Monday, November 16, 2009

AIR MATAKU MENITIS LAGI !

Balik dari sklh, YM bagi tau 'kabel' yg kami pasang di JPN cakap susah nak tolg ttg pertukrn tu sebab pengetua tulis 'tak disokong' dlm borg pertukrnku. Terasa mcm disambar kilat je aku mendengar kata-kata suamiku itu....
Sepanjang petang tadi, aku telah menangis tak henti2, menangis, menangis dan menangis. Dalam hidup aku, ini adalah kali ke-2 aku menangis spt ini. Kali pertama ialah sewaktu arwah ayah meninggal, masa tu aku rasa mcm dunia ini dah takde maknanya lagi, sebab arwah ayah adalah org yg paling rapat dan sayang dgn aku, dari kecil sampai tua, arwah ayah tak pernah jentikpun aku, arwah sentiasa bersabar dan memaafkan segala kesilapan atau kesalahan yg aku lakukan dan yg paling aku terkilan, arwah meninggal sewaktu dlm perjalanan hendak pergi beli ikan masin di pasar, kerana hendak berpantang. Kata arwah, dia hendak cepat2 sembuh dari penyakitnya supaya boleh datang ke taiping utk tinggal bersama aku. Dlm perjalanan pulang, arwah telah dilanggar oleh sebuah motosikal yg dibawa dgn laju, aku tak dpt bayangkan kesakitan yg terpaksa arwah ayah hadapi sewaktu terjatuh di atas jalan raya, sebelum org ramai dtg mengangkatnya dan membawa ke hospital. Lebam2 di badan arwah jelas kelihatan di kedua2 belah siku, peha dan belakang badannya. Arwah menghembuskan nafas yg terakhir selepas koma hampir seminggu dan aku dan family telah berulang alik dr taiping ke kota bharu sepanjng arwah koma kerana kami tak dpt cuti. Hidup kami dlm seminggu tu adalah di atas kereta saja. Sampai sekrg setiap kali ada mslh aku akan teringatkn arwah ayah dan kata-kata nasihatnya " sabarlah nak, kerana orang yg sabar tu akan sentiasa menang".
Alangkah bagusnya kalau arwah ayah masih ada........ ( Al fatihah buat arwah ayah yg aku sayangi selamanya )

No comments:

Post a Comment