Wednesday, December 30, 2009

1st MEETING

Hari ni miting pertama 2010, walaupun sesi persekolahan 2010 belum mula lagi. Aku terpaksa menghadirkan diri gak kerna rayuan pertukaranku tak berjaya.. dengan berat hati dan berat langkah, aku gagahkan diri hadir jugak. Tetapi aku terpaksa keluar awal kerana hari ini anak aku mendaftar diri masuk tingkatan 1, kesian suamiku terpaksa uruskan anak walaupun dia jugak ada miting. Aku mengambil alih separuh masa kedua. Anak kecil akupun takde siapa nak menjaga kerana pengasuh yang baru nak mula kerje 4 hb, so terpaksa angkut sekali dgn Lea ke sekolah abangnya.
Kat sekolah tadipun, cikgu2 sibuk bertanyakan kesahihan cerita kononnya aku dpt bertukar ke selinsing, sedangkan aku sendiripun tak tau hujung pangkalnya ! Baru tadi cgu halim chat ngan aku pun, dia bertanyakan benda yang sama, dan jawapan akupun sama jugaklah..
Aku tak boleh concentrate prepare assignment sebab banyak sangat benda terpaksa diuruskan, kat Tanjong Malim sana, rumah sewa ada problem, housemate aku ajak aku pindah sama ngan dia orang sebab rumah sewa kami tu agak teruk dan tuan rumah nak minta sewa utk 6 bln sekali gus !
Di sini pulak, aku terpaksa uruskan persekolahan anak aku, dan juga masalah pertukaran aku, dan jadual baru persekolahan....... Uhh, banyaknya benda nak kena pikir, lusa aku dah nak kena pergi balik ke Tjg Malim sebab sabtu ada kelas. Hmmm...... penatnya !

Tuesday, December 29, 2009

NOT A HAPPY ENDING

Hari ini adalah hari terakhir utk confirm sama ada aku dpt pertukaran atau tidak. So, the answer is No. Rayuan pertukaran aku tidak diluluskan. Sedih sangat, tak tau macam mana nak uruskan persekolahan anak aku yg akan masuk tingkatan satu, kami laki bini sesi pagi sedangkan semua sekolah tingkatan satunya di sebelah petang. Kalau bukan sebab makcik tu kacau surat pertukaran aku, tentu aku pun sudah dapat bertukar seperti huda dan rohaizah. Hmm... nasib aku memang malang, dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Kalau aku cakap, orang akan marah ,dia orang kata aku ni tak percaya pada Qada dan Qadak tapi bukan itu maksud aku, ntahlah malas nak xplain pulak.
Esok aku kena pergi daftarkan anak aku masuk tingkatan satu dan pada masa yg sama ada mesyuarat di sekolah. Cakap terus teranglah malassss sangat aku hendak balik semula ke skolah ini. Cukuplah... aku dah tak tahan lagi, selagi kuasa ada di tangan orang2 yg spt itu maka keadaannya akan spt itu jugalah sampai bila2...
Kenapa yer hidup ini singkat sahaja tetapi ada manusia menganggap bahawa merekalah yg paling berkuasa dan merekalah yg berhak menentukan hidup orang lain, walaupun orang lain menderita akibat tindakan mereka itu. DAN yang paling teruk ialah orang yang pergi mengerjakan haji pun bersikap spt itu,suka mengenakan orang, menganiayai orang, tidak ada perasaan simpati dan empati terhadap masalah yg dihadapi oleh orang lain. Bahagiakah engkau???

Thursday, December 24, 2009

BENGANG !

Baru balik dr Tanjong Malim semlm, ingatkan hari ni boleh relax sikit, tengok2 rumah mcm apa je, dapur penuh sarat dgn mcm2 brg (kami tidur kat dapur sementara bilik tidur sedg di renovate), ruang tamu penuh dgn habuk dan batu bata, rumah dah tak mcm rumah, nak duduk dgn selesapun susah ! Uhh, lambat betul dia org ni nak siapkan rumah !
Dlm aku tgh kepenatan tu, tiba2 coursemate aku msg tanya pasal tajuk proposal, bingung gak sekejap, kemudian baru aku teringat aku ambik mod A, sem 3 nanti baru start buat proposal, dia orang yg ambik mod B yg kena buat proposal sekrg. Penat jg lah dok melayan msg kawan tadi. Belum sempat aku bergerak, tiba2 sorang lagi coursemate hantar msg bertanyakan benda yg sama, so terpaksalah xplain benda yg sama kat dia. Ai, pening aku dibuat oleh dia orang ni, hehe... biasalah tu sem pertama semua org pun tak brape clear...
Kemudian aku teringat pulak assignment yg diberi oleh 2 org lecturer tu, adushh banyaknyaaa !! 6 assignment; 3 individu 3 berkumpulan. Tu baru 2 org lecturer, sorang lecturer lagi belum balik dr Mekah lagi. Wow, kalau mcm ni nampaknya plan aku nak kuruskan badan akan berjayalah tahun hadapan ! Yg paling aku tak tahan ialah semuanya kena persembahkan dlm bentuk power point ! dah lah nak kena cari bahan, nak karang lagi tak kurang dr 15 muka surat, kemudian nak present pulak.... Penatnya !

Tuesday, December 22, 2009

RINDUNYAA !

3 hari di sini utk kelas ganti dari 21 hingga 23 Disember 2009, aku terasa amat rindukan anak kecilku Lea. Akhirnya menitis juga air mataku yg cuba aku tahan selama beberapa hari ni. Tadi masa aku telefon, tiba2 Lea dengan suara yg sedihnya " Mi balik, rindu... ". Teringat aku semasa aku hendak bertolak ke sini tempoh hari, Lea asyik sebut " nak ikut, nak ikut ". Tak sangka pulak selama ini dia agak manja dgn papanya, tapi bila aku tiada di sisinya, dia tercari2 pula.
Lea my sweetheart.... esok petang mami balik ok !

