Thursday, May 20, 2010

Jumpa Kekawan Lama

Pergi meeting Pesta Pantun peringkat daerah, di SMAI. Bawa sekali Yati, cikgu Gstt. Tak sangka jumpa kekawan lama spt Hafizah, Haliza dan juga kekawan yang selalu jumpa tapi tak pernah ingat nama (maaflah yer ... )
Bila jumpa balik Hafizah, rindu rasanya, maklumlah kami pernah bekerja di bawah bumbung yang sama di Mudzaffar. Masing-masing seronok mengimbau balik kenangan pahit di Mudzfr. Hanya kami yang faham apa yang pernah kami alami di sana, pahit getir, perasaan tidak dihargai .....
Masing-masing bersyukur kerana berjaya 'keluar' dari sana. Itulah hakikatnya. Segala beban yang terpaksa dipikul selama itu terasa lenyap dalam sekelip mata. Hanya kami yang faham !
Apa-apapun, doaku agar Hafizah dan anak-anak sentiasa sihat dan bahagia selalu. She is a nice lady indeed !
Haliza pula, kami selalu berselisih tapi tak pernah ada kesempatan bekerjasama. Semasa aku bertukar ke Mudzfr, dia bertukar ke Selinsing. Apabila aku bertukar ke Selinsing, dia baru sahaja bertukar ke Gunung Semanggol. Kami mengenali satu sama lain, tapi tak ada kesempatan bekerja di bawah satu bumbung. Tapi sekarang, aku bekerja satu bumbung dengan adiknya.
Haryati, Gstt yang aku bawa bersama, seorang yang rajin dan bersemangat, tapi nasib tidak menyebelahinya, banyak kali mohon KPLI nak jadi cikgu tapi tak pernah dapat. Mungkin belum ada rezeki ! Nasib baik ada dia, sekurang-kurangnya ada orang yang boleh membantu aku, maklumlah banyak betul kerjaku di sekolah ini.
Kebetulan pula ya, ketiga-tiga orang yang aku mention kat sini, nama mereka semua ada H

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Itulah ungkapan klise yang akan guru-guru dengar setiap tahun menjelangnya 16 Mei. Tahun ini dah 20 tahun aku menjadi Guru, jadi bermakna sudah 20 tahun aku menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" - lagu evergreen yang tak pernah jemu-jemu dilagukan setiap kali menjelangnya 16 Mei.

Tahun ini sekali lagi aku menyambut Hari Guru di sekolah baru. Tapi suasana sambutan tak banyak berbeza dengan sekolah-sekolah lain yang pernah aku ajar. Yang berbeza mungkin bangunan, tempat, dan acara yang diadakan. Sekolah kami agak 'bertuah' tahun ini kerana dikunjungi oleh PPD Kerian, Tuan Haji Mat Lazim sendiri, dan dia juga seronok berada di sekolah kami dan berada agak lama bersama-sama guru dan pelajar sekolah ini menyambut Hari Guru.
Tahun ini juga aku mendapat anugerah yang aku rasa kelakar lah: Anugerah Guru Cakap Paling Laju, tak sangka pula selama ini aku bercakap dengan laju, agak-agaknya berapa kelajuan aku bercakap yer ? erk...
Seronok dan terharu apabila buka facebook, ramai x-student yang hantar ucapan dan doa, tak sangka mereka masih ingat pada aku Guru yang cakap paling laju ini hehe....... .
Sedih dan terkilan apabila tengok ada rakan-rakan guru yang langsung tidak mendapat apa-apa hadiah atau kad daripada pelajar, dan semua guru praktikum yang hanya datang setakat 4 bulan di sekolah, dilonggokkan dengan bermacam-macam hadiah. Itulah realitinya !
Sindrom sebegini tiap-tiap tahun berlaku, pelajar lebih suka bakal guru yang muda-muda yang boleh melayan mereka dengan baik, sehinggakan handphone guru pun pelajar boleh pakai sesuka hati, begitu juga dengan laptop dsbnya.
Tetapi apabila cikgu praktikum ini dah pergi, maka guru-guru lama atau guru yang sedia ada inilah yang akan menghabiskan masa sepanjang tahun bersama-sama pelajar mengharungi p & p mereka. Tambah2 lagi pelajar yg bakal menduduki PMR dan SPM.
Bilakah agaknya pelajar akan sedar ? Susah sangatkah hendak membuat sekeping kad ucapan utk guru-guru yang menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk mereka ??
Entahlah, Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui. Kata orang kalau kita ikhlas dengan guru, ilmu yang kita peroleh itu berkat ... just wait and see !!
Nanti ada masa aku akan uploadkan pic hari ini , ok !

Wednesday, May 12, 2010

Happy Birthday Mayson

Happy 13th Birthday Mayson anakku ...semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, diberi akal yang pintar dan matang.... dan yang penting menjadi anak yang solehah dan baik .
Sebenarnya selama 13 tahun, inilah kali pertama aku boleh terlupa birthday anak aku, sedih rasanya! Mungkin terlalu sibuk dengan kerja-kerja sekolah sehingga menyebabkan aku terlupa, banyak betul kerja yang terpaksa diuruskan. Anyway, tadi kami telah membawanya pergi celebrate dan beli kek, cuma tak sempat beli hadiah, nantilah hujung minggu kalau ada masa.
Tadi sempat juga ambil gambar Mayson dengan keknya .. kesian disebabkan kesuntukan masa kami hanya beli kek di The Store, Kamunting je, memang tak sedap dan tak menarik langsung, tapi itu saja pilihan yang ada.
Dalam sekelip mata je, anak aku sudah besar. Dulu masa baby dan masa kecil, badannya berisi (chubby) dan cute sesangat, tapi sekarang badannya kurus kering walaupun dia kuat makan. Kadang-kadang risau tengok badannya yang cekeding itu. Dalam sedar dan tak sedar, aku dan suami juga sebenarnya semakin tua seiring dengan kedewasaan anak-anak kami.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah anak-anakku dan berkatilah mereka. Jadikanlah mereka anak-anak yang baik, soleh dan solehah..... amin !

Tuesday, May 4, 2010

Buah tangan dari Kelantan

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli kain batik dan kain baju yang cantik2 dari Kelantan, bolehlah menghubungi aku. Banyak 'buah tangan' dari sana kami pilih dan bawa balik untuk dijual, harganya pun jauh lebih murah dari yang dijual di kedai2 kat tepeng ni. Kami boleh jual dengan harga murah kerana memang kami kenal penjual di sana dan apabila kita beli dengan banyak, maka dapatlah harga yang murah. So, kalau berminat bolehlah contact aku yer.... hehe..
Sebenarnya aku minat juga berniaga ni, cuma tak ada kesempatan dan modalnya, dan yang paling penting ialah 'kesabaran'.