sampai pukul 5.00 petang, kesian bila aku sampai rumah, dah dekat senja, anak2 aku dan suamiku tengok aku semacam je ! Lea pulak merajuk, tak mahu aku pegang/cium dia ..... Hmmm ... agaknya itulah harga sebuah pengorbanan !

Thursday, July 1, 2010

Semester baru dah bermula !

Esok, aku akan meneruskan perjalanan ku ke upsi lagi ... kali ni untuk semester ke-2.
Haha ... tapi tak taw kenapa sem ini kerap betul kami menukar paper, masuk ni dah kali ke-4 kami menukar (drop & add) paper, rasa macam tak ummph je apabila jumpa lecturer yang mengajar !

Pagi tadi aku menghadiri bengkel Tatabahasa di PKG Bagan Serai. Setelah sesat dua tiga kali pusing, akhirnya aku jumpa juga PKG itu.
Tapi kursusnya, hampeh betul ! Dah lah kena bayar RM10.00, nota yg diberi 2 helai sahaja, itupun latihan bukannya nota. Lepas tu penceramahnya main hentam kromo je, macam tak prepare apa2, dan banyak benda yang dia cakap tu, aku dah pernah baca dalam internet. Kalau bukan sebab my 2nd and 3rd boss sibuk paksa I pergi, rasanya tak kuasalah nak melayan.

Anyway, I lebih excited tentang assignment paper Kemahiran Komunikasi yang bakal kami kena siapkan. Dengar Maryam (my senior) kata, tajuk dah keluar, tapi jenuh I godek dalam internet satu bendapun tak jumpa, takpelah esok jumpa Maryam baru tanya lebih lanjut.
Hopefully segala-galanya berjalan lancar esok..

Monday, June 28, 2010

Tuhan Sedang Menguji !

Rasanya, Tuhan sedang menguji aku dan keluargaku.

Aku demam dan batuk dah seminggu lebih, penat tak terkata apabila kita terbatuk tengah malam, rasa macam nak mati je, dengan dada berdebar2, nafas tercungap2, semput dan kahak penuh tekak. Nak bernafas kena duduk baru boleh tarik ... memang kerap tahun ini aku diduga dengan batuk !

Anakku Lea telah dijangkiti batuk dan demam olehku, maklumlah tidur sekatil, naik satu kereta, memang tak boleh dielakkan. Kesian tengok, dia dah kurus dah , bila batuk2 macam ni, tak mau makan pula. Kadang2 tengah malam, kakinya sejuk macam ais, tapi kepala dan badan panas macam api.

Semester baru dah bermula, belum apa2 assignment dah berlambak. Itu satu hal, satu hal lagi ialah aku tak tau macam mana nak bagi tahu dengan ani yang aku tak mau duduk kat rumah dia kat kalumpang lagi. Jauh sangat dan tak selesa duduk dgn dia. Tersangat moody.... Aku dah sewa kat bahtera terrace, sebilik 2 orang, baik aku tinggal dgn orang yang aku tak kenal yang sama2 menyewa.... mungkin lebih bebas !

Banyaknya kerja kat sekolah, tak tahu nak start dengan yg mana dulu. Penatnya !

Ada orang yang bukan ahli keluarga kami, tapi suka masuk campur dalam hidup family kami. Haa, cam ne nak buat ?? Boringkan ! Kenapa ada manusia yang tak sedar diri dalam dunia ini yerr ??
Aku dah bosan !

Wednesday, June 9, 2010

Cuti Pertengahan Tahun

Eeii... tak sukanya cuti ! Ooops ! silap. Bukan tak suka cuti. Tak suka selepas cuti. Sebab apabila cuti kita dah 'dibiasakan' dengan segala 'M' = malas. Hehe...
Malas nak bangun awal pagi, malas nak buat kerja, malas hendak pi sekolah buat kelas tambahan, malas, malas, malas..... segala-galanya !
Tapi dalam malas2 akupun, hari ini aku pi juga ke sekolah buat kelas tambahan utk budak 5 Sc dan 5VT1. Balik dari sekolah dah pukul 1.00 lebih, penat bukan main ... kadang2 bila kita menerangkan sesuatu kepada pelajar, mulanya satu benda shj, tapi ia berkait pula dengan benda lain, dan seterusnya berkait pula, sampailah tak larat hendak bercakap, suarapun dah serak semacam. Harap2 bebudak tu dapatlah faham apa yg aku sampaikan dan harap2 mereka akan 'insaf' ler lepas ni, yang penting mereka manfaatkan segala petua, tips, dan ilmu yang aku curahkan, kalau tak kesian kat aku, memang aku penat sangat mengajar budak2 sekolah ni, sebab apa? sebab dia orang tu semuanya sama je, semuanya Malas Membacaa......
Tapi yang buat aku tension sekarang ni ialah aku belum habis menanda kertas 2 BM lagi, banyak sangat kena menanda, penatlah ! Kakitangan awam lain kalau bercuti, dia orang betul2 bercuti, tapi kalau cikgu, cutipun takde maknanya, dok terikat dengan kertas examlah, kelas tambahanlah, dan macam2 lagi. Dan markah pula kena submit 17hb iaitu sebelum buka sekolah. Bayangkanlah.... kesian kami cikgu2, dah macam mesin @ robot dah !!

Wednesday, June 2, 2010

Lihatlah Dunia !!

Hahaha.... Itulah ungkapan ever green oleh Azean Irdawati dan sering dijadikan bahan lawak jenaka oleh sesiapa yang menang dalam sesuatu pertandingan. Sebenarnya bukan itu isu aku kali ini.

Sekadar hendak berkongsi kegembiraanku dengan sesiapa yang melawat ke teratakku hari ini. Aku lulus dengan cemerlang dalam peperiksaanku baru2 ini. Aku dapat A semua paper. Yea!! Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaan.
Sebenarnya aku tak sangka langsung, ingatkan mungkin gagal atau tersangkut, tapi itulah realitinya, kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, kita pasti akan berjaya juga
Dulu ada juga orang yang mentertawakan aku apabila mereka dengar aku nak buat Master, " tak lewat sangatkah?", "Ai, tak sedar diri tu dah tua ker? ".... dan macam-macam lagi.
Tak kurang juga yang dengan sinisnya menyindir aku, kononnya aku buat Master sebab geram tak dapat pegang jawatan besar kat sekolah!
Puas aku menerangkan yang aku tak heran dengan jawatan, pangkat atau apa2 di sekolah, tapi mulut orang susah nak dikawal !
DAN sekarang untuk orang2 yang suka mengata-ngata aku, dan menganggap aku lemah, terimalah .... Lihatlah Dunia, Aku berjaya membuktikan yang aku lebih cemerlang daripada engkau orang, kalau kau orang hebat sangat, aku cabar kau orang ... Buatlah Master ... hehe...