Monday, December 21, 2009

AKU SEORANG PELAJAR

Hari ini pertama kalinya aku memandu seorg diri ke Tanjong Malim, mula2 tu takut juga, tapi perjalanan selama 2 setengah jam itu lebih memenatkan berbanding dgn perasaan takut. Boringnya memandu sorang diri, jenuh juga aku menukar cd lagu dan sempatlah 2 kali aku berhenti di R&R. Huhh, memang memenatkan.
Kuliah aku bermula jam 3 ptg, aku tiba di upsi 2.45ptg. Akulah org pertama yg masuk ke kelas walaupun agak lama juga aku tersesat mencari bilik kuliah. Sempatlah aku merasa kaki melecet, maklumlah pakai kasut baru, kemudian jauh pula tu berpusing mencari kelas ! Kelas hari ni agak menakutkan, belum apa2 lecturer tu dah bg assignment, 2 pulak tu. Terkebil-kebil kami apabila dia minta kami tuliskan tajuk yg kami nak buat. Akibatnya sorangpun tak tertulis sebab semuanya masih blurr ! Lepas kuliah, aku & 2 org lagi coursemate terus pi minum kat belakang universiti, aku lagilah dari semenjak pg belum menjamah sebijipun nasi !
After that kami terus pi library, namanya Perpustakaan Permaisuri Bainun. Huhh !! memang first classlah librarynya dgn segala kemudahan yg canggih. Tanpa membuang masa kami terus mencari buku2 rujukan berdasarkan senarai yg diberi oleh lecturer tadi. Kami bertiga sependapat bahawa "alangkah ruginya kalau seseorang yg sudah berjaya masuk ke upsi tetapi tidak mahu menggunakan kemudahan librarynya" dan aku sendiri berasa akulah antara manusia yg bertuah kerana Tuhan memberikan aku kesempatan dan peluang utk menjejakkan kaki ke menara gading buat kali keduanya. Dlm diam aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kurniaan ini..
Kami keluar dr library dah dekat 6.50 ptg kerana dlm ms cuti ni library tutup pukul 7.00 mlm. Kami berpisah di situ. Aku memandu sendirian ke rumah sewa di taman universiti. Lepas parking kereta, aku menaikkan beg2 aku ke bilik atas, housemate aku ada di rumah. Lepas sembahyang maghrib, kami bersembang agak lama juga. Housemate aku yg semuanya berpangkat 'adik @ anak" xcited bertanyakan mcm2 soalan pd aku terutamanya pengalaman aku sbg seorang guru. Memang seronok bersembang dgn mereka, dah lama aku tidak bersembang gila2 mcm ni, rasa mcm zmn muda2 dulu pulak ! Kasihan dia org kehabisan stok makanan, so aku tak mkn malam sebab dia orgpun tak offer, ada yg just makan roti, ada yg mkn jambu yg aku belikan tadi. Aku pulak teguk air mineral je lah ! Kesian kami semua, nak keluar makan tak berani sebab belum biasa dgn kawasan ini.
Ok, aku nak tidur dah, esok dah janji dgn coursemate nak buat discussion kat library pukul 9.00 pagi.... jumpe lagi !
p/s : kami dibenarkan pinjam 12 buah buku sorang selama sebulan, wow !

Monday, December 14, 2009

UPSI & AKU

Hehe... akhirnya aku telah menjadi student UPSI ! Dalam keadaan takut dan ragu2, akhirnya aku melangkah juga ke Upsi mendaftar diri sbg pelajar sarjana (master). Course yg aku ambil tentulah bahasa Melayu, malas nak ambil course lain yg tak relevan dgn kerjaya aku sekarang. Dan aku juga telah mendapat rumah sewa bersama student yg lain. Alhamdullilah segalanya berjalan lancar walaupun hari pendaftaran tu amat memenatkan kerana jadual sgt padat, iaitu dari 8.30 pagi sampai 6.00 petang. Break hanya lunch hour je iaitu pukul 1.00 hingga 2. 00 petang. Tapi tak kisahlah itu semua, yg penting kami tak perlu menjalani aktiviti suai kenal.
Haha... spt yg dijangkakan kebanyakan student memanggil aku 'kak', 'akak', 'puan' pun ada, kelakarla... sampaikan sorang tu tanya aku, " akak ni buat PHD kah? ", "tak, kenapa ? akak nampak tua sangatkah?" tanya aku nakkan kepastian. " Ehh, takdelah, akak punya gaya tu mcm orang yg nak buat PHD ", jawab student tu malu2, takut aku marah agaknya ! Ha ! tu lah nak tunggu muka dah berkedut baru nak buat master, kan dah kena... Tapi risau juga aku tengok budak2 muda yg nak buat master ni, dia orang bergerak dan berfikir dgn pantas. Tak mcm aku yg agak slow dan aku membayangkan cerita kanak2 yg pernah aku baca ms aku kecik2 dulu, cerita "Arnab berlumba lari dgn Sang kura2 ". Dan akulah sang kura2 itu !
Semasa Dekan Fakulti memberi ucapan tu, dia ada juga memberikan kata2 perangsang dan ingatan buat semua student master & Phd sesi 2009/2010 ini. Katanya, student sekrang hendaklah berani meneroka dan mencari ilmu, bukannya dok plagiat karya orang lain je. Jangan sekadar slow and steady, tetapi hendaklah fast, steady and consistent.... blabalabla.... banyak ucpnnya, kalau nak quote semua tak muat ruangan ni. Harap2 aku bolehlah catch up apa yg diajar dan yg penting tak ketinggalan (ditinggalkan orang ! )
Kuliah kami yg pertama sepatutnya bermula Jumaat ini tp jumaat ni kan cuti, so Sabtu lah mula dan kelas ganti utk setiap Jumaat cuti pd thn hdpn akan mula diganti pd 21, 22, & 23 hb ini , that's mean aku kena dok kat Tjg Malim dari Sabtu hingga Rabu dpn, and then kelas semula pd Jumaat dan Sabtunya. Ohh, penatnya, belum apa2 dah ada kelas ganti..... ok lah ada masa cerita lagi.
(p/s : kalau Dr.Abdullah Hassan terbaca tulisan aku ni, ntah apalah yg akan dia cakap, bahasa lintang pukang, campur aduk.. tak mcm tulisan seorang guru. Dr.Abdullah dlm ucpnnya hari itu ada sebut ttg penggunaan bhs yg betul, " please use a proper language no matter you use Malay language, English, Tamil and what ever'. Remember don't talk to me using 'lah'. 'ha', 'yea'.... mampus den nanti tak tau mcm mn nak escape paper dia, uhuk hukhuk....

Thursday, December 10, 2009

SUATU PERJALANAN !

Esok 11.12.09 anak lelaki aku akan bertolak ke KL bersama2 kekawan & guru2 sekolahnya. Hari ini sepanjang hari kami menyediakan segala keperluan & kelengkapan yg perlu dibawanya, sibuknya macam nak pergi duduk sebulan, padahal kami kerap juga membawanya ke KL dan beberapa tahun yg lalu kami pernah tinggal di sana. Jadi dah tak hairan lagi dgn tempat2 yg ada kat KL, tapi dia tetap xcited mungkin kerana kali ini dia pergi bersama kawan2, jadi mungkin lebih seronok nanti. Maklumlah anakku dah meningkat remaja, jalan dgn ibu bapa banyak kongkongan, silap sikit pasti kena sound. Tapi aku tetap bimbangkan keselamatannya kerana dia orang pergi dgn menaiki bas, harap2 semuanya selamat .
Esok 11.12.09 juga, aku akan bertolak ke UPSI utk pendaftaran program master (hari Sabtu ). Suamiku dan Lea akan pergi bersamaku. Akhirnya, aku akan buat master juga. Sudah menjadi cita2ku semenjak di sekolah menengah lagi utk belajar sampai ke peringkat master. Tapi aku agak ragu2 dan takut, mungkin akulah student yg paling tua dan paling slow, aku takut tak boleh catch up studyku. Maklumlah aku buat part time je, iaitu setiap petang Jumaat & pagi Sabtu. Hari2 lain aku bekerja spt biasa. Lagipun dah hampir 20 tahun aku meninggalkan alam 'pembelajaran' (persekolahan? ).
Ada 2 perkara yg merungsingkan aku sekarang iaitu pertama rumah sewa. Adakah masih terdpt rumah/bilik utk disewa? macam mana kalau takde rumah sewa? takkan tiap2 minggu aku nak menginap kat hotel ! Kalau bapa aku ni cop duit ok jugak, hmm ntahlah...
Perkara ke-2 yg merisaukan aku ialah masa mohon hari tu kami bertiga iaitu aku, nurul & remie, yg dpt aku & remie, nurul tak dpt sbb lambat hantar borang. Tapi sekarang remie pulak terpaksa menarik diri kerana dia baru sahaja lepas bersalin, takkan nak tinggalkan baby dia pulakkan. So, tinggallah aku sorang dan yg menjadi masalahnya ialah tiap2 minggu aku terpaksa drive ke upsi sorang, sedangkan selama ini suami aku tak pernah bagi aku drive sorang kalau tempat tu jauh, kecuali pi sekolah je lah. Malah ke Ipohpun aku tak pernah drive, biasanya suami aku yg akan hantar (hmm tu lah manja sgt, skrang padan muka ! ). Dlm ms cuti sekolh ni bolehlah suami aku hantar, tapi lepas sekolh buka, macam mana? Eeeii, takutnya nak drive 2 jam lebih sorang diri.... Oh Tuhanku, bantulah aku, berilah aku kekuatan, keberanian dan ketabahan dlm aku mengejar ilmu di menara gading nanti supaya ilmu yg bakal aku peroleh dpt aku manfaatkan dlm kerjayaku sbg seorg pendidik, insyaallah. Amin.

