Monday, December 14, 2009

UPSI & AKU

Hehe... akhirnya aku telah menjadi student UPSI ! Dalam keadaan takut dan ragu2, akhirnya aku melangkah juga ke Upsi mendaftar diri sbg pelajar sarjana (master). Course yg aku ambil tentulah bahasa Melayu, malas nak ambil course lain yg tak relevan dgn kerjaya aku sekarang. Dan aku juga telah mendapat rumah sewa bersama student yg lain. Alhamdullilah segalanya berjalan lancar walaupun hari pendaftaran tu amat memenatkan kerana jadual sgt padat, iaitu dari 8.30 pagi sampai 6.00 petang. Break hanya lunch hour je iaitu pukul 1.00 hingga 2. 00 petang. Tapi tak kisahlah itu semua, yg penting kami tak perlu menjalani aktiviti suai kenal.
Haha... spt yg dijangkakan kebanyakan student memanggil aku 'kak', 'akak', 'puan' pun ada, kelakarla... sampaikan sorang tu tanya aku, " akak ni buat PHD kah? ", "tak, kenapa ? akak nampak tua sangatkah?" tanya aku nakkan kepastian. " Ehh, takdelah, akak punya gaya tu mcm orang yg nak buat PHD ", jawab student tu malu2, takut aku marah agaknya ! Ha ! tu lah nak tunggu muka dah berkedut baru nak buat master, kan dah kena... Tapi risau juga aku tengok budak2 muda yg nak buat master ni, dia orang bergerak dan berfikir dgn pantas. Tak mcm aku yg agak slow dan aku membayangkan cerita kanak2 yg pernah aku baca ms aku kecik2 dulu, cerita "Arnab berlumba lari dgn Sang kura2 ". Dan akulah sang kura2 itu !
Semasa Dekan Fakulti memberi ucapan tu, dia ada juga memberikan kata2 perangsang dan ingatan buat semua student master & Phd sesi 2009/2010 ini. Katanya, student sekrang hendaklah berani meneroka dan mencari ilmu, bukannya dok plagiat karya orang lain je. Jangan sekadar slow and steady, tetapi hendaklah fast, steady and consistent.... blabalabla.... banyak ucpnnya, kalau nak quote semua tak muat ruangan ni. Harap2 aku bolehlah catch up apa yg diajar dan yg penting tak ketinggalan (ditinggalkan orang ! )
Kuliah kami yg pertama sepatutnya bermula Jumaat ini tp jumaat ni kan cuti, so Sabtu lah mula dan kelas ganti utk setiap Jumaat cuti pd thn hdpn akan mula diganti pd 21, 22, & 23 hb ini , that's mean aku kena dok kat Tjg Malim dari Sabtu hingga Rabu dpn, and then kelas semula pd Jumaat dan Sabtunya. Ohh, penatnya, belum apa2 dah ada kelas ganti..... ok lah ada masa cerita lagi.
(p/s : kalau Dr.Abdullah Hassan terbaca tulisan aku ni, ntah apalah yg akan dia cakap, bahasa lintang pukang, campur aduk.. tak mcm tulisan seorang guru. Dr.Abdullah dlm ucpnnya hari itu ada sebut ttg penggunaan bhs yg betul, " please use a proper language no matter you use Malay language, English, Tamil and what ever'. Remember don't talk to me using 'lah'. 'ha', 'yea'.... mampus den nanti tak tau mcm mn nak escape paper dia, uhuk hukhuk....

No comments:

Post a Comment