Sunday, November 22, 2009

Cuti Sekolah & Jemputan Kahwin

Kad jemputan yg ditempah khas dari Indonesia
Kad jemputan dari rakan sekerja
Contoh kad jemputan yg sederhana

Contoh kad jemptn kahwin yg nampak mahal


Cuti sekolah dah bermula, begitu juga dgn kenduri kahwin. Begitu sinonim antara cuti sekolah dgn kenduri kahwin. Tahun ini, kali pertama aku & YM tidak berbincg ttg perancgn cuti. Mungkin kerana dia tgk aku msh sugul lagi, dan aku sendiripun tak tahu kenapa kali ini aku susah hendak bangkit drp kesedihan ini, really I don't have the answer either !
Yang pastinya thn ini jemputan kahwin lebih byk dr thn lepas. Aku suka tgk kad jemputan kahwin kerana skrg ni mcm2 jenis & rupa kad kahwin, ada yg dibuat dlm btk CD, ada yg spt kipas, ada yg spt kalendar, dgn kata lain mcm2 ada, yg tak adanya duit nak pi mkn kenduri !
Apabila berckp ttg jemputan kahwin, kita tak dpt lari dr org yg menjemputnya. Ada yg menjemputnya terdiri dr rakan sekerja kita, ada yg merupakan org sekampg, atau setaman , ada yg dari student(bg pihak ibubapa atau kakak/abang) dan yg terpenting ialah dr saudara mara. Kenapa dr saudr mara tu penting? kerana kalau kita lupa atau tak dpt dtg, siaplah nanti terpaksa 'berperg dingin' atau tak bertegur sapa berkurun-kurun. Itulah yg berlaku pd kami apabila suamiku terlupa tarikh perkahwinan anak buahnya dan tak tepon bagi tau mrk yg menjemput itu.
Pernah juga berlaku, aku tersilap hari sewaktu menghadiri perkahwinan x studentku. Lepas balik baru aku sedar, itupun slps aku menghubungi sorg lg xstudent bertyakn kenduri tersebut. Patutlah kat tempat kenduri tu aku perasan takde sorgpun yg aku kenal atau kenal aku, begitu jg YM. Panjang jugalah tengkuk aku meninjau-ninjau kat celah2 org ramai kot2 ada yg kenal. Rupa2nya, aku silap hari dan tempat kenduri, kenduri tu dah berlangsung sehari sebelumnya !
Yang paling harunya ialah ada jemputan yg aku terima tapi sampai ke sudah aku tak tau siapa yg menjemput dan siapa pengantinnya! Keadaan ini berlaku apabila ada student yg meletakkn kad jemptn kahwin abang/kakak dia org atas meja aku sewaktu aku takde kat situ dan takde pulak memo yg ditinggalkn. Kes ni samalah mcm student yg selalu hantar msg tapi tak pernah tulis nama, pening juga hendak meneka siapa yg hantar....
Yg aku suka kalau jemptn tu dr rakan sekerja kerana kalau pi kenduri kita akan jumpa muka2 yg kita kenal jd tak rasa kekok sgtlah dlm majlis tersebut. Ha.. ada satu jemptn istimewa dr rakan sekerjaku pd 28.11.09 ini, cuba teka dari siapa ya ? jawapannya lihat pd kad jemptn di atas.. Tahniah Mr.Selvam, semoga bahagia selamanya !