Tuesday, December 8, 2009

SIBUKNYA!

Haa, kali ni aku nak bercakap sikit pasal sibuk. Semenjak aku dah decide nak terima tawaran tu, aku telah meletakkan diri aku & keluargaku dlm kesibukan. Hari sebelumnya pergi beli barang-barang keperluan, semalam pergi buat medical check up (X-ray buat kat Apollo), hari ni pi ambil result kat Majid. So dua tiga hari ni sgt sibuk, pening kepala dibuatnya.
Tambahan pulak kami tengah sibuk mencari kontraktor utk renovate rumah, hai kat Taiping ni ada duitpun susah betul nak cari tukang. Tukang Melayu banyak memberi alasan, tak berani nak buat sebab nak ketuk dan robohkan dinding ruang tamu nak sambung dgn bilik tidur, kami cadang nak besarkan lagi bilik tidur utama. Tukang Cina pulak, caj nya kadang2 tak masuk akal, yg dulu kami tanya, nak minta RM15,000. Alahai, susahnya !
Esok pulak nak pi bayar fee kat bank Islam, tadi dah pergi tapi bank off line, so dpt ambik borang je ! Kesibukan kami ini bertambah kerana terpaksa hantar anak lelaki ku ke sekolahnya utk berlatih nasyid.
Akibat dari kesibukan ini, aku telah telan 2 biji panadol tadi sebab kepalaku dah mula berdenyut-denyut sakit. So, setakat ni dulu.....aku nak pi tito (cara Lea sebut perkataan tidur! )

p/s: Alhamdullillah result medical check up aku semuanya ok !

Saturday, December 5, 2009

DEBARAN

Hatiku berdegup kencang menunggukan ketibaan 12.12.2009 ini...... takut, risau, serba-salah...hmm bermacam-macam perasaan silih berganti. Pada dasarnya aku dah setuju, tapi takut tak mampu nak bahagikan masa dan nak fokus pada 2 perkara dlm satu2 masa...entahlah ! Aku keliru? tidak. Aku tak keliru. Mungkin aku hilang pertimbangan pada masa ini? Entahlah. Harap2 keputusan yg aku ambil ini betul dan aku tidak akan menyesal. Iya, harap2nya begitulah. Walaupun suamiku dah memberikan green light dan dialah yg paling byk memberi galakan, tapi aku takut, aku takut aku tak mampu sebab rasanya aku dah agak tua untuk..................................... Apa2pun tunggu dan lihat sajalah nanti sama ada aku mampu melakukannya atau tidak!
Satu lagi debaran ialah sama ada aku berjaya atau tidak dalam permohonan aku utk bertukar semula ke Taipg. Surat rayuan dah hantar, minta tolong orangpun sudah, sendiri pergipun sudah, harap2nya Allah subhahanawataalla akan memakbulkan doaku dan ada lah harapanku utk bernafas kembali dgn lebih baik di persekitaran tempat kerja yg baru. Amin.
Dalam minggu2 cuti ini kami asyik sibuk berulang-alik menghantar anak lelakiku pergi ke sekolahnya berlatih lagu nasyid. Dia dan kekawannya yg mendpt 4A & 5A akan dibawa ke KL pd 11.12.09 ini oleh CIMB Bank untuk diraikan dgn pelajar2 dari sekolah lain yg juga merupakan sekolah anak angkat kpd CIMB bank dlm satu majlis yg akan diadakan di sebuah hotel. Hmm.. risau juga anak aku first time akan bermalam jauh dari kami, walaupun cgu2 dia ada bersama tapi selama ini tak pernah pula dia berada jauh dari pandangan mata kami. Agaknya itulah hakikat yg terpaksa diterima oleh setiap ibu dan bapa di dunia ini apabila anak2 mereka meningkat dewasa. Mungkin itu jugalah perasaan ibu dan ayah aku sewaktu aku mula melangkah keluar dari rumah melanjutkan pelajaran, bekerja, berkahwin dan.......... Baru kini aku faham perasaan mereka, rupanya begitu pahit sekali utk ditelan ya ! oh tidakkk.. anak aku dah dewasa !!!!

Tuesday, December 1, 2009

AIDIL ADHA & KAMI


Aidil Adha datang lagi, rasanya setahun cepat sangat berlalu. Tahun lepas kami menyambutnya di Cameron Highlands. Seperti juga tahun2 sebelumnya, kami sudah biasa menyambutnya sendirian sekeluarga. Tapi kalau di Kelantan tak banjir, biasanya kami akan balik ke kampung.
Tak banyak yg boleh aku ceritakan kali ini, kerana kebanyakan masa kami dihabiskan dgn berlepak-lepak di hotel sahaja. Hari pertama kami bermalam di Hotel Tanjung Bungah, Batu Feringgi. Mulanya ingat nak duduk di hotel yg mahal sikit tapi semuanya full house sebab kami tak booking dulu, jenis yg suka redah je! Sewa semalam RM230.00 tapi service tak brape sangatlah xpecially petugas kaunter pompuan yg agak kasar & berlagak.
Hari kedua kami sewa kat Hotel Equatorial, Bkt Jambul. Yang ni memang ok dan disyorkan kpd sesiapa yg nak tinggal di hotel yg selesa & dilayan dgn penuh sopan. Sewanya ok lah walaupun mahal sikit drp Tjg Bungah Hotel, biasalah 5 star hotel. Tjg Bungah tu 3 star je ! Tak banyak gambar yg sempat dirakamkan kerana selain drp jalan2 kat Batu Feringgi, kami hanya pergi sekejap je ke Queensbay Mall, Chowrasta, Gurney Drive & Metro Jaya, yg lainnya pusing2 dlm kereta je sebab kesian kat Lea yg kepenatan. Kalau ikutkan hati nak tinggal lama sikit tapi risaukan rumah takde siapa yg tolong tengokkan. Haa... macam tu lah kami sambut aidil adha this year !!!
Tengok je lah gambar2 kami semasa bercuti kat Penang...
Sempat lagi berposing sebelum check out dari hotel. Amacam cun tak? hehe...
Kami tiga beranak dlm bilik hotel Tjg Bungah. Yang kecik tu tak sempat nak buang ting nye !
Pemandangan indah dari tingkat 5 Hotel Tanjung Bungah, Bt Feringgi Penang.
Seronok & tak puas melihat keindahan pantai di Bt Feringgi, Penang.
Lea sedang seronok main air dlm bath tub, sama macam abangnya ! Ooops sensored !!
Mayson lepas berendam di bath tub hotel ! Amacam macho tak ? hehe...
Aku di anjung hotel Equatorial Penang, bilik kami di tkt 1 , kat bwh tu swimming pool