Thursday, May 20, 2010

Jumpa Kekawan Lama

Pergi meeting Pesta Pantun peringkat daerah, di SMAI. Bawa sekali Yati, cikgu Gstt. Tak sangka jumpa kekawan lama spt Hafizah, Haliza dan juga kekawan yang selalu jumpa tapi tak pernah ingat nama (maaflah yer ... )
Bila jumpa balik Hafizah, rindu rasanya, maklumlah kami pernah bekerja di bawah bumbung yang sama di Mudzaffar. Masing-masing seronok mengimbau balik kenangan pahit di Mudzfr. Hanya kami yang faham apa yang pernah kami alami di sana, pahit getir, perasaan tidak dihargai .....
Masing-masing bersyukur kerana berjaya 'keluar' dari sana. Itulah hakikatnya. Segala beban yang terpaksa dipikul selama itu terasa lenyap dalam sekelip mata. Hanya kami yang faham !
Apa-apapun, doaku agar Hafizah dan anak-anak sentiasa sihat dan bahagia selalu. She is a nice lady indeed !
Haliza pula, kami selalu berselisih tapi tak pernah ada kesempatan bekerjasama. Semasa aku bertukar ke Mudzfr, dia bertukar ke Selinsing. Apabila aku bertukar ke Selinsing, dia baru sahaja bertukar ke Gunung Semanggol. Kami mengenali satu sama lain, tapi tak ada kesempatan bekerja di bawah satu bumbung. Tapi sekarang, aku bekerja satu bumbung dengan adiknya.
Haryati, Gstt yang aku bawa bersama, seorang yang rajin dan bersemangat, tapi nasib tidak menyebelahinya, banyak kali mohon KPLI nak jadi cikgu tapi tak pernah dapat. Mungkin belum ada rezeki ! Nasib baik ada dia, sekurang-kurangnya ada orang yang boleh membantu aku, maklumlah banyak betul kerjaku di sekolah ini.
Kebetulan pula ya, ketiga-tiga orang yang aku mention kat sini, nama mereka semua ada H

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Itulah ungkapan klise yang akan guru-guru dengar setiap tahun menjelangnya 16 Mei. Tahun ini dah 20 tahun aku menjadi Guru, jadi bermakna sudah 20 tahun aku menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" - lagu evergreen yang tak pernah jemu-jemu dilagukan setiap kali menjelangnya 16 Mei.

Tahun ini sekali lagi aku menyambut Hari Guru di sekolah baru. Tapi suasana sambutan tak banyak berbeza dengan sekolah-sekolah lain yang pernah aku ajar. Yang berbeza mungkin bangunan, tempat, dan acara yang diadakan. Sekolah kami agak 'bertuah' tahun ini kerana dikunjungi oleh PPD Kerian, Tuan Haji Mat Lazim sendiri, dan dia juga seronok berada di sekolah kami dan berada agak lama bersama-sama guru dan pelajar sekolah ini menyambut Hari Guru.
Tahun ini juga aku mendapat anugerah yang aku rasa kelakar lah: Anugerah Guru Cakap Paling Laju, tak sangka pula selama ini aku bercakap dengan laju, agak-agaknya berapa kelajuan aku bercakap yer ? erk...
Seronok dan terharu apabila buka facebook, ramai x-student yang hantar ucapan dan doa, tak sangka mereka masih ingat pada aku Guru yang cakap paling laju ini hehe....... .
Sedih dan terkilan apabila tengok ada rakan-rakan guru yang langsung tidak mendapat apa-apa hadiah atau kad daripada pelajar, dan semua guru praktikum yang hanya datang setakat 4 bulan di sekolah, dilonggokkan dengan bermacam-macam hadiah. Itulah realitinya !
Sindrom sebegini tiap-tiap tahun berlaku, pelajar lebih suka bakal guru yang muda-muda yang boleh melayan mereka dengan baik, sehinggakan handphone guru pun pelajar boleh pakai sesuka hati, begitu juga dengan laptop dsbnya.
Tetapi apabila cikgu praktikum ini dah pergi, maka guru-guru lama atau guru yang sedia ada inilah yang akan menghabiskan masa sepanjang tahun bersama-sama pelajar mengharungi p & p mereka. Tambah2 lagi pelajar yg bakal menduduki PMR dan SPM.
Bilakah agaknya pelajar akan sedar ? Susah sangatkah hendak membuat sekeping kad ucapan utk guru-guru yang menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk mereka ??
Entahlah, Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui. Kata orang kalau kita ikhlas dengan guru, ilmu yang kita peroleh itu berkat ... just wait and see !!
Nanti ada masa aku akan uploadkan pic hari ini , ok !

Wednesday, May 12, 2010

Happy Birthday Mayson

Happy 13th Birthday Mayson anakku ...semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, diberi akal yang pintar dan matang.... dan yang penting menjadi anak yang solehah dan baik .
Sebenarnya selama 13 tahun, inilah kali pertama aku boleh terlupa birthday anak aku, sedih rasanya! Mungkin terlalu sibuk dengan kerja-kerja sekolah sehingga menyebabkan aku terlupa, banyak betul kerja yang terpaksa diuruskan. Anyway, tadi kami telah membawanya pergi celebrate dan beli kek, cuma tak sempat beli hadiah, nantilah hujung minggu kalau ada masa.
Tadi sempat juga ambil gambar Mayson dengan keknya .. kesian disebabkan kesuntukan masa kami hanya beli kek di The Store, Kamunting je, memang tak sedap dan tak menarik langsung, tapi itu saja pilihan yang ada.
Dalam sekelip mata je, anak aku sudah besar. Dulu masa baby dan masa kecil, badannya berisi (chubby) dan cute sesangat, tapi sekarang badannya kurus kering walaupun dia kuat makan. Kadang-kadang risau tengok badannya yang cekeding itu. Dalam sedar dan tak sedar, aku dan suami juga sebenarnya semakin tua seiring dengan kedewasaan anak-anak kami.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah anak-anakku dan berkatilah mereka. Jadikanlah mereka anak-anak yang baik, soleh dan solehah..... amin !

Tuesday, May 4, 2010

Buah tangan dari Kelantan

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli kain batik dan kain baju yang cantik2 dari Kelantan, bolehlah menghubungi aku. Banyak 'buah tangan' dari sana kami pilih dan bawa balik untuk dijual, harganya pun jauh lebih murah dari yang dijual di kedai2 kat tepeng ni. Kami boleh jual dengan harga murah kerana memang kami kenal penjual di sana dan apabila kita beli dengan banyak, maka dapatlah harga yang murah. So, kalau berminat bolehlah contact aku yer.... hehe..
Sebenarnya aku minat juga berniaga ni, cuma tak ada kesempatan dan modalnya, dan yang paling penting ialah 'kesabaran'.

Thursday, April 29, 2010

Tak sabar nak balik kampung !

