Wednesday, December 30, 2009

1st MEETING

Hari ni miting pertama 2010, walaupun sesi persekolahan 2010 belum mula lagi. Aku terpaksa menghadirkan diri gak kerna rayuan pertukaranku tak berjaya.. dengan berat hati dan berat langkah, aku gagahkan diri hadir jugak. Tetapi aku terpaksa keluar awal kerana hari ini anak aku mendaftar diri masuk tingkatan 1, kesian suamiku terpaksa uruskan anak walaupun dia jugak ada miting. Aku mengambil alih separuh masa kedua. Anak kecil akupun takde siapa nak menjaga kerana pengasuh yang baru nak mula kerje 4 hb, so terpaksa angkut sekali dgn Lea ke sekolah abangnya.
Kat sekolah tadipun, cikgu2 sibuk bertanyakan kesahihan cerita kononnya aku dpt bertukar ke selinsing, sedangkan aku sendiripun tak tau hujung pangkalnya ! Baru tadi cgu halim chat ngan aku pun, dia bertanyakan benda yang sama, dan jawapan akupun sama jugaklah..
Aku tak boleh concentrate prepare assignment sebab banyak sangat benda terpaksa diuruskan, kat Tanjong Malim sana, rumah sewa ada problem, housemate aku ajak aku pindah sama ngan dia orang sebab rumah sewa kami tu agak teruk dan tuan rumah nak minta sewa utk 6 bln sekali gus !
Di sini pulak, aku terpaksa uruskan persekolahan anak aku, dan juga masalah pertukaran aku, dan jadual baru persekolahan....... Uhh, banyaknya benda nak kena pikir, lusa aku dah nak kena pergi balik ke Tjg Malim sebab sabtu ada kelas. Hmmm...... penatnya !

No comments:

Post a Comment