Tuesday, December 8, 2009

SIBUKNYA!

Haa, kali ni aku nak bercakap sikit pasal sibuk. Semenjak aku dah decide nak terima tawaran tu, aku telah meletakkan diri aku & keluargaku dlm kesibukan. Hari sebelumnya pergi beli barang-barang keperluan, semalam pergi buat medical check up (X-ray buat kat Apollo), hari ni pi ambil result kat Majid. So dua tiga hari ni sgt sibuk, pening kepala dibuatnya.
Tambahan pulak kami tengah sibuk mencari kontraktor utk renovate rumah, hai kat Taiping ni ada duitpun susah betul nak cari tukang. Tukang Melayu banyak memberi alasan, tak berani nak buat sebab nak ketuk dan robohkan dinding ruang tamu nak sambung dgn bilik tidur, kami cadang nak besarkan lagi bilik tidur utama. Tukang Cina pulak, caj nya kadang2 tak masuk akal, yg dulu kami tanya, nak minta RM15,000. Alahai, susahnya !
Esok pulak nak pi bayar fee kat bank Islam, tadi dah pergi tapi bank off line, so dpt ambik borang je ! Kesibukan kami ini bertambah kerana terpaksa hantar anak lelaki ku ke sekolahnya utk berlatih nasyid.
Akibat dari kesibukan ini, aku telah telan 2 biji panadol tadi sebab kepalaku dah mula berdenyut-denyut sakit. So, setakat ni dulu.....aku nak pi tito (cara Lea sebut perkataan tidur! )

p/s: Alhamdullillah result medical check up aku semuanya ok !

No comments:

Post a Comment