Saturday, January 30, 2010

BORINGNYA TV !

Ai boringnya rancangan tv sehari dua ni, tak menarik langsung terutamanya rancangan lokal. Sekarang ni tgh tengok rancangan Fuhh !! rasanya tak sesuailah rancangan ni seolah-olah nak cari kesalahan pasangan artis yang dah berpisah tapi macam berat sebelah je (cerita scha al-yahya dgn fahrin ahmad). Tadi sempat tengok draka kat tv3 "Saloma Gombak". Ceritanya menarik juga walaupun ada scene2 tertentu yg agak membosankan terutamanya lagu2 saloma yang dipasang berulang-ulang, dan ada part tertentu yang meleret2 dan membuang masa ! Tak suka sesangat dengan cerita yang meleret-leret. Tapi ada beberapa cerita/rancangan yang aku tontoni baru2 ini yang aku rasa ok dan tak boring, antaranya :
Merlin
Ghost (drama Melayu)
CSI - Miami
Oprah
Criminals Mind
Sebenarnya bagi akulah, sesebuah rancangan/cerita itu berkait rapat dengan siapa pelakonnya, biasanya kalau kita suka dengan seseorang pelakon itu, maka kita akan suka dengan cerita lakonannya. Misalnya, aku suka cerita Ghost yang dilakonkan oleh Anding dan Sheryl Samad kerana aku suka personaliti kedua2 pelakon itu. Aku pernah tererempak dgn Anding dulu kat Ampang Point dan dia kelihatan begitu humble dengan senyumannya, begitu juga dengan Sheryl yang tidak over seperti artis lain. Aku dan famili juga pernah terserempak dgn Fahrin Ahmad dan Linda Onn, Fahrin friendly but not Linda Onn yg langsung tak nak tengok muka orang.
Macam juga ShahRukh Khan, apa saja cerita lakonannya memang best, sebab dia handsome dan kelakar.
Mungkin dah tiba masanya penerbit drama/rancangan tv di negara kita cuba menghasilkan sesuatu yang tidak klise, tidak membosankan dan boleh membina minda kita di samping menghiburkan.

Wednesday, January 27, 2010

TAK SUKA

Tengok pada tajuknya pun tentu anda boleh agak apa contentnya kan? Hehe.. sebenarnya saja aku hendak luahkan apa yang terbuku di hati ini tentang perangai kekawan yang agak memeningkan dan kalau ditegur tak boleh... sensitif !
Antara perkara yang aku tak berapa suka ialah :

Sikap rakan sekerja yang selalu beranggapan apa yang kita buat semua tak betul, tak elok, tak baik, pokoknya segala yang tak baik ialah dari kita, tapi segala yang dia buat semuanya baik, bagus, sempurna, sampaikan apa yang kita makan dan minum pun dia nak komen.

Sikap rakan sekuliah yang selamba jer minta 'sedut' (tiru) assignment kita, eeii.. geramnya. Bayangkanlah kita siang malam memerah otak menyiapkan assignment, tiba2 dia dengan selambanya tanpa sedikitpun perasaan malu/bersalah, meminta 'sedut' hasil kerja kita. Aku sedar yang assignment aku taklah bagus mana pun, tapi sekurang-kurangnya aku berusaha keras menyiapkannya, walaupun aku ini selalu ditertawakan kerana 'ketuaanku' (akulah yg paling tua dlm coursemate kami semua). Bayangkanlah mereka yg suka sedut hasil kerja orang inilah yang beriya-iya betul nak sambung buat Phd nanti..

Sikap rakan sekerja yang suka menyindir org di depan orang lain. Tolonglah... hanya kerana orang ada kelebihan berbanding dengan mereka, maka mereka ini sakit hati dan menyimpan bom jangka masa yang boleh meletup bila2 masa. Pantang ada peluang, maka akan kedengaranlah kata-kata yang menyakitkan hati keluar dari mulut mereka ini.

