Monday, December 21, 2009

AKU SEORANG PELAJAR

Hari ini pertama kalinya aku memandu seorg diri ke Tanjong Malim, mula2 tu takut juga, tapi perjalanan selama 2 setengah jam itu lebih memenatkan berbanding dgn perasaan takut. Boringnya memandu sorang diri, jenuh juga aku menukar cd lagu dan sempatlah 2 kali aku berhenti di R&R. Huhh, memang memenatkan.
Kuliah aku bermula jam 3 ptg, aku tiba di upsi 2.45ptg. Akulah org pertama yg masuk ke kelas walaupun agak lama juga aku tersesat mencari bilik kuliah. Sempatlah aku merasa kaki melecet, maklumlah pakai kasut baru, kemudian jauh pula tu berpusing mencari kelas ! Kelas hari ni agak menakutkan, belum apa2 lecturer tu dah bg assignment, 2 pulak tu. Terkebil-kebil kami apabila dia minta kami tuliskan tajuk yg kami nak buat. Akibatnya sorangpun tak tertulis sebab semuanya masih blurr ! Lepas kuliah, aku & 2 org lagi coursemate terus pi minum kat belakang universiti, aku lagilah dari semenjak pg belum menjamah sebijipun nasi !
After that kami terus pi library, namanya Perpustakaan Permaisuri Bainun. Huhh !! memang first classlah librarynya dgn segala kemudahan yg canggih. Tanpa membuang masa kami terus mencari buku2 rujukan berdasarkan senarai yg diberi oleh lecturer tadi. Kami bertiga sependapat bahawa "alangkah ruginya kalau seseorang yg sudah berjaya masuk ke upsi tetapi tidak mahu menggunakan kemudahan librarynya" dan aku sendiri berasa akulah antara manusia yg bertuah kerana Tuhan memberikan aku kesempatan dan peluang utk menjejakkan kaki ke menara gading buat kali keduanya. Dlm diam aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kurniaan ini..
Kami keluar dr library dah dekat 6.50 ptg kerana dlm ms cuti ni library tutup pukul 7.00 mlm. Kami berpisah di situ. Aku memandu sendirian ke rumah sewa di taman universiti. Lepas parking kereta, aku menaikkan beg2 aku ke bilik atas, housemate aku ada di rumah. Lepas sembahyang maghrib, kami bersembang agak lama juga. Housemate aku yg semuanya berpangkat 'adik @ anak" xcited bertanyakan mcm2 soalan pd aku terutamanya pengalaman aku sbg seorang guru. Memang seronok bersembang dgn mereka, dah lama aku tidak bersembang gila2 mcm ni, rasa mcm zmn muda2 dulu pulak ! Kasihan dia org kehabisan stok makanan, so aku tak mkn malam sebab dia orgpun tak offer, ada yg just makan roti, ada yg mkn jambu yg aku belikan tadi. Aku pulak teguk air mineral je lah ! Kesian kami semua, nak keluar makan tak berani sebab belum biasa dgn kawasan ini.
Ok, aku nak tidur dah, esok dah janji dgn coursemate nak buat discussion kat library pukul 9.00 pagi.... jumpe lagi !
p/s : kami dibenarkan pinjam 12 buah buku sorang selama sebulan, wow !

No comments:

Post a Comment