Thursday, April 29, 2010

Tak sabar nak balik kampung !

Kampungku nun jauh di Kelantan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula kampung halaman. Aaa.. dah lama aku tak balik kampung. Kesibukanku dengan kerja, dengan assignment, dgn anak-anak dan sebagainya membuatkan aku tak ada kesempatan untuk balik ke kampung. Kesian ibu, tentu dah lama ibu tertunggu-tunggu akan kepulangan kami sekeluarga ke kampung, tambah-tambah lagi semenjak ayah meninggal, ibu tinggal seorang diri. Tentu sunyi ... aku tak sanggup nak bayangkan ! Tapi itulah ibu, walau dah berpuluh kali kami ajak supaya datang dan tinggal bersama, tapi ibu tetap tak mahu tinggal bersama anak-anak. Kata ibu "bosan, sunyi dok kat taman perumahan, kiri kanan tak kenal siapa jiran". Memang betul kata ibu tu, kat taman perumahan ni, asalkan pagi je semua orang keluar pergi kerja, yang ada kat rumah pula, semuanya duduk dalam rumah tak keluar-keluar. Tak macam di kampung, suasananya meriah, orang kampung rajin bertanya khabar dan peramah.
Esok lepas waktu sekolah, aku akan balik ke kampung dengan suami dan anak-anak, surat cuti rehat untuk hari Isnin aku dah hantar seawal hari Selasa lepas. Walaupun cuti tak panjang tapi dapat juga mengubat kerinduanku terhadap kampung halaman.

Saturday, April 24, 2010

Belum ada idea !

Entah mengapa selepas habis exam, aku dah tak ada idea nak coret apa kat sini. Mungkin dah kurang stress, jadi kurang semangat, hehe ... orang malas je yang selalu memberikan alasan !
Sebenarnya azam aku ialah nak design rupa yang lain nanti baru nak masukkan idea yang lebih fresh dan menarik. So................. tunggu !

Saturday, April 10, 2010

Tak meyakinkan !

Satu perasaan yang teruk & tak menyeronokkan hari ni sebab tadi jawab soalan exam rasa macam tak betul je jawapan aku ... mungkin aku kurang membaca, tapi apa yang aku baca keluar cuma tak keluar tepat seperti yang dibaca. Ya Allah... bantulah aku untuk lulus dgn cemerlang ... risaunya ! Kekawan yang lain nampak confident je, terutamanya si Mat Firdaus tu, awal betul dia keluar ... Ye lah ... dia orang tu semuanya muda2 lagi tentu ingatan dia orang cukup baik berbanding aku yang dah berusia ni kan..

Thursday, April 8, 2010

JANTUNGKU BERDEGUP KENCANG

Sekejap lagi aku akan bertolak ke Tjg Malim, esok aku ada exam, paper Isu-isu dalam pengujian dan penilaian. Aku hanya sempat membaca sikit je, harap-harap kat sana nanti sempatlah aku baca lagi... Bagi siapa yang mengunjungi laman aku ni, tolonglah doakan agar aku berjaya menjawab dengan tepat dan memperoleh keputusan cemerlang nanti yer ... Thanks. wsalam.

Sunday, April 4, 2010

Minggu Exam Dah Dekat ..

Minggu depan dah nak exam, risaunya! sempatkah aku hendak membaca? kerja sekolah berlambak-lambak, hari Isnin ada mesyuarat kewangan dan kurikulum, hari Selasa sampai Khamis sekolah kami jadi tuan rumah pertandingan Bola Jaring. Bilalah masa nak baca nota-nota kuliah ya? dalam masa yang sama kertas ujian baru2 ini pun belum habis tanda, banyak betul kelas, dari form 1 sampai form 5 semua ada. Hendak kemas kini fail-fail panitia lagi, aduhh, banyaknya .....
Harap2 sempatlah aku membaca semuanya... dan lepas exam habis nanti, aku bercadang hendak tukar kulit blog aku ni lah, nak bagi nampak mengancam sikit, hehe ..... amacam ada yang sudi bantu ?