Sikap rakan sekerja yang suka menceritakan hal-hal peribadi, hal rumah tangga, hal2 dalam kain di tempat kerja. Come on lah... kita pi kerja biarlah dengan nawaitu yang betul, kalau asyik dok cerita tentang merancang keluarga, bila lagi nak buat anak, bila lagi nak buat..... macam mana kita hendak meningkatkan kualiti kerja kita kalau butir-butir perbincangan kita itu lebih menjurus kepada hal2 peribadi ? dan yang tak eloknya dalam perbualan sesama mereka itu, mereka hendak pula melibatkan kita, bila kita tak layan mulalah depa berperang dingin dengan kita.

Sikap kekawan yang suka cakap dengan suara yang kuat dan suka mengarah. Kalau dia tengah marah dengan orang lain, dengan kita sekali dia cakap kasar, walaupun umur dia tu dua kali ganda muda daripada kita. Lempang sekali baru taw !

Sikap orang tua yang tak sedar diri, tak pernah mengajar di tempat lain dari first posting sampai sekarang. Apabila diberikan tugas, tak suka nak terima, alasan "aku dah buat kerja ni dari muda sampai sekarang". Hai, selama ini tak terima gajikah? Tapi kalau buat job part time jual insurans rajin pulak. Ada juga yang tak nak bertukar atau berpindah kerana sudah terlalu selesa dengan tempat sedia ada, ye lah takut hilang senioriti kalau bertukar, tapi korang sedar tak yang korang tu rugi dari segi pengalaman kerja... tak ubah macam katak di bawah tempurung !

Sikap rakan sekerja yang rajin buat PJJ, sambung belajar buat degree, tapi bila dah grad, di tempatkan semula di sekolah, mulalah buat hal tak nak bercampur dengan rakan sekerja yang lain, asyik 'bertapok' (bahasa orang Sabah yang bermaksud menyorok) kat bilik kecil sebelah makmal dok sedut asap memanjang.. pantang ada masa kumpullah ramai2 menyedut asap.. suka bertapok sebab nak lari daripada relief kelas...

Haa.. itulah perkara yang aku tak suka bangat dan kalau ada yg terbaca tu nasib ler... aku tak mengutuk, aku hanya bercakap benda yang benar.... kadang-kadang kebenaran itu amat memeritkan, tul tak ??

Thursday, January 14, 2010

ITULAH SAYA !

Sekali pandang, ungkapan di atas macam biasa2 je kan? Ha.. tapi itulah ungkapan yg istimewa buat kami warga smkms. Kenapa ya? Kerana kata2 itu telah diungkapkan oleh puan z bos baru kami dlm sesi atau majlis khas bersama pgtua semalam. Buat seketika, masing2 seolah-olah terkedu mendengar apa yang diucapkan oleh seorang ketua yang baru je memulakan tugasnya di sini. Diringkaskan cerita, setelah memberikan ucapan pengenalan dirinya, sejarah perkhidmatannya dan taklimat ringkas tentang pergerakan guru, cuti, cuti rehat dan pengurusan kelas, di akhir ucapannya puan z berkata " sekiranya dalam ucapan saya tadi, kalau ada tersilap kata, kalau ada yang terguris perasaan, itulah saya ! ". huhu.... lu fikirlah sendiri !!
Hari ni aku memberanikan diri pergi mengadap bos baru utk memaklumkan kpd beliau tentang status aku yg sambung belajar dan dlm masa meminta kebenaran utk keluar awal sedikit pada hari Jumaat dari sekolah untuk ke upsi. Dan nampaknya beliau memberi respon yg baik, cuma aku diminta membuat surat meminta kebenaran dari beliau. So, my problem kira dah settle lah.
Tetapi problem aku yg besar ialah aku buntu mencari jawapan kepada soalan psikolinguistik yg dikemukakan oleh dr adenan. Beliau meminta kami membawa jawapannya dalam kuliah hari sabtu ni, tapi sampai sekarang aku masih tak dapat jawapannya lagi. Kalau korang ada jawapan bolehlah kongsi bersama aku yer... bawah ni aku turunkan soalannya.