Thursday, November 19, 2009

UPSR DAN ANAKKU


Keputusan UPSR diumumkan hari ini. Tahniah kpd anakku Mayson kerana mendpt 4A1B, walaupun tak dpt 5A, tetapi aku tetap berbangga kerana aku tahu bukan senang subjek UPSR sekarang. Kalau aku di tempat anakku mungkin aku tak dpt menjwb sebagus dia, terutamanya soalan matematik. Kat tempat kerja aku hari ni riuh jugalah kedengaran para ibu dan bapa yg berbangga dgn anak2 depa yg pandai, semuanya dpt 5A.
Rasa mcm terlepas pulak peluang aku utk melihat situasi di sekolahnya semasa guru besarnya mengumumkan keputusan pagi tadi.Suamiku sempat pergi tengok, tp aku spt biasa tak sempat kluar sebab terlalu byk kerja yg perlu dibereskan. Kertas periksa saja 3 kelas kena siapkan , depa org besar nak markah hari ni juga. Kemudian aku terlibat sbg guru bertugas spm pula petang ini sampai pukul 4.30 ptg. Kesian anakku, aku sampai rumah dah pukul 5.00 ptg. Tapi dia cukup seronok sebab tadi after school cgu sekolh dia bawa dia org yg dpt 5A dgn 4A pergi belanja makan KFC di Giant. Ok lah tu, kira sportinglah cgu Air Putih, tahniah cgu2 kerana menjadi guru yg caring dan supportive.
Malam ni tiba giliran kami ibubapanya pula membawanya pergi dinner. Dia nak sgt makan chicken chop kat Panorama Hotel. So kita org pun pergilah makan kat sana, sampai kat sana rupanya bukan kami saja yg bawa anak pi celebrate, ada ramai juga family Melayu yg membawa anak masing2. Rupanya seronok apabila anak2 kita berjaya, ini adalah pengalaman pertamaku anakku mengambil peperiksaan awam. Agaknya macam tu jugalah perasaan ibu bapaku dulu sewaktu aku berjaya dlm SRP,SPM dan STPM serta konvokesyen kat universiti ! Oh anakku, kau berjaya juga mengubat kesedihan ibu di tika ini !




Wednesday, November 18, 2009

BELUM SAMPAI MASANYA LAGI.......

Rasanya itulah tajuk yg sesuai utk entriku kali ini. Hari ini aku dan YM ambil cuti rehat sebab kami terpaksa pergi JPN Ipoh utk membuat rayuan pertukaranku, kalau cuti sekolah susah sikit sebab terpaksa bawa lea sekali (pengasuh cuti terus sampai thn depan). Mayson anak lakiku pun nak ikut, so tadi kami bawalah dia sekali.
Sampai di JPN agak awal lagi, sekitar jam 9 pg, lepas lapor diri kat kaunter jpn, mulanya kami nak jumpa en.roli (timbln pengarah) tp dia ada kat alor pongsu melawat seklh yg dilanda banjir , nak jumpa en.abd.majid (ketua sektor pengurusn seklh) dia plak ada kat putrajaya,ada miting kat sana
Nampaknya bkn senang nak jumpa org besar. Org besar sentiasa sibuk ! So kamipun pergilah juga ke pejabat bahagn sekolah menengah, dapatlah jumpa org kecik kat sana. Org kecik sentiasa ada kerana tugas dia org ialah menjaga pejabat. Org kecik tu suruh aku isi borang rayuan kat situ juga, walaupun aku dah habaq yg surat rayuan aku dah hantar by post hari isnin lepas. Aku akur je, kat pejabat org berjawtn kita takleh kata 'no' walaupun yg menyuruh tu org kecik. Itulah hakikatnya kita 1 Malaysia sekarang. Lepas isi, bagi kat org kecik tu, dia kata akan kumpulkn sekali dgn org lain punya. Yg peliknya, org kecik ni bila dia dpt tahu aku nak mohon ke taiping, dia pulak yg mcm nak marah "taiping tu luas, takut nanti depa hantar kat seklh jauh2 kat selama". Aku dan YM senyum je lah...
Lepas kluar dr jpn, mayson ajak pi sarapan kat gerai belkg tu, so kita orgpun pi sarapan lah. Sedap plak nasi dagang kat situ, nyesal tak bungkus bw balik ! Sambil mkn tu, YM dok conggak2 siapa lagi yg dia kenal kat jpn, jwb aku " kak Bai kan ada". "Tapi Bai dah keje kat seklh skrang, dulu memang dia kat jpn" kata suamiku, tak sempatpun aku nak gembira, cepat je ditarik balik. "Takpe lepas mkn, kita pi cari Bai kat seklh dia", kata YM seolah memujukku bila dia nampak mulutku dah muncung.
Finally kami pi SM Buntong, seklh kak Bai (sepupu suamiku) bekerja dan dptpun jumpa dia, so lepas ceritakn apa yg berlaku, dia janji cuba menolong kami dan akupun berikn satu salinan surat rayuanku itu padanya. Harapanku kini pada kak Bai, dulu dia dah berjaya tolg aku sekali, harap2 kali ni akan berjaya juga..... Itulah msdku belum sampai masanya... utk aku berputus asa. Aku akan mencuba sampailah ke saat terakhir...kemudian barulah bertawakal , kalau tak berjaya aku tak tau lah apa akan terjadi...Semoga Allah memberkati usahaku dan suamiku ini.. Amin.

Monday, November 16, 2009

AIR MATAKU MENITIS LAGI !