Sunday, November 22, 2009

Cuti Sekolah & Jemputan Kahwin

Kad jemputan yg ditempah khas dari Indonesia
Kad jemputan dari rakan sekerja
Contoh kad jemputan yg sederhana

Contoh kad jemptn kahwin yg nampak mahal


Cuti sekolah dah bermula, begitu juga dgn kenduri kahwin. Begitu sinonim antara cuti sekolah dgn kenduri kahwin. Tahun ini, kali pertama aku & YM tidak berbincg ttg perancgn cuti. Mungkin kerana dia tgk aku msh sugul lagi, dan aku sendiripun tak tahu kenapa kali ini aku susah hendak bangkit drp kesedihan ini, really I don't have the answer either !
Yang pastinya thn ini jemputan kahwin lebih byk dr thn lepas. Aku suka tgk kad jemputan kahwin kerana skrg ni mcm2 jenis & rupa kad kahwin, ada yg dibuat dlm btk CD, ada yg spt kipas, ada yg spt kalendar, dgn kata lain mcm2 ada, yg tak adanya duit nak pi mkn kenduri !
Apabila berckp ttg jemputan kahwin, kita tak dpt lari dr org yg menjemputnya. Ada yg menjemputnya terdiri dr rakan sekerja kita, ada yg merupakan org sekampg, atau setaman , ada yg dari student(bg pihak ibubapa atau kakak/abang) dan yg terpenting ialah dr saudara mara. Kenapa dr saudr mara tu penting? kerana kalau kita lupa atau tak dpt dtg, siaplah nanti terpaksa 'berperg dingin' atau tak bertegur sapa berkurun-kurun. Itulah yg berlaku pd kami apabila suamiku terlupa tarikh perkahwinan anak buahnya dan tak tepon bagi tau mrk yg menjemput itu.
Pernah juga berlaku, aku tersilap hari sewaktu menghadiri perkahwinan x studentku. Lepas balik baru aku sedar, itupun slps aku menghubungi sorg lg xstudent bertyakn kenduri tersebut. Patutlah kat tempat kenduri tu aku perasan takde sorgpun yg aku kenal atau kenal aku, begitu jg YM. Panjang jugalah tengkuk aku meninjau-ninjau kat celah2 org ramai kot2 ada yg kenal. Rupa2nya, aku silap hari dan tempat kenduri, kenduri tu dah berlangsung sehari sebelumnya !
Yang paling harunya ialah ada jemputan yg aku terima tapi sampai ke sudah aku tak tau siapa yg menjemput dan siapa pengantinnya! Keadaan ini berlaku apabila ada student yg meletakkn kad jemptn kahwin abang/kakak dia org atas meja aku sewaktu aku takde kat situ dan takde pulak memo yg ditinggalkn. Kes ni samalah mcm student yg selalu hantar msg tapi tak pernah tulis nama, pening juga hendak meneka siapa yg hantar....
Yg aku suka kalau jemptn tu dr rakan sekerja kerana kalau pi kenduri kita akan jumpa muka2 yg kita kenal jd tak rasa kekok sgtlah dlm majlis tersebut. Ha.. ada satu jemptn istimewa dr rakan sekerjaku pd 28.11.09 ini, cuba teka dari siapa ya ? jawapannya lihat pd kad jemptn di atas.. Tahniah Mr.Selvam, semoga bahagia selamanya !

Thursday, November 19, 2009

UPSR DAN ANAKKU


Keputusan UPSR diumumkan hari ini. Tahniah kpd anakku Mayson kerana mendpt 4A1B, walaupun tak dpt 5A, tetapi aku tetap berbangga kerana aku tahu bukan senang subjek UPSR sekarang. Kalau aku di tempat anakku mungkin aku tak dpt menjwb sebagus dia, terutamanya soalan matematik. Kat tempat kerja aku hari ni riuh jugalah kedengaran para ibu dan bapa yg berbangga dgn anak2 depa yg pandai, semuanya dpt 5A.
Rasa mcm terlepas pulak peluang aku utk melihat situasi di sekolahnya semasa guru besarnya mengumumkan keputusan pagi tadi.Suamiku sempat pergi tengok, tp aku spt biasa tak sempat kluar sebab terlalu byk kerja yg perlu dibereskan. Kertas periksa saja 3 kelas kena siapkan , depa org besar nak markah hari ni juga. Kemudian aku terlibat sbg guru bertugas spm pula petang ini sampai pukul 4.30 ptg. Kesian anakku, aku sampai rumah dah pukul 5.00 ptg. Tapi dia cukup seronok sebab tadi after school cgu sekolh dia bawa dia org yg dpt 5A dgn 4A pergi belanja makan KFC di Giant. Ok lah tu, kira sportinglah cgu Air Putih, tahniah cgu2 kerana menjadi guru yg caring dan supportive.
Malam ni tiba giliran kami ibubapanya pula membawanya pergi dinner. Dia nak sgt makan chicken chop kat Panorama Hotel. So kita org pun pergilah makan kat sana, sampai kat sana rupanya bukan kami saja yg bawa anak pi celebrate, ada ramai juga family Melayu yg membawa anak masing2. Rupanya seronok apabila anak2 kita berjaya, ini adalah pengalaman pertamaku anakku mengambil peperiksaan awam. Agaknya macam tu jugalah perasaan ibu bapaku dulu sewaktu aku berjaya dlm SRP,SPM dan STPM serta konvokesyen kat universiti ! Oh anakku, kau berjaya juga mengubat kesedihan ibu di tika ini !




Wednesday, November 18, 2009

BELUM SAMPAI MASANYA LAGI.......