Kampungku nun jauh di Kelantan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula kampung halaman. Aaa.. dah lama aku tak balik kampung. Kesibukanku dengan kerja, dengan assignment, dgn anak-anak dan sebagainya membuatkan aku tak ada kesempatan untuk balik ke kampung. Kesian ibu, tentu dah lama ibu tertunggu-tunggu akan kepulangan kami sekeluarga ke kampung, tambah-tambah lagi semenjak ayah meninggal, ibu tinggal seorang diri. Tentu sunyi ... aku tak sanggup nak bayangkan ! Tapi itulah ibu, walau dah berpuluh kali kami ajak supaya datang dan tinggal bersama, tapi ibu tetap tak mahu tinggal bersama anak-anak. Kata ibu "bosan, sunyi dok kat taman perumahan, kiri kanan tak kenal siapa jiran". Memang betul kata ibu tu, kat taman perumahan ni, asalkan pagi je semua orang keluar pergi kerja, yang ada kat rumah pula, semuanya duduk dalam rumah tak keluar-keluar. Tak macam di kampung, suasananya meriah, orang kampung rajin bertanya khabar dan peramah.
Esok lepas waktu sekolah, aku akan balik ke kampung dengan suami dan anak-anak, surat cuti rehat untuk hari Isnin aku dah hantar seawal hari Selasa lepas. Walaupun cuti tak panjang tapi dapat juga mengubat kerinduanku terhadap kampung halaman.

Saturday, April 24, 2010

Belum ada idea !

Entah mengapa selepas habis exam, aku dah tak ada idea nak coret apa kat sini. Mungkin dah kurang stress, jadi kurang semangat, hehe ... orang malas je yang selalu memberikan alasan !
Sebenarnya azam aku ialah nak design rupa yang lain nanti baru nak masukkan idea yang lebih fresh dan menarik. So................. tunggu !

Saturday, April 10, 2010

Tak meyakinkan !

Satu perasaan yang teruk & tak menyeronokkan hari ni sebab tadi jawab soalan exam rasa macam tak betul je jawapan aku ... mungkin aku kurang membaca, tapi apa yang aku baca keluar cuma tak keluar tepat seperti yang dibaca. Ya Allah... bantulah aku untuk lulus dgn cemerlang ... risaunya ! Kekawan yang lain nampak confident je, terutamanya si Mat Firdaus tu, awal betul dia keluar ... Ye lah ... dia orang tu semuanya muda2 lagi tentu ingatan dia orang cukup baik berbanding aku yang dah berusia ni kan..

Thursday, April 8, 2010

JANTUNGKU BERDEGUP KENCANG

Sekejap lagi aku akan bertolak ke Tjg Malim, esok aku ada exam, paper Isu-isu dalam pengujian dan penilaian. Aku hanya sempat membaca sikit je, harap-harap kat sana nanti sempatlah aku baca lagi... Bagi siapa yang mengunjungi laman aku ni, tolonglah doakan agar aku berjaya menjawab dengan tepat dan memperoleh keputusan cemerlang nanti yer ... Thanks. wsalam.

Sunday, April 4, 2010

Minggu Exam Dah Dekat ..

Minggu depan dah nak exam, risaunya! sempatkah aku hendak membaca? kerja sekolah berlambak-lambak, hari Isnin ada mesyuarat kewangan dan kurikulum, hari Selasa sampai Khamis sekolah kami jadi tuan rumah pertandingan Bola Jaring. Bilalah masa nak baca nota-nota kuliah ya? dalam masa yang sama kertas ujian baru2 ini pun belum habis tanda, banyak betul kelas, dari form 1 sampai form 5 semua ada. Hendak kemas kini fail-fail panitia lagi, aduhh, banyaknya .....
Harap2 sempatlah aku membaca semuanya... dan lepas exam habis nanti, aku bercadang hendak tukar kulit blog aku ni lah, nak bagi nampak mengancam sikit, hehe ..... amacam ada yang sudi bantu ?

Wednesday, March 31, 2010

Esok Miting !

Haa.. dah lama aku tak menghadiri miting, xpecially kat ppd. Esok ada miting kat ppd pasal program gemilang BM.
Nasib baik ler tugsn kump dah siap.. rasa lega sesangat ! Tadi luangkan masa sikit kat fb, dah lama tak jenguk, ramai juga xstudent yg add aku .... seronok tgk dia orang berjaya dlm exam, ada yg dah sambung belajar kat ipta, ada yg kat kolej ... Itulah hakikatnya, seorang guru itu hanya mampu membimbing, mendidik, mengajar pelajarnya, tapi kalau pelajar itu berjaya, guru hanya tumpang gembira, dan kalau tak berjaya, guru akan tumpang sedih. Sebagai guru, kita sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak didik kita, dan tak pernahpun kita minta jasa kita dibalas .... itulah realitinya !

Sunday, March 28, 2010

Kolokium kah itu ?

Kolokium kah itu ?
Aku tidak faham
Dengan semangat berkobar aku dan kekawan
menghadirinya
Tengahari Jumaat
dengan kelajuan 120km/jam
aku memecut di lebuh raya
kerna yang tertulis di kertas jemputan
tepat jam 2.30 petang bermula.
Dengan harapan menimba ilmu
kali pertama aku menghadiri kolokium
Entah di mana silapnya
terasa hambar sekali
seolah tidak dirancang rapi
pembentangan tidak menarik ..
kertas kerja tidak merangsang minda
kalau ada yang menarikpun ...
yang dibentang oleh insan yang bergelar
prof emeritus ...
masa yang diberipun tak masuk akal
20min untuk seorang pembentang pada hari kedua
terasa membazir masa, wang dan tenaga
apakan daya kami hanya pelajar
walau apa pun kami kena menghadirinya
Cuma yang kami pinta , kalau diizinkan...
lain kali buatlah perancangan
kerna pengertian KOLOKIUM itu
besar maknanya !

Sunday, March 21, 2010

BERAKHIRNYA SEBUAH SEMINAR

Leganya! Itulah ucapan yang keluar dari mulut kami bertiga apabila memijakkan kaki keluar dari Dewan Jumaat malam yang lalu. Apa tidaknya, terasa beban yang kami galas berminggu-minggu hilang begitu saja. Seminggu sebelum seminar hari-hari aku tidur pukul 2 atau 3 pagi untuk siapkan tugasan dan juga power point. Alhamdullillah, semuanya berakhir dengan cemerlang. Kami telah berjaya membentangkan kertas kerja masing-masing di hadapan 150 orang pelajar degree sem 6 Fakulti Bahasa.
Mula-mula tu risau juga, tapi bila tangan dah mula pegang mic, walaupun pensyarah ada di depan mata, tapi rasa takut tu hilang dengan sendirinya, mungkin pengalaman sebagai guru selama hampir 20 tahun membantu aku . Terasa seronok pula bila pelajar2 tu memberi respon yang baik walaupun tajuk yang aku dapat tu membosankan berbanding rakan-rakan yang lain, tapi aku berjaya membentangkan dengan baik (perasankah aku ? hehe.. ) Tajuk aku ialah "Penerapan Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu".
Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi kami akan menghadapi exam. Minggu depan ada kolokium, semua pelajar master dan Phd diwajibkan hadir selama 2 hari di UPSI. Lepas tu kami dah mula exam. After that cuti... Terasa cepat pula 1 sem dah nak habis, dalam keadaan kalut, sibuk dengan tugasan/assignment dan kerja-kerja di sekolah, akhirnya kami dah hampir sampai ke penghujung satu sem... Buat pengunjung blog ini, kalau ada terbaca, nasihat dariku ialah rugi sesangat kalau anda ada peluang tetapi tak mahu sambung belajar, keseronokan belajar itu ialah pengalaman yang sangat berharga, yang tak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Tambahan lagi dengan belajar, kita akan memperoleh banyak pengalaman baharu, ilmu baharu, kawan baharu dan situasi baharu. So..... pikir2 kanlah cakap cikgu ini ya !

