Sunday, September 26, 2010

Kini segalanya hampir ke penghujung !

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama tidak update blog ini, sibuk berpanjangan. Hari ini barulah ada masa untuk menulis sedikit.
Selama ini asyik sibuk dengan mengajar di sekolah dengan budak-budak ting.5 hendak menduduki peperiksaan SPM, dan juga sibuk dengan urusan pengajianku di upsi. Disebabkan semester ini, aku ambil 4 paper, maka bertambahlah tugasan yang perlu aku selesaikan. Masa cuti hari raya baru-baru ini pun, aku tak beraya sangat, hanya 2 hari aku peruntukkan untuk sambutan, selebihnya aku terperap saja dalam bilik menyiapkan tugasan. Kasihan suami aku membawa anak-anak pergi beraya ke rumah kawan-kawan tanpa ditemani oleh aku. Apa boleh buat, ada 6 tugasan yang perlu aku siapkan. Tiap-tiap hari tidur pukul 2 atau 3 pagi, penatnya tak terkata.Bukan penat buat tugasan sahaja, tetapi juga power point untuk pembentangan, semua paper kena bentang.
Masa bentang paper proposal, frust tak terkata apabila penilai luar membantai kami tanpa belas kasihan, rasa terkedu dan terduduk. Seminggu lebih aku mati semangat, rasa macam nak berhenti belajar saja. Tidak ada langsung benda yang dipuji tentang tugasan kami, apa yang kami buat tak disentuh, mana yang kami tak buat atau salah buat, habis dikritik dan dihina dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Daripada seorang pensyarah yang aku hormati dan sanjungi selama ini, tiba-tiba semuanya bertukar menjadi kecewa yang teramat sangat ... Kalau kami buat salah atau tak betul, bimbinglah kami bukannya sampai tahap menghina, kami ni dalam proses belajar, baru kali pertama ambil master.
Tapi semangat yang hampir mati itu kembali pulih selepas pembentangan paper Inovasi dalam seminar pada Sabtu yang lepas, seronok sangat apabila aku sorang jer yang dipuji kerana bersungguh-sungguh membuat slide pembentangan yang lengkap dan menarik. Alhamdulillah segala penat lelah yang dicurahkan rasa berbaloi juga akhirnya.

Minggu ini 1 & 2 hb Oktober merupakan kuliah terakhir kami semester ini, minggu depan yang satu lagi 8, 9/10 dan 17/10 ialah minggu peperiksaan. Walaupun risau takut tak dapat menjawab dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya segala beban kerja dah habis.
Rasa lega yang teramat sangat, hanya ucapan kesyukuran yang mampuku ungkapkan. Alhamdulillah, semester 2 hampir sampai ke penghujungnya .... Doakan semoga aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti yer ..

No comments:

Post a Comment