Rasanya itulah tajuk yg sesuai utk entriku kali ini. Hari ini aku dan YM ambil cuti rehat sebab kami terpaksa pergi JPN Ipoh utk membuat rayuan pertukaranku, kalau cuti sekolah susah sikit sebab terpaksa bawa lea sekali (pengasuh cuti terus sampai thn depan). Mayson anak lakiku pun nak ikut, so tadi kami bawalah dia sekali.
Sampai di JPN agak awal lagi, sekitar jam 9 pg, lepas lapor diri kat kaunter jpn, mulanya kami nak jumpa en.roli (timbln pengarah) tp dia ada kat alor pongsu melawat seklh yg dilanda banjir , nak jumpa en.abd.majid (ketua sektor pengurusn seklh) dia plak ada kat putrajaya,ada miting kat sana
Nampaknya bkn senang nak jumpa org besar. Org besar sentiasa sibuk ! So kamipun pergilah juga ke pejabat bahagn sekolah menengah, dapatlah jumpa org kecik kat sana. Org kecik sentiasa ada kerana tugas dia org ialah menjaga pejabat. Org kecik tu suruh aku isi borang rayuan kat situ juga, walaupun aku dah habaq yg surat rayuan aku dah hantar by post hari isnin lepas. Aku akur je, kat pejabat org berjawtn kita takleh kata 'no' walaupun yg menyuruh tu org kecik. Itulah hakikatnya kita 1 Malaysia sekarang. Lepas isi, bagi kat org kecik tu, dia kata akan kumpulkn sekali dgn org lain punya. Yg peliknya, org kecik ni bila dia dpt tahu aku nak mohon ke taiping, dia pulak yg mcm nak marah "taiping tu luas, takut nanti depa hantar kat seklh jauh2 kat selama". Aku dan YM senyum je lah...
Lepas kluar dr jpn, mayson ajak pi sarapan kat gerai belkg tu, so kita orgpun pi sarapan lah. Sedap plak nasi dagang kat situ, nyesal tak bungkus bw balik ! Sambil mkn tu, YM dok conggak2 siapa lagi yg dia kenal kat jpn, jwb aku " kak Bai kan ada". "Tapi Bai dah keje kat seklh skrang, dulu memang dia kat jpn" kata suamiku, tak sempatpun aku nak gembira, cepat je ditarik balik. "Takpe lepas mkn, kita pi cari Bai kat seklh dia", kata YM seolah memujukku bila dia nampak mulutku dah muncung.
Finally kami pi SM Buntong, seklh kak Bai (sepupu suamiku) bekerja dan dptpun jumpa dia, so lepas ceritakn apa yg berlaku, dia janji cuba menolong kami dan akupun berikn satu salinan surat rayuanku itu padanya. Harapanku kini pada kak Bai, dulu dia dah berjaya tolg aku sekali, harap2 kali ni akan berjaya juga..... Itulah msdku belum sampai masanya... utk aku berputus asa. Aku akan mencuba sampailah ke saat terakhir...kemudian barulah bertawakal , kalau tak berjaya aku tak tau lah apa akan terjadi...Semoga Allah memberkati usahaku dan suamiku ini.. Amin.

Monday, November 16, 2009

AIR MATAKU MENITIS LAGI !

Balik dari sklh, YM bagi tau 'kabel' yg kami pasang di JPN cakap susah nak tolg ttg pertukrn tu sebab pengetua tulis 'tak disokong' dlm borg pertukrnku. Terasa mcm disambar kilat je aku mendengar kata-kata suamiku itu....
Sepanjang petang tadi, aku telah menangis tak henti2, menangis, menangis dan menangis. Dalam hidup aku, ini adalah kali ke-2 aku menangis spt ini. Kali pertama ialah sewaktu arwah ayah meninggal, masa tu aku rasa mcm dunia ini dah takde maknanya lagi, sebab arwah ayah adalah org yg paling rapat dan sayang dgn aku, dari kecil sampai tua, arwah ayah tak pernah jentikpun aku, arwah sentiasa bersabar dan memaafkan segala kesilapan atau kesalahan yg aku lakukan dan yg paling aku terkilan, arwah meninggal sewaktu dlm perjalanan hendak pergi beli ikan masin di pasar, kerana hendak berpantang. Kata arwah, dia hendak cepat2 sembuh dari penyakitnya supaya boleh datang ke taiping utk tinggal bersama aku. Dlm perjalanan pulang, arwah telah dilanggar oleh sebuah motosikal yg dibawa dgn laju, aku tak dpt bayangkan kesakitan yg terpaksa arwah ayah hadapi sewaktu terjatuh di atas jalan raya, sebelum org ramai dtg mengangkatnya dan membawa ke hospital. Lebam2 di badan arwah jelas kelihatan di kedua2 belah siku, peha dan belakang badannya. Arwah menghembuskan nafas yg terakhir selepas koma hampir seminggu dan aku dan family telah berulang alik dr taiping ke kota bharu sepanjng arwah koma kerana kami tak dpt cuti. Hidup kami dlm seminggu tu adalah di atas kereta saja. Sampai sekrg setiap kali ada mslh aku akan teringatkn arwah ayah dan kata-kata nasihatnya " sabarlah nak, kerana orang yg sabar tu akan sentiasa menang".
Alangkah bagusnya kalau arwah ayah masih ada........ ( Al fatihah buat arwah ayah yg aku sayangi selamanya )

Saturday, November 14, 2009

BLANK

Dua tiga hari ni mood tak begitu elok, masih terpengaruh dgn keputusan pertukaran sekolahku. Aku sangat frust kerana tak dapat tukar, dan yg buat aku frust sgt ialah 2 org lagi cgu dpt pulak. Walaupun aku dah buat rayuan, tp aku tak dpt hilangkn perasaan kecewa itu, tambah2 lagi apabila aku dpt tahu ada 'tgn ghaib' yg main peranan menghalang pertukaranku ini. Kenapa? kenapa kejam sgt padaku? apalah dosaku hingga sudah 5 kali aku minta bertukarpun tak dibenarkan ? Ya Allah ya Tuhanku, bantulah hambamu yang lemah dan tak berdaya ini... kerana aku sgt2 mengharapkan pertukaran ini supaya aku dpt menguruskn persekolahn anak sulungku yg akan masuk ke tingkatan 1 pd thn hdpn. Oh, aku dah buntu sebenarnya, mcm mana aku hendak uruskn anak aku klu aku tak dpt b'tukar ?
Hari ini aku bangun agak lewat, mlm tadi tidur tak begitu lena, pusing kiri pusing kanan pun tak mau lena, dlm tidurpun aku asyik terfikir pasal pertukrn. Ingat nak menanda kertas periksa 6 rendah, tup tup YM ajak pi Ipoh, so terpaksalah pergi, sebelum naik kereta sempatlah aku angkut sekali kertas periksa dan balik dr Ipoh sehelai kertaspun tak sempat aku semak, buat berat kereta je ! Ntah apa nak jadi dgn aku ni, pi shoppingpun boleh tak seronok? tengok apa pun tak ade mood, bila terfikir pasal pertkrn je mulalah menitis air mataku.... issh tak seronoknyaaaa !!!!
Tak tau kenapa lately ni, aku macam takde luck je, banyak benda yg berlaku tak spt yg dirancangkn. Hidup aku seolah-olah blank dan tak seronok, dari bulan 10 sampai hari ni, entah berapa kali dah aku menangis kat sekolah, agaknya cgu2 yg nampak aku menangispun rasa pelik kot ! Entahlah. ade tak siapa2 nak tolong fill in the blank ?