Monday, March 15, 2010

RINDU KAT KEKAWAN

Tetiba aku rasa rindu kat kekawan....
Ada kawan masa kecil2 sekolah rendah dulu sekampung sehalaman,

apa khabar ya kalian semua?
agaknya semuapun dah tua2 macam aku, dah beruban agaknya, tapi sayang aku tak punya korang punya gambar... zaman tu susahnya nak ada gambar !
Rindu gak kat kekawan kat Sabah tempat aku first posting dulu ... kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat mengajar !

Apa khabar agaknya korang semua yer?
Agaknya semua dah balik ke Semenanjung erk ! Kalau adapun mungkin korang yang dah kahwin dgn orang kat sana yer ? tak apa la janji bahagia ...
Rindu gak kat member2 kat sekolah lama di merata-rata tempat aku mengajar selepas balik dari Sabah,
Apa khabar agaknya kalian semua? baik2 aku harap, hanya doa saja yang mampu aku iringi moga kalian berjaya dalam hidup...
Tapi ada juga orang yang kita teringat tapi tak boleh nak rindu ... siapa yer? kenapa tak boleh rindu yer ? Hehe....
Agaknya apa khabar anda semua ? Dah beranak pinak macam aku gak yer !
Adakah sekali-sekala terlintas gak kat kepala anda semua untuk mengingati aku yer ?
Apa2 pun aku rindu kat kalian semua .... semoga suatu masa nanti kita akan diketemukan jua !

Monday, March 8, 2010

KEJAR MASA





Uhh... minggu ni aku sibuk sangat sebab tugasan psiko kena hantar by this wednesday, and at the same time kena kejar masa siapkan tugasan falsafah sebab nak kena sediakan powerpoint utk present, aku ni tak berapa nak 'fasih' guna powerpoint, setakat buat yg biasa2 boleh lah tapi kalau nak buat yg lawa2 tu masih kena 'berguru' lagi. Memandangkan kami kena present kat seminat kat auditorium, so of course la kena buat yg lawa kan ! dan masalahnya ialah aku kena kejar masa dgn cuti sekolah dua tiga hari lagi sebab cuti nanti budak2 praktikum tu nak balik kg, jadi takde lah tok guru aku nanti...
Tapi yang sadis nya aku lihat satu situasi kat sekolah .... budak2 form 5 kat sini relax je, berilah apa tugasanpun tak penah siap punya, ada je 1001 alasan, kekadang tu kan rasa nak lempang je, tapi tak boleh nanti mak bapa complain pula. Bayangkanlah dah 3 minggu aku bagi masa kat dia orang untuk prepare ujian lisan berkumpulan, tapi time nak start ada je alasan, ada yang sengaja tak hadir so tak cukup korum tak boleh buat. Ada yang buat tapi macam lepaskan batuk kat tangga je, sampaikan aku dah tak larat nak tegur , buat aktiviti 'forum' tapi tangan pegang skrip, kesudahannya aku naik angin dan suruh dia orang buat semula.

So untuk melepaskan tension, aku pun mula mencari benda yg aku suka .....
sori gambarnya dah ke atas lak hehe...

Monday, March 1, 2010

APA DAH JADI ?

Eeii.... apa dah jadi ? apa dah jadi ? cam lagu SM Salim lak...
Sebenarnya ialah apa dah jadi kat aku ni, batuk tak henti-henti ? Baru nak sembuh, batuk balik ? Betulkah aku batuk ? atau aku kena jangkitan benda lain? kena TB ker aku ? kena santau ker ? eeiii takutnya, minta disimpangkan malaikat 40 !


Aku terpaksa tarik diri dari jadi mc temasya sukan sekolah aku sebab batuk aku menjadi-jadi, masa raptai tadi suara aku macam suara itik..... bila aku habis cakap, aku tengok cikgu2 yang ada kat keliling aku tengok aku dengan muka semacam je ! ada yang macam bersimpati dengan aku .... so finally aku tarik diri, minta tolong cgu syidah ganti ... bukan apa , tak mau pihak sekolah malu, nanti yang datang tu ada VIP dsbnya, kan terkejut beruk lak dengar suara aku !

Rasa tak larat dengan sakit tekak ni, macam penuh ngan tonsil je ! esok aku nak ambik MC... cuti je lah .... sekurang-kurangnya nanti adalah sikit masa utk aku buat assignment, ni pun curi masa je taip entri ni, saja nak release tension !
Ok... see u when I see u !!

Saturday, February 27, 2010

BARU BALIK DARI UPSI

Salam.... baru balik dari upsi, kul 5.30 ptg baru sampai rumah. Nasib baik ler minggu ni hari jumaat cuti, so dapatlah keluargaku ikut sama, aku pun taklah penat sgt nak drive sorang2 mcm org gila... tapi yang tak bestnye kosnya meningkat sebab terpaksa duk kat hotel takkan nak duk kat rumah sewa tu tak sesuai ler...
Semalam takde kuliah sbb cuti umum, tp kami kena pi sebelah petang gak sebab hari ni ada kuliah awal pagi. Penat sesangat sebab ada 2 kuliah: kul 8.00 pg - 11.00 pg, dan satu lagi kul 11.00pg - 2.00 petang. Kalau ikutkan hati memang tak larat berulang macam ni, tapi keseronokan belajar tu mengatasi segalanya... memang aku suka belajar ! Biarlah orang nak pertikai atau mengata aku pasal umur aku tapi aku percaya bahawa pembelajaran itu adalah proses sepanjang hayat... betul tak ?
Minggu depan aku akan sibuk sesangat, pertama sekali sebab isnin dan rabu ada raptai sukan, sebelah petang ada saringan, hari khamis sukan sekolah... dan aku tak suka kena jadi pengacara, tak suka tapi terpaksa... biasalah bila kita berada di tempat baru, orang akan beri kita sesuatu yang mencabar dgn tujuan untuk menguji dan melihat sejauh mana kita boleh buat apa yang dia orang suruh. Nasib ler...
Perkara kedua yg akan buat aku sibuk tentulah assignment.....sebab minggu depan kami kena hantar 2 tugasan dan minggu berikutnya kami ada seminar, kena bentang depan 150 pelajar degree di auditorium dan lecturer jemputan, memang tak fair lah sebab kami baru first sem, biasanya pelajar 3rd sem je yang kena bentang sebab masa tu baru kena ambik paper seminar, tak taw ler apa kena dgn lecturer sorang ni.... haru sungguh dibuatnya !!
Ok.. aku kena chow dulu sebab mata dah ngantuk... lagipun esok nak bangun awal pi market dah lama tak pi market, peti sejukpun dah kosong, kesian kat dia kan... hehe....

