Thursday, December 10, 2009

SUATU PERJALANAN !

Esok 11.12.09 anak lelaki aku akan bertolak ke KL bersama2 kekawan & guru2 sekolahnya. Hari ini sepanjang hari kami menyediakan segala keperluan & kelengkapan yg perlu dibawanya, sibuknya macam nak pergi duduk sebulan, padahal kami kerap juga membawanya ke KL dan beberapa tahun yg lalu kami pernah tinggal di sana. Jadi dah tak hairan lagi dgn tempat2 yg ada kat KL, tapi dia tetap xcited mungkin kerana kali ini dia pergi bersama kawan2, jadi mungkin lebih seronok nanti. Maklumlah anakku dah meningkat remaja, jalan dgn ibu bapa banyak kongkongan, silap sikit pasti kena sound. Tapi aku tetap bimbangkan keselamatannya kerana dia orang pergi dgn menaiki bas, harap2 semuanya selamat .
Esok 11.12.09 juga, aku akan bertolak ke UPSI utk pendaftaran program master (hari Sabtu ). Suamiku dan Lea akan pergi bersamaku. Akhirnya, aku akan buat master juga. Sudah menjadi cita2ku semenjak di sekolah menengah lagi utk belajar sampai ke peringkat master. Tapi aku agak ragu2 dan takut, mungkin akulah student yg paling tua dan paling slow, aku takut tak boleh catch up studyku. Maklumlah aku buat part time je, iaitu setiap petang Jumaat & pagi Sabtu. Hari2 lain aku bekerja spt biasa. Lagipun dah hampir 20 tahun aku meninggalkan alam 'pembelajaran' (persekolahan? ).
Ada 2 perkara yg merungsingkan aku sekarang iaitu pertama rumah sewa. Adakah masih terdpt rumah/bilik utk disewa? macam mana kalau takde rumah sewa? takkan tiap2 minggu aku nak menginap kat hotel ! Kalau bapa aku ni cop duit ok jugak, hmm ntahlah...
Perkara ke-2 yg merisaukan aku ialah masa mohon hari tu kami bertiga iaitu aku, nurul & remie, yg dpt aku & remie, nurul tak dpt sbb lambat hantar borang. Tapi sekarang remie pulak terpaksa menarik diri kerana dia baru sahaja lepas bersalin, takkan nak tinggalkan baby dia pulakkan. So, tinggallah aku sorang dan yg menjadi masalahnya ialah tiap2 minggu aku terpaksa drive ke upsi sorang, sedangkan selama ini suami aku tak pernah bagi aku drive sorang kalau tempat tu jauh, kecuali pi sekolah je lah. Malah ke Ipohpun aku tak pernah drive, biasanya suami aku yg akan hantar (hmm tu lah manja sgt, skrang padan muka ! ). Dlm ms cuti sekolh ni bolehlah suami aku hantar, tapi lepas sekolh buka, macam mana? Eeeii, takutnya nak drive 2 jam lebih sorang diri.... Oh Tuhanku, bantulah aku, berilah aku kekuatan, keberanian dan ketabahan dlm aku mengejar ilmu di menara gading nanti supaya ilmu yg bakal aku peroleh dpt aku manfaatkan dlm kerjayaku sbg seorg pendidik, insyaallah. Amin.

No comments:

Post a Comment