Tuesday, December 29, 2009

NOT A HAPPY ENDING

Hari ini adalah hari terakhir utk confirm sama ada aku dpt pertukaran atau tidak. So, the answer is No. Rayuan pertukaran aku tidak diluluskan. Sedih sangat, tak tau macam mana nak uruskan persekolahan anak aku yg akan masuk tingkatan satu, kami laki bini sesi pagi sedangkan semua sekolah tingkatan satunya di sebelah petang. Kalau bukan sebab makcik tu kacau surat pertukaran aku, tentu aku pun sudah dapat bertukar seperti huda dan rohaizah. Hmm... nasib aku memang malang, dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Kalau aku cakap, orang akan marah ,dia orang kata aku ni tak percaya pada Qada dan Qadak tapi bukan itu maksud aku, ntahlah malas nak xplain pulak.
Esok aku kena pergi daftarkan anak aku masuk tingkatan satu dan pada masa yg sama ada mesyuarat di sekolah. Cakap terus teranglah malassss sangat aku hendak balik semula ke skolah ini. Cukuplah... aku dah tak tahan lagi, selagi kuasa ada di tangan orang2 yg spt itu maka keadaannya akan spt itu jugalah sampai bila2...
Kenapa yer hidup ini singkat sahaja tetapi ada manusia menganggap bahawa merekalah yg paling berkuasa dan merekalah yg berhak menentukan hidup orang lain, walaupun orang lain menderita akibat tindakan mereka itu. DAN yang paling teruk ialah orang yang pergi mengerjakan haji pun bersikap spt itu,suka mengenakan orang, menganiayai orang, tidak ada perasaan simpati dan empati terhadap masalah yg dihadapi oleh orang lain. Bahagiakah engkau???

No comments:

Post a Comment