Tuesday, February 23, 2010

MUSIM BATUK DAN MUSIM SIBUK

Salam.... rasanya dah lama aku tak mencoretkan sesuatu kat sini. Sebabnya ialah aku tak sihat lagi, tak taw kenapalah lambat benor batuk aku ni nak sembuh, dah jenuh aku makan ubat, ubat batuk doktor bagi dah hampir sebotol aku teguk, tak juga-juga sembuh. Ubat batuk cap ibu dan anak... dah setengah botolpun cam tu juga, cuma rasanya sedap sikit daripada yg doktor bagi, strepsil dah berbungkus aku makan, sampai tidurpun aku letak dalam mulut, tak juga sembuh (nasib baik tak tercekik !! ). Ishishishh.... tak taw nak buat cam ne lagi lah, rasa macam nak cabut kepala ni buang je.... kalau ade sesiapa yg ada petua mujarab tolonglah habaq yer !
Bukan apa aku malu la, kat sekolah aku batuk macam orang kena TB je... malu kat cikgu2 lagipun aku masih lagi baru kat sekolah ni. Lagi satu aku kesian kat anak dan suamiku, kami kan tidur sekatil sebilik, so setiap kali aku batuk secara tiba-tiba, dia orang semua terkejut dan tak boleh tidur, nasib baiklah baby aku tak menangis ! Tapi aku rasalah sekarang ni musim batuk kot sebab aku tengok kat sekolah aku ni dah ramai yang mula batuk, terutama dia orang yang duduk sekawasan dgn aku kat bilik guru... hehehe... Nasihat aku ialah banyakkan minum air sebab cuaca panas betul.
Satu lagi sekarang ni musim sibuk, hampir semua sekolah kat Malaysia ni sibuk dgn persiapan Temasya sukan masing2. Tiap2 petang ada latihan rumah sukan... dan temasya sukan kami ialah hari khamis depan. Sekarang ni kena guna perkataan 'temasya' dan bukan kejohanan, ntahlah itu arahan.. so ikut je lah ! Yang tak bestnya ialah aku kena jadi mc (pengacara) pada hari tu bersama sorang lagi cikgu... Eeeee ... tak bestnya... kena sibuk lagi !!! Bilalah aku nak ada masa siapkan assignment?? Seminar tinggal 2 minggu lagi, assignmt ada 4 : 2 individu 2 kumpulan.... Tolongggg !!! Aku tension ni !!!

Tuesday, February 16, 2010

TAK PI SEKOLAH

Hari ni tak pi sekolah ? Ada 2 sebab
memang aku tak sihat, demam, batuk dan mata kena infection..
aku kena siapkan assignment psiko kerja kumpulan ?

Namanya je keje kumpulan tapi kumpulan di alam maya... apa taknya, tajuk diberi hari isnin sewaktu kami semua dah balik ke rumah masing-masing, time kita orang pi kuliah, dia tak datang pulak, kononnya suruh kami buat rujukan perpustakaan lah.... Yang paling kejamnya ialah esok (khamis) kena hantar. Bayangkanlah bila lah masa kita orang nak bincang?
Ingatkan bila buat master, benda2 tak masuk akal macam ni tak wujud ler, rupanya masih di takuk lama, tapi bukan semua pensyarah cam tu, ada yang bagus !

Sepatutnya seorang pensyarah tu dia kena cuba membuat studentnya suka pada paper yang dia ajar. Bukannya nak mendera cam ni ...... Dia kena ingat, kita orang pun ada assignment lain yang hendak dibuat gak. Ish memang tak best langsung !

Sudah hampir 2 bulan aku ulang alik ke upsi, tapi tak pernah pulak bertembung ngan abang iparku yang juga merupakan pensyarah di sini.

Sunday, February 14, 2010

DEMAM !

Minggu ni minggu utk demam agaknya, erk? Aku pi kuliah spt biasa hari Jumaat, sampai dlm kul dua lebih. Kuliah petang batal, ganti kul 8.00 malam. So sempatlah kami bertiga, aku, ani dan su berkumpul membincangkan assignment kami. Malamnya pi kuliah Falsafah spt biasa, habis kuliah dalam kul 10.45mlm.
Balik rumah sewa kat kalumpang, kita orang sambung balik perbincangan, hampir kul 1.00 pagi, tiba2 suamiku telepon, katanya Lea demam teruk, muntah2 dan menangis tak henti2, suamiku dah buntu tak tau nak buat apa, selain daripada menangis kerana kesiankan Lea. Terkejut mendengar berita itu, aku berkemas-kemas utk balik, tapi mana aku boleh memandu malam, so terpaksa tunggu subuh baru bertolak balik. Masuk tidurpun tak lena...
Dalam kul 7.00 pagi aku dah masuk tol Tjg Malim.. tapi terkejut besar bila melihat jalan penuh ngan kereta. Rupanya orang Cina dah mula balik kampung. Aduss... masalah besar ler alamatnya, sure lambat sampailah kalau begini. Memang benar, aku sampai rumah dah hampir kul 12.00 tgh hari. Sampai2 je Lea dah mula menangis sambil tangannya hulur ke arahku minta didukungnya, kesian... rindu agaknya Lea padaku! menitis air mataku sambil mendukung Lea, badannya masih panas, sekarang giliranku pula menjaganya...
Semalam dan hari ini, giliran aku pula demam, mungkin sebab tak cukup rehat,maklumlah terkejar-kejar ke sana sini. Tak sukanya demam selesema, badan dan sendi sakit2, hidung tersumbat dan asyik mengantuk je !!
Hari ni 14.2.2010 - Hari raya Cina. Untuk mereka yang menyambutnya diucapkan Gong Xi Fa Cai. Tahun ni tahun harimau, adakah semua orang akan jadi macam harimau? atau dimakan harimau? hehehe.... gurau je !