Balik dari sklh, YM bagi tau 'kabel' yg kami pasang di JPN cakap susah nak tolg ttg pertukrn tu sebab pengetua tulis 'tak disokong' dlm borg pertukrnku. Terasa mcm disambar kilat je aku mendengar kata-kata suamiku itu....
Sepanjang petang tadi, aku telah menangis tak henti2, menangis, menangis dan menangis. Dalam hidup aku, ini adalah kali ke-2 aku menangis spt ini. Kali pertama ialah sewaktu arwah ayah meninggal, masa tu aku rasa mcm dunia ini dah takde maknanya lagi, sebab arwah ayah adalah org yg paling rapat dan sayang dgn aku, dari kecil sampai tua, arwah ayah tak pernah jentikpun aku, arwah sentiasa bersabar dan memaafkan segala kesilapan atau kesalahan yg aku lakukan dan yg paling aku terkilan, arwah meninggal sewaktu dlm perjalanan hendak pergi beli ikan masin di pasar, kerana hendak berpantang. Kata arwah, dia hendak cepat2 sembuh dari penyakitnya supaya boleh datang ke taiping utk tinggal bersama aku. Dlm perjalanan pulang, arwah telah dilanggar oleh sebuah motosikal yg dibawa dgn laju, aku tak dpt bayangkan kesakitan yg terpaksa arwah ayah hadapi sewaktu terjatuh di atas jalan raya, sebelum org ramai dtg mengangkatnya dan membawa ke hospital. Lebam2 di badan arwah jelas kelihatan di kedua2 belah siku, peha dan belakang badannya. Arwah menghembuskan nafas yg terakhir selepas koma hampir seminggu dan aku dan family telah berulang alik dr taiping ke kota bharu sepanjng arwah koma kerana kami tak dpt cuti. Hidup kami dlm seminggu tu adalah di atas kereta saja. Sampai sekrg setiap kali ada mslh aku akan teringatkn arwah ayah dan kata-kata nasihatnya " sabarlah nak, kerana orang yg sabar tu akan sentiasa menang".
Alangkah bagusnya kalau arwah ayah masih ada........ ( Al fatihah buat arwah ayah yg aku sayangi selamanya )

Saturday, November 14, 2009

BLANK

Dua tiga hari ni mood tak begitu elok, masih terpengaruh dgn keputusan pertukaran sekolahku. Aku sangat frust kerana tak dapat tukar, dan yg buat aku frust sgt ialah 2 org lagi cgu dpt pulak. Walaupun aku dah buat rayuan, tp aku tak dpt hilangkn perasaan kecewa itu, tambah2 lagi apabila aku dpt tahu ada 'tgn ghaib' yg main peranan menghalang pertukaranku ini. Kenapa? kenapa kejam sgt padaku? apalah dosaku hingga sudah 5 kali aku minta bertukarpun tak dibenarkan ? Ya Allah ya Tuhanku, bantulah hambamu yang lemah dan tak berdaya ini... kerana aku sgt2 mengharapkan pertukaran ini supaya aku dpt menguruskn persekolahn anak sulungku yg akan masuk ke tingkatan 1 pd thn hdpn. Oh, aku dah buntu sebenarnya, mcm mana aku hendak uruskn anak aku klu aku tak dpt b'tukar ?
Hari ini aku bangun agak lewat, mlm tadi tidur tak begitu lena, pusing kiri pusing kanan pun tak mau lena, dlm tidurpun aku asyik terfikir pasal pertukrn. Ingat nak menanda kertas periksa 6 rendah, tup tup YM ajak pi Ipoh, so terpaksalah pergi, sebelum naik kereta sempatlah aku angkut sekali kertas periksa dan balik dr Ipoh sehelai kertaspun tak sempat aku semak, buat berat kereta je ! Ntah apa nak jadi dgn aku ni, pi shoppingpun boleh tak seronok? tengok apa pun tak ade mood, bila terfikir pasal pertkrn je mulalah menitis air mataku.... issh tak seronoknyaaaa !!!!
Tak tau kenapa lately ni, aku macam takde luck je, banyak benda yg berlaku tak spt yg dirancangkn. Hidup aku seolah-olah blank dan tak seronok, dari bulan 10 sampai hari ni, entah berapa kali dah aku menangis kat sekolah, agaknya cgu2 yg nampak aku menangispun rasa pelik kot ! Entahlah. ade tak siapa2 nak tolong fill in the blank ?