1. Kenapa sesuatu yang abstrak boleh menjadi konkrit ?
Bincangkan ayat "Bas melanggar kereta"

2. Abstrak dalam konteks Teori Transformasi Generatif

Monday, January 11, 2010

KEBUNTUAN - 2

Seminggu telah berlalu semenjak sekolah dibuka pada 4hb Januari lalu dan dalam seminggu ini juga hati dan jiwa aku langsung tidak ada pada sekolah ini lagi... dan aku khuatir keadaan ini akan berterusan kerana selagi masalah persekolahan anak aku tidak selesai, selagi itulah aku tidak boleh tenang bekerja. Sekarang ini timbul pulak masalah lain, permohonan kami untuk menempatkan anak kami di sebuah sekolah yg ada tingkatan satu sesi pagi ditolak oleh PPD LMS dan sekolah berkenaan. Puas juga suamiku merayu kat pengetua sekolah berkenaan tapi suamiku plak yg kena lecture ngan pengetua bangang tu, adakah patut dia kata " ini perkara biasalah cik, dulu anak saya pun macam tu juga, sampaikan basah menunggu kena hujan bla bla bla... " belahlah. Tak sangka ya seorang manusia yg bergelar guru tak mahu tolong sesama guru, sedangkan result anakku tak lah teruk sangat 4A1B. Kononnya sekolah tu terlalu ramai pelajar sampai 41 orang satu kelas, tapi yg hairannya pelajar Cina berlambak tak apa pulak. Tu lah orang Cina tu tuhan kpd sesetengah orang Melayu, kalau tak caya cuba perhatikan sendiri, kat kedai makan atau mana2 kedai , waima pasar malam sekalipun, kalau pembelinya ada Melayu dan Cina, biasanya yang akan dilayan dulu ialah pembeli Cina.... bukanlah aku ni fanatik, tapi itulah realiti yang kami selalu hadapi.
Mungkin pengetua sekolah tu perlu mencontohi askar atau polis yang sentiasa membantu sesama mereka sehinggakan mereka akan berusaha mencari trak askar untuk menghantar anak2 askar ke sekolah....
Masalah kami sekarang bertambah rumit kerana kalau minggu lepas, tiap2 hari aku lari keluar sekolah sebelum pukul 12.30 untuk menghantar anakku ke sekolah, tapi mulai minggu ini pulak, anak aku terpaksa pergi ke sekolah pada pukul 8 pagi hari Rabu kerana ada latihan rumah sukan, sedangkan kami laki bini keluar bekerja seawal jam 6.40 pagi, jadi siapa yang hendak hantar anak kami ke latihan rumah sukan, dan lepas latihan pulak, takkan dia hendak tunggu kat sekolah untuk sesi sekolah sebelah petang pulak? Macam mana dia hendak mandi, makan.....
Uhh... rumitnya my problem! Ni semua angkara bekas pengetua blurr sekolah aku lah, kalau dia tak kacau pertukaran aku, mungkin masalah aku tak serumit ini.
Ini cerita baru tentang miss blurr tu, dalam sibuk dia tak benarkan aku bertukar, tengok2 dia yang kena tukar. Yahoo ! Kata2 suamiku memang betullah iaitu miss blurr tu yg akan bertukar . Memang ada kebenarannya iaitu doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah dan ternyata doaku akhirnya telah diterjemahkan oleh Allah Taala dalam bentuk yg seperti ini, syukur alhamdullilah.
Tapi cerita yang tak begitu sedap didengar.. kalau mengikut rakan sekerjaku, penggantinya ialah seorang pengetua (pompuan gak ) yang garang & agak kejam? Tak taulah sejauh mana benarnya sebab aku tak pernah bekerja di bawah dia ni lagi, tapi aku petik sms yang dihantar oleh seorang rakan guru padaku tempoh hari " Z dr smai hantu pun marah kat dia apatah lagi kita? " Hehe betulkah ?? Just wait and see lah yer... esok Z akan mulakan tugasnya secara rasmi di sekolah kami...