Wednesday, November 11, 2009

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Ada org kt hidup kita ini umpma warna iaitu hitam@putih (Warna kehdpn).Ada jg org kt hidup ini spt roda (roda kehdpn),dan ada jg org kt hidup ini umpm siang & mlm yg akan silih berganti. Ntahlah, mungkin semua ada kebenarannya...
Malam tadi (10.11.09), kakak aku tepon dr kelantan & memaklumkn yg dia baru shj menjual tanah yg dibelinya dgn hrg RM12,000 (dua thn yg lalu). Beria-ia benar dia menyuruh aku meneka hrg yg dia jual.
" RM20,000" , "salah"
"RM30,000" , "salah", "cuba teka sekali lagi"
"RM35,000" , "salah", "habis berapa? " tanyaku bodoh
"RM100,000", "Apa ???? "
Macam tak percaya je telinga aku menangkap jawapannya !. Itu cerita kakak ku, seorg suri rumah sepenuh masa yg tlh berkahwin dgn tauke sawmill di kuala krai.
Ini cerita aku pulak...
Tiga minggu lepas, aku menerima surat dr LHDN memaklumkn bhw baki kredit aku ada RM948.53 dan aku akan dibyr dgn cek dlm tempoh 2 minggu. Tunggu punya tunggu, dkt sebulan dah habukpun tak nampk. Petang semlm (10.11.09) aku pun tepon lah ke LHDN bertyakn cek aku tu. Selps 3x dipas-pasnya talian, aku disambungkn dgn sorang pegawai(?) pompuan. Dia menyatakn bhw jumlh RM948.53 itu silap & terbatal krn kononnya fail aku tertunggak bg thn 1999. Penat jugalah aku bertekak dgn dia, memang naik 'hangin' betul aku semalam. Adakah patut dia kata baki sebenar sekrg ialah RM129.80. Dia org tersilap hantar surat pertama itu. Bayangknlah sebuah bdn bsr spt LHDN boleh buat kerje sambil lewa, memang haprak betullah (pinjam kt Tun M ). Sebenarnya fail aku tak tertunggak pun sebab aku buat potongn gaji seawal thn pertama aku bekerja lg. Dia org yg hilangkn fail aku semasa aku bertukar dr sabah ke KL.
Apa2 pun aku sedih sgt semlm, hampir 1 jam jugaklah aku menangis, huk huk huk... Bayangknlah RM948.53 tu bknnya bykpun, tp bg org yg mkn gaji mcm aku ni, jumlh tu dikira besarlah. Itulah bezanya aku dgn my sister, sentiasa ada garisan hitam & putih. Aku takdela salahkan ibu mengandung, cuma kadang2 aku tak dpt m'elak drp perasaan sedih walaupun aku redha dgn ketentuan Illahi..

Tuesday, November 10, 2009

SANGAT TAK FAHAM ?

Sesungguhnya aku tidak faham ??? Aku msk kelas 6A1 hari ni utk berbincg dgn diaorang tajuk soalan ramln bm 2 stpm, tapi diarang mcm tak kisah dan relax je. Ini bkn kali pertama diarang bersikap mcm ini, cuma yg aku tak fhm ialah exam diarang dah semakin dekat tp gelak tawa diarang semakin rancak. Itu yg membimbangkan aku, yg serius nak belajar ada sorang dua je, tak tahu lah kot diarang ni dah tension sampai tahap kritikal... Bkn apa sbg sorang guru, kadang2 sikap pelajar turut boleh mempengaruhi kita. Mood nak mengajar tu akan drop sampai 0 darjah apabila tgk pelajar buat dono je dgn kita, sampaikan kita masuk kelaspun, diarang tak bangun beri salam. Kalau pelajar form 4 tu bolehlah lagi kita terima sebab akal diarang tu msh tak sempurna tapi bila pelajar t6 juga buat perangai camtu, tuhan saja yg tahu mcm mana perasaan sorang guru !
Terus terang aku risau tengok atikah, hafizah, intan, bariah, azizi (lately smkn suka ketawa) dan naemah. Harap2 kerisauan aku hanyalah unsur lewah....

Monday, November 9, 2009

Keliru ???

Dalam hidup kita ini, kadang-kadang kita akan berasa keliru, dikelirukan dan terkeliru. Banyak perkara yg berlaku di sekeliling kita saban hari yg boleh menyebabkan kita terganggu dan akhirnya keliru. Contohnya, orang yg hendak pergi mengerjakan haji. Mereka sepatutnya berusaha utk memohon maaf drp mana2 pihak yg mereka telah lakukan kesalhan/kekasaran. Tetapi apa yg berlaku di tempat kerja aku pulak adalah di sebaliknya kerana org yg hendak pergi haji itu tidak pulak meminta maaf sebaliknya guru2 yg pergi mencari org berkenaan. Apa yg kelakarnya ialah apabila cikgu x tidak mahu pergi jumpa dgn org berkenaan pada hari terakhir org itu berada di sekolah, ckgu x ini telah dipandang sbg ' org yg bersalah ' , walhal selama ini cikgu x ini telah diperlakukan dgn tidak sepatutnya oleh org yg hendak pergi haji ini. Adakah kerana org itu berjawatan paling tinggi di sekolah itu maka org lain mesti menunjukkan hormat yg tidak berbelah bahagi kepadanya? Setahu akulah apabila seseorang itu berada di tanah suci Mekah (bumi Allah), semuanya adalah sama taraf tidak kiralah dia tu menterikah, engineer kah, pengetuakah, guru besar kah, guru kecilkah, semuanya sama taraf.... yg membezakan kita manusia ni esok2 ialah amalan kita sahaja !
Satu lagi situasi yg membuatkan aku keliru ialah hari ini aku msk klas 6r1 utk jg exam, tp dia org ni kalau aku msk klas, dia org bknnya nak concentrate jwb soalan sebaliknya dia org asyik nak ajak aku sembg je, so aku layan je lah sebab akupun tgh tension giler. Sambil2 tu aku tegur juga la dia org ni sebab teruk sgt budak laki jwb paper bm aku...... Lama juga aku perhatikn dia org ni mcm tak jwbpun soalan PP hari ni, lalu aku tya knp tak jwb? Maka jwblah si sapuan tu " tak tahu nak jwb cgu", "kenapa tak tahu jwb", tya aku plak. "Soalannya susah" jwb dia lg, "memanglah susah, exam, tp kenalah baca tak bc mcm mn nak senang" jwb aku spontan. "Ala cgu, mslhnya baca pun tak ingat! " selamba je jwb si sapuan ni. Geramnye aku dgn budak sekor ni...nah ini jwpnnye: Baca + tak ingat = tak baca , Baca + lupa = tak baca , Baca + ingat = ?
Geli hati plak aku tgk budak2 6R1 tu terangguk-angguk mengeyakan apa yg aku tulis itu..
Ni crite pasal mc (cuti sakit), dulu kami kalau cuti sakit ambil surat mc boleh terus serah kat krani pejabat, tp semenjak cc baru ni dtg, semua mc kena bg pengetua/penolg kanan sign dulu baru boleh serah kat pejabat. Hai byknye kerenah, kami cgu ni byk keje, klas byk klu tak byk klas hari tu, kena relief plak, kadg2 nak pi kencingpun tertahan2 bberapa waktu. So apa yg berlaku pd aku ialah setiap kali aku pi pejbt nak cari pk1, dia takde atau dia sibuk, mk tak dptla aku serah mc minggu lps tu sampai hari ni, nak jumpe yg sorg lg tu tak sangguplah, sebab siapalah aku di mata dia? Yg herannya kan, sekolh lain takdepun prosedur mcm ini ????