Wednesday, February 10, 2010

Bertugas di sekolah baru

Haa.. tentu anda semua nak taw tentang sekolah baru I kan!
Minggu ni ialah minggu pertama I bertugas di smk selinsing masih lagi dlm daerah Kerian. Jarak antara Taiping ke sekolh baru ni dekat banyak berbanding ke mudzaffar. So kalau I bertolak dari rumah spt hari2 biasa dalam jam 6.45pg, I akan sampai ke sekolh baru dlm kul 7.10pg, kalau ke sekolh lama dulu kul 7.25pg.
Orang kata benda baru, tempat baru selalunya indah2 belaka. Ya, itulah tanggapan I selama hampir seminggu bertugas di sini. Pertama sekali environmentnya begitu tenang dan tak terlalu berserabut mcm sekolh lama dulu. Kedua, tempat parking... it's freeee ! First come first serve, iaitu siapa datang awal dia dapatlah parking tempat teduh. Caya tak? dulu kat mudzfr kena bayar setahun RM100.00. Ketiga, bilik guru.. fully aircond ! tak kira hang ni guru biasakah, ketua panitiakah, semuanya boleh rasa duduk kat bilik aircond ! Kenapa? tak caya yer... dulu kat mudzfr, hanya orang yg pangkat besar dan luar biasa je yg layak dok kat bilik aircond, org kecik marhaen atau ikan bilis, dok lah kat bilik oven tu sampai ke pencen !
Keempat, pelajar dan gurunya tak ramai, senang nak kenal dan urus. Pelajar lebih kurang 400 org, gurunya dalam 32 orang, campur 6 orang guru praktikum, semuanya dlm 38 orang. Masuk kelaspun rasa lapang je sebab bilik besar & luas, pelajar satu kelas dalam 32 orang je ! Kelima, para pentadbirnya semuanya terdiri drp kaum adam, so takdelah sgt karenah yg memeningkan.
Keenam, pekerja pejabatnya semuanya mesra alam, pi pejabat dilayan dgn penuh hormat, barulah diri ini terasa " profesion perguruan ini masih relevan".
Tapi yang tak bestnya.... I diminta jadi ketua panitia BM. Aduss !! tak suka nyer... almaklumla I ni kan sibuk dgn master I, mengajar biasapun dah cukup sibuk, ini ditambah lagi dgn jawatan, jenuh juga memberi alasan menolak, tapi bos baru kata kena terima sebab hanya I dan ketua bidang je yg option BM. Uhh... malang tak berbau.. hehe .
ok, setakat ni dulu penceritaan I, sebab nak siapkan assignment Isu2 dalam pengujian dan penilaian BM dulu, wokey.... see u soon !

* Nanti ada masa I ambik gambar dan upload kat blog I , k

Wednesday, February 3, 2010

AKHIRNYA !

Akhirnya kini pasti ku merasai....... itu antara bait2 lagu Anita Sarawak, hehe.. saja nak buat saspen! Sebenarnya yang pasti ialah.... akhirnya aku dah berjaya mendapatkan pertukaran ke sekolah baru. Walaupun tak jauh sangat dari smkms tapi sudah dekat banyak dengan Taiping. Syukur alhamdullillah, hasrat aku nak keluar dari smkms tercapai juga, walaupun sekolah atau tempat bertugas yang baru ini pun belum tentu lebih baik dari tempat lama, tetapi aku akan cuba sesuaikan diri. Takut juga nanti spt kata pepatah " keluar dr mulut harimau, masuk ke mulut buaya ".
Aku sepatutnya mula bertugas di smk selingsing mulai 1.2.2010 tapi bos aku kat sekolah lama minta aku tangguh sampai Isnin depan untuk settlekan dulu semua tugas dan yang paling bestttt sesangat ialah sayonara 4T5 kelas yang aku pegang dan selalu buat darah aku naik. Pagi tadi saja aku hampir2 pitam dalam kelas sebab tak tahan dgn perangai mereka. Uhh ... leganya tak terkata !
Tapi yg paling membuatkan darah aku naik dan kepala aku pening ialah perangai cgu nya. Baru aku perasan dan terbukti benarlah sangkaanku selama ini (walaupun kita tak dibenarkan bersangka buruk dgn orang lain) bahawa ada dalam kalangan cgu2 sekolah ni yg takut sesangat yg aku akan dapat pegang jawatan, malah dalam kesibukan aku bersiap sedia utk menyerahkan tugas dan bertukar ke sekolah lain pun, ada juga yg risau sangat yang aku ni akan dilantik sbg ketua bidang (KB) dan sebagainya di sekolah baru nanti. Aku dapati orang yg paling risau sekali ialah kak N. Beriya-iya dan dua tiga kali dia bertanya sama ada aku dilantik sbg KB. Hahaha... nampak sgt jealousnya !
Aku di smkms dah 5 tahun, dlm 5 tahun ni, hampir setiap hari kak N jumpa aku, tapi nampaknya dia msh tak nak faham akan aku. Dah berpuluh2 kali aku terangkan yang AKU TAK BERMINAT dengan jawatan2 kat sekolah sebab dulu aku dah pernah pegang jawatan dari ketua panitia sampailah ke KB dan aku lepaskan semua jawatan itu sebab itu BUKAN JIWA AKU. Untuk pengetahuan kak N dan juga cgu2 yg sewaktu dgnnya, aku sebenarnya lebih berminat mendalami ilmu iaitu seperti sekarang ni aku melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Ini lah minat dan JIWA aku yang sebenar. So, tak payah risaulahhhh!!
Sekarang ni sudah confirm yang aku akan KELUAR dari smkms, maka utk mereka yang tidur malam tak pernah lena selama ini kerana takut akan tergugat peluang mereka untuk naik pangkat dan pegang jawatan dek kerana adanya aku di sekolah, maka mulai sekarang ANDA semua bolehlah tidur dgn lena yer !!
Yang pastinya hati aku berdegup kencang menantikan hari Isnin depan untuk memulakan tugasku di smks. Semoga Allah akan memberkati aku dalam meniti langkahku sebagai seorang pendidik di tempat baru nanti. Amin.

Saturday, January 30, 2010

BORINGNYA TV !

Ai boringnya rancangan tv sehari dua ni, tak menarik langsung terutamanya rancangan lokal. Sekarang ni tgh tengok rancangan Fuhh !! rasanya tak sesuailah rancangan ni seolah-olah nak cari kesalahan pasangan artis yang dah berpisah tapi macam berat sebelah je (cerita scha al-yahya dgn fahrin ahmad). Tadi sempat tengok draka kat tv3 "Saloma Gombak". Ceritanya menarik juga walaupun ada scene2 tertentu yg agak membosankan terutamanya lagu2 saloma yang dipasang berulang-ulang, dan ada part tertentu yang meleret2 dan membuang masa ! Tak suka sesangat dengan cerita yang meleret-leret. Tapi ada beberapa cerita/rancangan yang aku tontoni baru2 ini yang aku rasa ok dan tak boring, antaranya :
Merlin
Ghost (drama Melayu)
CSI - Miami
Oprah
Criminals Mind
Sebenarnya bagi akulah, sesebuah rancangan/cerita itu berkait rapat dengan siapa pelakonnya, biasanya kalau kita suka dengan seseorang pelakon itu, maka kita akan suka dengan cerita lakonannya. Misalnya, aku suka cerita Ghost yang dilakonkan oleh Anding dan Sheryl Samad kerana aku suka personaliti kedua2 pelakon itu. Aku pernah tererempak dgn Anding dulu kat Ampang Point dan dia kelihatan begitu humble dengan senyumannya, begitu juga dengan Sheryl yang tidak over seperti artis lain. Aku dan famili juga pernah terserempak dgn Fahrin Ahmad dan Linda Onn, Fahrin friendly but not Linda Onn yg langsung tak nak tengok muka orang.
Macam juga ShahRukh Khan, apa saja cerita lakonannya memang best, sebab dia handsome dan kelakar.
Mungkin dah tiba masanya penerbit drama/rancangan tv di negara kita cuba menghasilkan sesuatu yang tidak klise, tidak membosankan dan boleh membina minda kita di samping menghiburkan.

