Wednesday, November 4, 2009

Kata-kata hikmat

Ingin saya berkongsi kata-kata hikmat ini dgn sesiapa yg membaca entri ini, tp sori ya dah tak ingat dipetik dari mana !
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan Doamu, maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan Doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun...
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.


Ramai dari kita cukup selesa dengan keadaan yang sedia ada,
walhal keadaan itu tidaklah cukup selesa,
Ramai dari kita yang kelihatan bahagia,
walaupun sebenarnya pura-pura bahagia,
Ramai dari kita yang bangga dengan pencapaian sendiri,
walaupun pencapaian itu tidaklah membanggakan,
Ramai dari kita yang merasa cukup hebat,
walaupun kehebatan itu taklah seberapa,
Ramai dari kita yang suka jaga tepi kain orang,
walaupun kain sendiri koyak rabak,
Ramai dari kita suka meninggi diri,
walhal langit itu lebih tinggi dari kita,
Ramai dari kita yang pandai berkata-kata,
walaupun buat kerja tak tentu hala,
Ramai dari kita mulut manis lembut bicara,
walhal hati penuh hasad dengki dan cemburu,
Demikianlah diperihalkan ramai dari kita....

* Sebenarnya aku tengah berdebar menantikan keputusan pertukaranku yg dijangkakan akan diketahui esok...

No comments:

Post a Comment