Wednesday, November 4, 2009

Kata-kata hikmat

Ingin saya berkongsi kata-kata hikmat ini dgn sesiapa yg membaca entri ini, tp sori ya dah tak ingat dipetik dari mana !
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan Doamu, maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan Doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun...
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.


Ramai dari kita cukup selesa dengan keadaan yang sedia ada,
walhal keadaan itu tidaklah cukup selesa,
Ramai dari kita yang kelihatan bahagia,
walaupun sebenarnya pura-pura bahagia,
Ramai dari kita yang bangga dengan pencapaian sendiri,
walaupun pencapaian itu tidaklah membanggakan,
Ramai dari kita yang merasa cukup hebat,
walaupun kehebatan itu taklah seberapa,
Ramai dari kita yang suka jaga tepi kain orang,
walaupun kain sendiri koyak rabak,
Ramai dari kita suka meninggi diri,
walhal langit itu lebih tinggi dari kita,
Ramai dari kita yang pandai berkata-kata,
walaupun buat kerja tak tentu hala,
Ramai dari kita mulut manis lembut bicara,
walhal hati penuh hasad dengki dan cemburu,
Demikianlah diperihalkan ramai dari kita....

* Sebenarnya aku tengah berdebar menantikan keputusan pertukaranku yg dijangkakan akan diketahui esok...

Friday, October 30, 2009

Kurang Ajar !

Situasi 1 :
Seorang wanita pertghn umur sedang memilih ikan di market, sedang leka dia memilih, penjual ikan itu iaitu seorang lelaki Melayu tanpa mempedulikan wanita itu terus berkata-kata " ikan-ikan ni semuanya segar2, sekilo 6 ringgit saja". Perempuan itu cuba mengambil sendiri spt lazimnya tetapi belum sempat dia habis berbuat demikian, penjual itu dgn pantasnya mengambil ikan2 yg agak kecil & kurg segar lalu dimasukkan ke dlm plastik beg dan mencampakkannya ke hdpn wanita itu. " Nah, sekilo " dan memaling mukanya menghadap pelanggan lain. Wanita Melayu itu kelihatan agak kaget dgn cr penjual itu tetapi tetap juga mengeluarkan wangnya dari dompet, dikira-kiranya wang syiling 10 sen, 20 sen & 50 sen bercampur-campur yg kesemuanya berjumlah 6 ringgit, lalu dicampakkannya ke atas ikan2 yg ada di gerai penjual itu sambil berlalu pergi dgn membawa bersama ikan sekilo itu. Penjual ikan itu kelihatan agak kaget dgn apa yg dilihatnya.........
So, moral of the story ialah kita harus bersikap" lebih" kurang ajar drp org yg kurg ajar dgn kita.

Situasi 2 :
Dlm sebuah kelas di seklh M, terdpt sekumpln pljr sedang menghias kelas dgn belon2 krn sekejap lagi akan di adakan jamuan akhir thn sebuah persatuan. Seorg guru kelihtn sedg mengarahkn peljr lelaki utk menggantung belon2 itu di atas tingkap. Tiba2 seorang pljr perempn bersuara " cgu, saya tau mana tempat yg paling sesuai utk gantung belon tu, gantung kat badan cgu, tentu cantikkan! " sambil gelak terkekeh-kekeh. Kwn-kwnnya yg lain ada yg turut gelak & ada yg buat2 tak dengar. Cgu perempn itu kelihatan agak terkedu dgn kata2 peljr tadi, tetapi tetap juga cuba menjaga maruah peljr itu dgn menjawb scr baik & seboleh mungkin tidak mahu merosakkan majlis pd hari itu,walaupun dlm hatinya rasa nak maki hamun je peljr yg tak sedar diri itu......
Moral of the story ialah tak guna kita bertikam lidah dgn org yg IQ nya rendah.

Situasi 3 :
Dlm sebuah bilik guru, kelihtn seorg guru prmpn X sedg sibuk menyiapkn kejenye, tiba2 dtg guru Y (pompuan) sambil memanggil guru X, " ni minta 10 ringgit, peljr tkt 6 nak buat jamuan akhir thn, tau2 je lah depa tu bukannye ada duit." Cgu X merenung muka cgu Y lalu berkata " mahalnya 10 ringgit ! ." " Ah biasalah jamuan' sahut cgu Y. " Kalau saya tak nak join boleh tak? sbb tkt 61 tu depa kata nak buat jamuan asing". "Eh boleh, tak nak tak apa.." kata cgu Y. "Bkn apa sabtu lps kami baru adakn jamuan kelab, jd duit sy dah byk habis kat situ " jwb cgu X. "ya lah gaji DG 44 .." sambut cgu Y dgn gelak yg dibuat-buat sambil berlalu pergi. Cgu X terduduk mengetap bibirnya geram, dlm hatinya berkata" duit aku DG 44 ke 48 ke 52 ke, aku punya hal lah, kau kalau baik sgt knp tak sponsor terus je jamuan tu, gaji kaupun 44 juga, apa? kau org ingat aku ni ape? time nak minta duit pun korang berkasar, tak bolehkah guna bhs yg sopan sikit? nama je cgu!! "
Moral of the story ialah kita harus sedar hak kita sama ada kita hendak setuju atau tidak, jgn sekali-kali jadi pak turut membabi buta, biarlah org nak tuduh kita ni tak pandai b'kwn, tak tau bw diri, etc.

Wednesday, October 28, 2009

continue pic jogging me & my kids

Dua tiga hari ni asyik hujan je, so kami tak dpt jogging & utk melepaskan kerinduan tu tgk ajelah pic yg ada...

Tuesday, October 27, 2009

Jogging

Cara utk release tension


Sebenarnya I bknlah terror sgtpun bab release tension ni cuma nak kongsi idea @ cara saja....so tgklah pic ni

Sunday, October 25, 2009

Tension

Waduh!! tensionnya minggu lepas, especially hari Jumaat, biasanya hari tu lah yg paling syok pasal esoknya dah cuti, tapi something unsangkarable tlh berlaku. Spt biasa hari tu my class start waktu ke-2 sampai ke-5 , dua waktu pertama dgn 6R2 after that dgn 6A1. Tgh I sibuk dlm klas 6R2 tiba2 krani call kata ms blur nak jumpa,urgent katanya. Hati dah rs tak sedap coz everytime jumpe dia tak pernah ada gud news. After klas I pi jugalah jumpa dia & spt yg dijangkalah... dia accuse I tak jlnkn tugas as a penylrs f6 , I've to xplain to her that I dah tak pegang that post since I tolak perjawtn f6 and as usual dia cuba accuse I dgn benda lain plak, dia tuduh I tak semak register peljr, kononnya ada cgu f6 yg tak tutup register. I just wonderlah dia dah tarik jwtn tu & bg kat org kesaygn dia dan bila timbul maslh keje tak settle I plak yg kena blame, dan yg paling tak sronoknye dia tanya benda tu dpn my colleague dlm bilik dia, bayangknlah betapa malunya I time tu !! I feel so sad coz rs mcm 'kambing hitam' plak I ni.. memang tak adilkan????? huahuahua...
Jamuan Kelab Pencinta Alam (KPA)
Sabtu (24.10.09) - kami adakn jamuan akhir thn, sronok a/bila berkumpul ramai2 & mkn. Kmdn ada penyampaian hadiah utk pertandgn yg pernh diadakn & lastly acara cabutan bertuah. So tgklah sdr pic nya...