Wednesday, January 27, 2010

TAK SUKA

Tengok pada tajuknya pun tentu anda boleh agak apa contentnya kan? Hehe.. sebenarnya saja aku hendak luahkan apa yang terbuku di hati ini tentang perangai kekawan yang agak memeningkan dan kalau ditegur tak boleh... sensitif !
Antara perkara yang aku tak berapa suka ialah :

Sikap rakan sekerja yang selalu beranggapan apa yang kita buat semua tak betul, tak elok, tak baik, pokoknya segala yang tak baik ialah dari kita, tapi segala yang dia buat semuanya baik, bagus, sempurna, sampaikan apa yang kita makan dan minum pun dia nak komen.

Sikap rakan sekuliah yang selamba jer minta 'sedut' (tiru) assignment kita, eeii.. geramnya. Bayangkanlah kita siang malam memerah otak menyiapkan assignment, tiba2 dia dengan selambanya tanpa sedikitpun perasaan malu/bersalah, meminta 'sedut' hasil kerja kita. Aku sedar yang assignment aku taklah bagus mana pun, tapi sekurang-kurangnya aku berusaha keras menyiapkannya, walaupun aku ini selalu ditertawakan kerana 'ketuaanku' (akulah yg paling tua dlm coursemate kami semua). Bayangkanlah mereka yg suka sedut hasil kerja orang inilah yang beriya-iya betul nak sambung buat Phd nanti..

Sikap rakan sekerja yang suka menyindir org di depan orang lain. Tolonglah... hanya kerana orang ada kelebihan berbanding dengan mereka, maka mereka ini sakit hati dan menyimpan bom jangka masa yang boleh meletup bila2 masa. Pantang ada peluang, maka akan kedengaranlah kata-kata yang menyakitkan hati keluar dari mulut mereka ini.

Sikap rakan sekerja yang suka menceritakan hal-hal peribadi, hal rumah tangga, hal2 dalam kain di tempat kerja. Come on lah... kita pi kerja biarlah dengan nawaitu yang betul, kalau asyik dok cerita tentang merancang keluarga, bila lagi nak buat anak, bila lagi nak buat..... macam mana kita hendak meningkatkan kualiti kerja kita kalau butir-butir perbincangan kita itu lebih menjurus kepada hal2 peribadi ? dan yang tak eloknya dalam perbualan sesama mereka itu, mereka hendak pula melibatkan kita, bila kita tak layan mulalah depa berperang dingin dengan kita.

Sikap kekawan yang suka cakap dengan suara yang kuat dan suka mengarah. Kalau dia tengah marah dengan orang lain, dengan kita sekali dia cakap kasar, walaupun umur dia tu dua kali ganda muda daripada kita. Lempang sekali baru taw !

Sikap orang tua yang tak sedar diri, tak pernah mengajar di tempat lain dari first posting sampai sekarang. Apabila diberikan tugas, tak suka nak terima, alasan "aku dah buat kerja ni dari muda sampai sekarang". Hai, selama ini tak terima gajikah? Tapi kalau buat job part time jual insurans rajin pulak. Ada juga yang tak nak bertukar atau berpindah kerana sudah terlalu selesa dengan tempat sedia ada, ye lah takut hilang senioriti kalau bertukar, tapi korang sedar tak yang korang tu rugi dari segi pengalaman kerja... tak ubah macam katak di bawah tempurung !

Sikap rakan sekerja yang rajin buat PJJ, sambung belajar buat degree, tapi bila dah grad, di tempatkan semula di sekolah, mulalah buat hal tak nak bercampur dengan rakan sekerja yang lain, asyik 'bertapok' (bahasa orang Sabah yang bermaksud menyorok) kat bilik kecil sebelah makmal dok sedut asap memanjang.. pantang ada masa kumpullah ramai2 menyedut asap.. suka bertapok sebab nak lari daripada relief kelas...

Haa.. itulah perkara yang aku tak suka bangat dan kalau ada yg terbaca tu nasib ler... aku tak mengutuk, aku hanya bercakap benda yang benar.... kadang-kadang kebenaran itu amat memeritkan, tul tak ??

Thursday, January 14, 2010

ITULAH SAYA !

Sekali pandang, ungkapan di atas macam biasa2 je kan? Ha.. tapi itulah ungkapan yg istimewa buat kami warga smkms. Kenapa ya? Kerana kata2 itu telah diungkapkan oleh puan z bos baru kami dlm sesi atau majlis khas bersama pgtua semalam. Buat seketika, masing2 seolah-olah terkedu mendengar apa yang diucapkan oleh seorang ketua yang baru je memulakan tugasnya di sini. Diringkaskan cerita, setelah memberikan ucapan pengenalan dirinya, sejarah perkhidmatannya dan taklimat ringkas tentang pergerakan guru, cuti, cuti rehat dan pengurusan kelas, di akhir ucapannya puan z berkata " sekiranya dalam ucapan saya tadi, kalau ada tersilap kata, kalau ada yang terguris perasaan, itulah saya ! ". huhu.... lu fikirlah sendiri !!
Hari ni aku memberanikan diri pergi mengadap bos baru utk memaklumkan kpd beliau tentang status aku yg sambung belajar dan dlm masa meminta kebenaran utk keluar awal sedikit pada hari Jumaat dari sekolah untuk ke upsi. Dan nampaknya beliau memberi respon yg baik, cuma aku diminta membuat surat meminta kebenaran dari beliau. So, my problem kira dah settle lah.
Tetapi problem aku yg besar ialah aku buntu mencari jawapan kepada soalan psikolinguistik yg dikemukakan oleh dr adenan. Beliau meminta kami membawa jawapannya dalam kuliah hari sabtu ni, tapi sampai sekarang aku masih tak dapat jawapannya lagi. Kalau korang ada jawapan bolehlah kongsi bersama aku yer... bawah ni aku turunkan soalannya.