Wednesday, November 11, 2009

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Ada org kt hidup kita ini umpma warna iaitu hitam@putih (Warna kehdpn).Ada jg org kt hidup ini spt roda (roda kehdpn),dan ada jg org kt hidup ini umpm siang & mlm yg akan silih berganti. Ntahlah, mungkin semua ada kebenarannya...
Malam tadi (10.11.09), kakak aku tepon dr kelantan & memaklumkn yg dia baru shj menjual tanah yg dibelinya dgn hrg RM12,000 (dua thn yg lalu). Beria-ia benar dia menyuruh aku meneka hrg yg dia jual.
" RM20,000" , "salah"
"RM30,000" , "salah", "cuba teka sekali lagi"
"RM35,000" , "salah", "habis berapa? " tanyaku bodoh
"RM100,000", "Apa ???? "
Macam tak percaya je telinga aku menangkap jawapannya !. Itu cerita kakak ku, seorg suri rumah sepenuh masa yg tlh berkahwin dgn tauke sawmill di kuala krai.
Ini cerita aku pulak...
Tiga minggu lepas, aku menerima surat dr LHDN memaklumkn bhw baki kredit aku ada RM948.53 dan aku akan dibyr dgn cek dlm tempoh 2 minggu. Tunggu punya tunggu, dkt sebulan dah habukpun tak nampk. Petang semlm (10.11.09) aku pun tepon lah ke LHDN bertyakn cek aku tu. Selps 3x dipas-pasnya talian, aku disambungkn dgn sorang pegawai(?) pompuan. Dia menyatakn bhw jumlh RM948.53 itu silap & terbatal krn kononnya fail aku tertunggak bg thn 1999. Penat jugalah aku bertekak dgn dia, memang naik 'hangin' betul aku semalam. Adakah patut dia kata baki sebenar sekrg ialah RM129.80. Dia org tersilap hantar surat pertama itu. Bayangknlah sebuah bdn bsr spt LHDN boleh buat kerje sambil lewa, memang haprak betullah (pinjam kt Tun M ). Sebenarnya fail aku tak tertunggak pun sebab aku buat potongn gaji seawal thn pertama aku bekerja lg. Dia org yg hilangkn fail aku semasa aku bertukar dr sabah ke KL.
Apa2 pun aku sedih sgt semlm, hampir 1 jam jugaklah aku menangis, huk huk huk... Bayangknlah RM948.53 tu bknnya bykpun, tp bg org yg mkn gaji mcm aku ni, jumlh tu dikira besarlah. Itulah bezanya aku dgn my sister, sentiasa ada garisan hitam & putih. Aku takdela salahkan ibu mengandung, cuma kadang2 aku tak dpt m'elak drp perasaan sedih walaupun aku redha dgn ketentuan Illahi..

Tuesday, November 10, 2009

SANGAT TAK FAHAM ?

Sesungguhnya aku tidak faham ??? Aku msk kelas 6A1 hari ni utk berbincg dgn diaorang tajuk soalan ramln bm 2 stpm, tapi diarang mcm tak kisah dan relax je. Ini bkn kali pertama diarang bersikap mcm ini, cuma yg aku tak fhm ialah exam diarang dah semakin dekat tp gelak tawa diarang semakin rancak. Itu yg membimbangkan aku, yg serius nak belajar ada sorang dua je, tak tahu lah kot diarang ni dah tension sampai tahap kritikal... Bkn apa sbg sorang guru, kadang2 sikap pelajar turut boleh mempengaruhi kita. Mood nak mengajar tu akan drop sampai 0 darjah apabila tgk pelajar buat dono je dgn kita, sampaikan kita masuk kelaspun, diarang tak bangun beri salam. Kalau pelajar form 4 tu bolehlah lagi kita terima sebab akal diarang tu msh tak sempurna tapi bila pelajar t6 juga buat perangai camtu, tuhan saja yg tahu mcm mana perasaan sorang guru !
Terus terang aku risau tengok atikah, hafizah, intan, bariah, azizi (lately smkn suka ketawa) dan naemah. Harap2 kerisauan aku hanyalah unsur lewah....

Monday, November 9, 2009

Keliru ???