Wednesday, October 21, 2009

Miting (Meeting)

Al-kisah tersebutlah di sebuah negeri yang bernama Entah Berentah akan mengadakan mitingnya yg entah kali ke berapa?.. Maka, ketua segala unggas iaitu sang Helang pun berbincanglah dgn penolongnya iaitu sang Bangau utk memanggil segala unggas di negeri itu utk bermiting.
Arakian, tibalah hari miting tersebut yg diadakan pada waktu tengahari di sebuah dangau yg telah ditetapkan. Maka sang Bangaupun dgn megahnya memulakan miting pd hari itu dgn agenda2 yg telah dirancang. Unggas2 yg lain spt si (burung) Hantu, si Enggang, si Puyuh, si Murai, si Ketitir, si Tekukur, si Tempua semuanya mendengar dgn penuh khusyuk apa yg disampaikan oleh Sang Bangau, sekali-sekala ada yg mengangguk-angguk tanda setuju dgn perkara yg diperkatakan (atau tersengguk-sengguk kerana mengantuk?). Ada yg termenung panjang dan ada yg sempat berbisik-bisik.
Selepas Sang Bangau bercakap, maka tibalah pula giliran sang Helang bersuara. Dengan suara yg lantang dan sedikit terketar, sang Helang memerhatikan seekor demi seekor unggas2 yg ada di depannya, seolah-olah mahu ditelan semuanya. Anak-anak unggas spt murai dan tempua tunduk semuanya seperti ketakutan yg amat sgt.
Namun di luar sana, si Pipit yg terluka sedg menyorokkan diri drp Sang Helang dan Bangau kerana dia sudah tak sanggup lagi terus dilukai dan maruahnya dirobek habis-habisan. Baginya enough is enough... Dari segi usia & penglmn, sang Helang & Bangau msh jauh ketinggaln berbandg Pipit, namun sbg pihak yg tidak ada kuasa, maka sewenang-wenangnya Pipit ditindas, dicakar, dipatuk & dipijak2.
Hatta, miting pd hari itu tamat lebih awal drp yg dijangkakan, mungkin kerna unggas2 yg ada sudah malas hendak berkata2 atau tidak berminat atau utk menjg kepentingn masing2 mk lebih baik berdiam diri. Bg si Pipit pula, dia telah berazam utk meninggalkn negeri Entah Berentah tu, walaupun terpaksa meninggakn jirannya si Puyuh yg sentiasa bersaing dgnnya, apa2 pun takdir yg akan menentukan segalanya.... .
So, moral of the story ialah....... lu pikirlah sendiri !!!!!!

p/s perlukah miting kalau segalanya telah ditetapkan? Inikah yg dikatakan kebebasan bersuara? Bgmnkah kita hdk membentuk modal insan yg berkualiti kalau semuanya 'terpaksa' sokong ?

Monday, October 19, 2009

Me, myself and my love ones

Hmm.. apa aku nak crita hari ni ye?? ok I'll start with myself@ me.. Aku adalah seorg isteri, ibu & seorg guru yg dah lm mengajar..kalau ikut thn, next yr masuk 20thn dah aku mengajar, lama juga lah sampai dah naik boringdah... kalau ikutkan cita2 aku nak jadi inspektor polis, adventurersla kononnya, tp mak tak bg, kata mak "abang kau jd cgu, takkan ngkau yg pompuannye nak jd polis plak".. Ha tu lah sebabnye.. tp I never blame my mom la sbb hidup I sbg cgu ni pun selesa, ada gaji ada cuti ada pencen, what else yg I nak ? maybe kepuasanlah yg I tak dpt. Sbg isteri I takde hel lah sbb my hubby (YM) sgt baik, supportive & kami bahagia hidup bersama, dialah sumber inspirasiku, my strength, my friend & sometimes tempat I lepaskan geram..huhu terukkan I ni ?. Sbg ibu plak, bab ni yg I always fail, sometimes I buntu nak handle anak2 I, tgk my boy yg kurus kering & my girl yg kecik je, I tahu I gagal sbg sorang ibu. Anak laki I mayson tu kuat mkn (semua benda dia bantai) tp kurus melidi, anak pompuan (maylea) pula too choosy, semua benda tak mau mkn, so what should I do ? Tolong!!! kalau siapa2 yg tau crnye tolg kasi tau sama gua yea...
About YM plak, dia cgu mcm I juga, tp kami totally different but saling melengkapi..hehe. YM lebih cenderung kpd seni.. music, lukis. etc.. & hobinye berkebun, melancong (melencung?) dan suka menghias rumah.. The only common thing between us ialah we both suka melancong.. hari tu plan raya this yr nak pi sarawak.. tp tak jd sbb takut H1N1 & sbb lain ialah bonus pun tak dpt.
Ttg anak laki I mayson pula, dia thn dpn br nak form 1, hobinye main golf, tgk tv, dgr lagu dn byk lagi klu crite sehari semlm pun tak hbs. My maylea plak br 2yr ++ tp tak pernah dok diam & very intelligent & hobinye mak oi tolgggg...... menangis!!! sikit2 nangis xpecially klu papanye ade memg anak bapaklah..
so, rasanye setakat ni dululah... nak siap2 kejap lagi nak pi jogging..

Friday, October 16, 2009

Alhamdullilah tercapai juga hajatku utk memiliki blog sendiri, seronoknya tak terkata, tq lah pada faiz dan shukrey yg telah membantuku..
Dalam blogku ini akan ku coretkan sedikit sebyk ttg penglmn dan perjalananku sbg seorg pendidik, seorang isteri, seorang ibu, seorang kawan dan......... semoga kisah-kisah yg bakal aku tulis akan menjadi pengalaman, teladan kepada orang lain dan mungkin juga untuk kepuasanku sendiri..hehe...
Memandangkan tarikh aku menghasilkan blog ini jatuh pada hari Deepavali, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Happy Deepavali kepada kenalan yang pernah kenal aku sama ada dulu atau sekrang spt miss sarasvathy arokian di kl, mr.ashokkumar, ms prabavathy,mr T selvam di mudzaffar...
Semlm kami seklrga pergi jogging di bkt DO, seronoknya.. dah bertahun aku tak pijak kaki ke situ.Selepas aku buat operation dulu tak brani sgt nak lari-lari, so skrang ni berat dah bertambah mcm dipam-pamlah pulak , ntah mcm mana tetiba aku berasa insaf semlm. aku dah janji dgn anakku eizlan untuk jogging lg hari ini. Nanti ada masa aku upload pic kat sana.

Wekcome to my blog

Ini adalah blog pertamaku.


buah hatiku..