1. Kenapa sesuatu yang abstrak boleh menjadi konkrit ?
Bincangkan ayat "Bas melanggar kereta"

2. Abstrak dalam konteks Teori Transformasi Generatif

Monday, January 11, 2010

KEBUNTUAN - 2

Seminggu telah berlalu semenjak sekolah dibuka pada 4hb Januari lalu dan dalam seminggu ini juga hati dan jiwa aku langsung tidak ada pada sekolah ini lagi... dan aku khuatir keadaan ini akan berterusan kerana selagi masalah persekolahan anak aku tidak selesai, selagi itulah aku tidak boleh tenang bekerja. Sekarang ini timbul pulak masalah lain, permohonan kami untuk menempatkan anak kami di sebuah sekolah yg ada tingkatan satu sesi pagi ditolak oleh PPD LMS dan sekolah berkenaan. Puas juga suamiku merayu kat pengetua sekolah berkenaan tapi suamiku plak yg kena lecture ngan pengetua bangang tu, adakah patut dia kata " ini perkara biasalah cik, dulu anak saya pun macam tu juga, sampaikan basah menunggu kena hujan bla bla bla... " belahlah. Tak sangka ya seorang manusia yg bergelar guru tak mahu tolong sesama guru, sedangkan result anakku tak lah teruk sangat 4A1B. Kononnya sekolah tu terlalu ramai pelajar sampai 41 orang satu kelas, tapi yg hairannya pelajar Cina berlambak tak apa pulak. Tu lah orang Cina tu tuhan kpd sesetengah orang Melayu, kalau tak caya cuba perhatikan sendiri, kat kedai makan atau mana2 kedai , waima pasar malam sekalipun, kalau pembelinya ada Melayu dan Cina, biasanya yang akan dilayan dulu ialah pembeli Cina.... bukanlah aku ni fanatik, tapi itulah realiti yang kami selalu hadapi.
Mungkin pengetua sekolah tu perlu mencontohi askar atau polis yang sentiasa membantu sesama mereka sehinggakan mereka akan berusaha mencari trak askar untuk menghantar anak2 askar ke sekolah....
Masalah kami sekarang bertambah rumit kerana kalau minggu lepas, tiap2 hari aku lari keluar sekolah sebelum pukul 12.30 untuk menghantar anakku ke sekolah, tapi mulai minggu ini pulak, anak aku terpaksa pergi ke sekolah pada pukul 8 pagi hari Rabu kerana ada latihan rumah sukan, sedangkan kami laki bini keluar bekerja seawal jam 6.40 pagi, jadi siapa yang hendak hantar anak kami ke latihan rumah sukan, dan lepas latihan pulak, takkan dia hendak tunggu kat sekolah untuk sesi sekolah sebelah petang pulak? Macam mana dia hendak mandi, makan.....
Uhh... rumitnya my problem! Ni semua angkara bekas pengetua blurr sekolah aku lah, kalau dia tak kacau pertukaran aku, mungkin masalah aku tak serumit ini.
Ini cerita baru tentang miss blurr tu, dalam sibuk dia tak benarkan aku bertukar, tengok2 dia yang kena tukar. Yahoo ! Kata2 suamiku memang betullah iaitu miss blurr tu yg akan bertukar . Memang ada kebenarannya iaitu doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah dan ternyata doaku akhirnya telah diterjemahkan oleh Allah Taala dalam bentuk yg seperti ini, syukur alhamdullilah.
Tapi cerita yang tak begitu sedap didengar.. kalau mengikut rakan sekerjaku, penggantinya ialah seorang pengetua (pompuan gak ) yang garang & agak kejam? Tak taulah sejauh mana benarnya sebab aku tak pernah bekerja di bawah dia ni lagi, tapi aku petik sms yang dihantar oleh seorang rakan guru padaku tempoh hari " Z dr smai hantu pun marah kat dia apatah lagi kita? " Hehe betulkah ?? Just wait and see lah yer... esok Z akan mulakan tugasnya secara rasmi di sekolah kami...

KEBUNTUAN - 1

Salam, maaflah lama tak tulis apa2, bukan tak nak tulis tapi takde kesempatan, sibuk sesangat terutamanya semenjak aku menjadi student semula. Ya la bukan senang hendak menguruskan kehidupan sbg ibu, isteri, guru, pelajar, dan anak kpd ibuku.
Sudah beberapa kali ibuku menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana aku jarang balik kampung, tambahan lagi dia sering sakit dan ibu mahu aku belikan ubat yg pernah dia makan semasa dia melawat aku di Taiping dahulu. Dalam kebuntuan aku hendak meluangkan waktu utk menghantar ubat balik ke kampung, akhirnya aku mengambil keputusan menghantar ubat itu melalui Skynet spt yg dicadangkan oleh hira, kawanku. Kata hira, servicenya ok, dalam masa sehari boleh sampai walaupun di kwsn pedalaman. So, aku pun cubalah dan cuba teka apa yg terjadi??? Tak pasal2 aku kena marah oleh ibuku kerana ubat lambat sampai, seminggu lebih baru sampai, itupun deliveryman tak mahu masuk kampung, dia hanya sampai ke balai polis Cherang Ruku sahaja dan dia telefon suruh ibuku pergi ambil di balai polis, kurang asam betul !
Akhirnya aku pergi semula ke pejabat Skynet di Taiping buat aduan barulah esoknya ibuku mendapat ubatnya. Tapi hati aku terguris apabila ibu marah2 padaku, sedangkan I try to do the best, kata ibu lain kali tak usah nak hantar2 macam tu, buat susah dia menunggu berhari-hari. Ya, aku sedar dari dulu lagi apa saja yg aku buat utk ibu serba tak betul, tapi kalau abang yang buat, selalu sahaja dipuji melambung, tapi arwah ayah pernah berpesan supaya aku selalu bersabar dengan kerenah ibu walaupun kasih ibu lebih kepada abang. Kata ayah itu adalah hakikat yg tak boleh diubah ! Dan kata2 ayah itulah yg selalu aku pegang apabila kadang2 aku hilang sabar dengan ibu. Apa2 pun aku tetap sayang pada ibu....
Ha.. nak cerita sikit pasal pengajian aku di Upsi. Sebenarnya bukan perkara senang yer hendak bergelar pelajar master. Dari A sampai Z, kita kena usaha dan cari sendiri, kena daftar paper sendiri secara online, silap daftar tak boleh graduat ! Tapi yang paling merisaukan aku ialah penyelia yang aku dapat untuk menyelia kertas projek aku final sem nanti. Aduhh ! tensionnya, rupa2nya dia tulah yg mengajar paper psikolinguistik kami. Dah lah paper dia last minute kami dah nak drop, and then setiap kali attend kelas dia, tensionnnye!!! asyik soal, soal, soal, dia buat kami semua macam budak2 sekolah rendah. Sebelum mula kelas, setiap orang kena jawab soalan dia, dan sebelum habis kelas, semua orang kena buat kesimpulan tentang apa yang telah dia ajar pada hari tersebut. Selagi belum dapat jawab, selagi itu dia akan tunggu. Bukan aku saja yang tension, senior kami cgu lelaki pun cakap tension gak. Bayangkan macam mana aku hendak mengadap dia utk bincang final sem projek.Ooh tak sanggupnya ! Dan apa yang berlaku pada kuliah Sabtu baru ni, aku cepat2 cabut daripada bilik kuliah sebaik saja kuliah tamat kerana dia asyik pandang aku sambil berkata " Ha.. cgu2 yang di bawah penyeliaan saya masih ada yang belum datang berjumpa dgn saya lagi..". Memang tak terangkatlah kepala aku hendak membalas pandangannya, sebab itulah cepat je aku angkat kaki... Dan aku bersama seorang lagi senior telah pergi ke IPS mengambil borang untuk menukar penyelia, cuma masalahnya tak tau hendak tulis alasan apa ! Uhh, buntunya.... why me ?? and not somebody else...

Wednesday, January 6, 2010

I'M SORRY !

Sorry, I'm busy ! Itulah yang hendak saya ungkapkan... maaf berbanyak sibuk sangat sekarang, sampaikan tahun barupun tak sempat nak masukkan apa2 entri.. Apa2 pun saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 buat mereka yang sudi melawat ke blog saya yang tak seperti ini, semoga tahun 2010 akan membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua, amin.

Saya berjanji akan cuba kemas kinikan blog ini secepat yang mungkin after balik dari Tanjong Malim Sabtu nanti. Ok.. jumpa lagi !