Dalam hidup kita ini, kadang-kadang kita akan berasa keliru, dikelirukan dan terkeliru. Banyak perkara yg berlaku di sekeliling kita saban hari yg boleh menyebabkan kita terganggu dan akhirnya keliru. Contohnya, orang yg hendak pergi mengerjakan haji. Mereka sepatutnya berusaha utk memohon maaf drp mana2 pihak yg mereka telah lakukan kesalhan/kekasaran. Tetapi apa yg berlaku di tempat kerja aku pulak adalah di sebaliknya kerana org yg hendak pergi haji itu tidak pulak meminta maaf sebaliknya guru2 yg pergi mencari org berkenaan. Apa yg kelakarnya ialah apabila cikgu x tidak mahu pergi jumpa dgn org berkenaan pada hari terakhir org itu berada di sekolah, ckgu x ini telah dipandang sbg ' org yg bersalah ' , walhal selama ini cikgu x ini telah diperlakukan dgn tidak sepatutnya oleh org yg hendak pergi haji ini. Adakah kerana org itu berjawatan paling tinggi di sekolah itu maka org lain mesti menunjukkan hormat yg tidak berbelah bahagi kepadanya? Setahu akulah apabila seseorang itu berada di tanah suci Mekah (bumi Allah), semuanya adalah sama taraf tidak kiralah dia tu menterikah, engineer kah, pengetuakah, guru besar kah, guru kecilkah, semuanya sama taraf.... yg membezakan kita manusia ni esok2 ialah amalan kita sahaja !
Satu lagi situasi yg membuatkan aku keliru ialah hari ini aku msk klas 6r1 utk jg exam, tp dia org ni kalau aku msk klas, dia org bknnya nak concentrate jwb soalan sebaliknya dia org asyik nak ajak aku sembg je, so aku layan je lah sebab akupun tgh tension giler. Sambil2 tu aku tegur juga la dia org ni sebab teruk sgt budak laki jwb paper bm aku...... Lama juga aku perhatikn dia org ni mcm tak jwbpun soalan PP hari ni, lalu aku tya knp tak jwb? Maka jwblah si sapuan tu " tak tahu nak jwb cgu", "kenapa tak tahu jwb", tya aku plak. "Soalannya susah" jwb dia lg, "memanglah susah, exam, tp kenalah baca tak bc mcm mn nak senang" jwb aku spontan. "Ala cgu, mslhnya baca pun tak ingat! " selamba je jwb si sapuan ni. Geramnye aku dgn budak sekor ni...nah ini jwpnnye: Baca + tak ingat = tak baca , Baca + lupa = tak baca , Baca + ingat = ?
Geli hati plak aku tgk budak2 6R1 tu terangguk-angguk mengeyakan apa yg aku tulis itu..
Ni crite pasal mc (cuti sakit), dulu kami kalau cuti sakit ambil surat mc boleh terus serah kat krani pejabat, tp semenjak cc baru ni dtg, semua mc kena bg pengetua/penolg kanan sign dulu baru boleh serah kat pejabat. Hai byknye kerenah, kami cgu ni byk keje, klas byk klu tak byk klas hari tu, kena relief plak, kadg2 nak pi kencingpun tertahan2 bberapa waktu. So apa yg berlaku pd aku ialah setiap kali aku pi pejbt nak cari pk1, dia takde atau dia sibuk, mk tak dptla aku serah mc minggu lps tu sampai hari ni, nak jumpe yg sorg lg tu tak sangguplah, sebab siapalah aku di mata dia? Yg herannya kan, sekolh lain takdepun prosedur mcm ini ????

Wednesday, November 4, 2009

Kata-kata hikmat

Ingin saya berkongsi kata-kata hikmat ini dgn sesiapa yg membaca entri ini, tp sori ya dah tak ingat dipetik dari mana !
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan Doamu, maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan Doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun...
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.


Ramai dari kita cukup selesa dengan keadaan yang sedia ada,
walhal keadaan itu tidaklah cukup selesa,
Ramai dari kita yang kelihatan bahagia,
walaupun sebenarnya pura-pura bahagia,
Ramai dari kita yang bangga dengan pencapaian sendiri,
walaupun pencapaian itu tidaklah membanggakan,
Ramai dari kita yang merasa cukup hebat,
walaupun kehebatan itu taklah seberapa,
Ramai dari kita yang suka jaga tepi kain orang,
walaupun kain sendiri koyak rabak,
Ramai dari kita suka meninggi diri,
walhal langit itu lebih tinggi dari kita,
Ramai dari kita yang pandai berkata-kata,
walaupun buat kerja tak tentu hala,
Ramai dari kita mulut manis lembut bicara,
walhal hati penuh hasad dengki dan cemburu,
Demikianlah diperihalkan ramai dari kita....

* Sebenarnya aku tengah berdebar menantikan keputusan pertukaranku yg dijangkakan akan diketahui esok...