KEBUNTUAN - 1

Salam, maaflah lama tak tulis apa2, bukan tak nak tulis tapi takde kesempatan, sibuk sesangat terutamanya semenjak aku menjadi student semula. Ya la bukan senang hendak menguruskan kehidupan sbg ibu, isteri, guru, pelajar, dan anak kpd ibuku.
Sudah beberapa kali ibuku menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana aku jarang balik kampung, tambahan lagi dia sering sakit dan ibu mahu aku belikan ubat yg pernah dia makan semasa dia melawat aku di Taiping dahulu. Dalam kebuntuan aku hendak meluangkan waktu utk menghantar ubat balik ke kampung, akhirnya aku mengambil keputusan menghantar ubat itu melalui Skynet spt yg dicadangkan oleh hira, kawanku. Kata hira, servicenya ok, dalam masa sehari boleh sampai walaupun di kwsn pedalaman. So, aku pun cubalah dan cuba teka apa yg terjadi??? Tak pasal2 aku kena marah oleh ibuku kerana ubat lambat sampai, seminggu lebih baru sampai, itupun deliveryman tak mahu masuk kampung, dia hanya sampai ke balai polis Cherang Ruku sahaja dan dia telefon suruh ibuku pergi ambil di balai polis, kurang asam betul !
Akhirnya aku pergi semula ke pejabat Skynet di Taiping buat aduan barulah esoknya ibuku mendapat ubatnya. Tapi hati aku terguris apabila ibu marah2 padaku, sedangkan I try to do the best, kata ibu lain kali tak usah nak hantar2 macam tu, buat susah dia menunggu berhari-hari. Ya, aku sedar dari dulu lagi apa saja yg aku buat utk ibu serba tak betul, tapi kalau abang yang buat, selalu sahaja dipuji melambung, tapi arwah ayah pernah berpesan supaya aku selalu bersabar dengan kerenah ibu walaupun kasih ibu lebih kepada abang. Kata ayah itu adalah hakikat yg tak boleh diubah ! Dan kata2 ayah itulah yg selalu aku pegang apabila kadang2 aku hilang sabar dengan ibu. Apa2 pun aku tetap sayang pada ibu....
Ha.. nak cerita sikit pasal pengajian aku di Upsi. Sebenarnya bukan perkara senang yer hendak bergelar pelajar master. Dari A sampai Z, kita kena usaha dan cari sendiri, kena daftar paper sendiri secara online, silap daftar tak boleh graduat ! Tapi yang paling merisaukan aku ialah penyelia yang aku dapat untuk menyelia kertas projek aku final sem nanti. Aduhh ! tensionnya, rupa2nya dia tulah yg mengajar paper psikolinguistik kami. Dah lah paper dia last minute kami dah nak drop, and then setiap kali attend kelas dia, tensionnnye!!! asyik soal, soal, soal, dia buat kami semua macam budak2 sekolah rendah. Sebelum mula kelas, setiap orang kena jawab soalan dia, dan sebelum habis kelas, semua orang kena buat kesimpulan tentang apa yang telah dia ajar pada hari tersebut. Selagi belum dapat jawab, selagi itu dia akan tunggu. Bukan aku saja yang tension, senior kami cgu lelaki pun cakap tension gak. Bayangkan macam mana aku hendak mengadap dia utk bincang final sem projek.Ooh tak sanggupnya ! Dan apa yang berlaku pada kuliah Sabtu baru ni, aku cepat2 cabut daripada bilik kuliah sebaik saja kuliah tamat kerana dia asyik pandang aku sambil berkata " Ha.. cgu2 yang di bawah penyeliaan saya masih ada yang belum datang berjumpa dgn saya lagi..". Memang tak terangkatlah kepala aku hendak membalas pandangannya, sebab itulah cepat je aku angkat kaki... Dan aku bersama seorang lagi senior telah pergi ke IPS mengambil borang untuk menukar penyelia, cuma masalahnya tak tau hendak tulis alasan apa ! Uhh, buntunya.... why me ?? and not somebody else...

Wednesday, January 6, 2010

I'M SORRY !

Sorry, I'm busy ! Itulah yang hendak saya ungkapkan... maaf berbanyak sibuk sangat sekarang, sampaikan tahun barupun tak sempat nak masukkan apa2 entri.. Apa2 pun saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 buat mereka yang sudi melawat ke blog saya yang tak seperti ini, semoga tahun 2010 akan membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua, amin.

Saya berjanji akan cuba kemas kinikan blog ini secepat yang mungkin after balik dari Tanjong Malim Sabtu nanti. Ok.. jumpa lagi !