Thursday, August 26, 2010

Saturday, August 21, 2010

Assignment

Banyaknya assigment sampai dah rambang mata.

Macam mana aku nak siapkan semuanya ???

Kemahiran berfikir & berkomunikasi - 2 asgmt individu

Kaedah penyelidikan - 1 proposal individu

Kajian perbandingan tatabahasa - 2 asgmt individu

Kaedah inovasi dalam p&p - 1 asgmt individu

Trial spm BM - dateline key in markah - 4/9/10

Saturday, August 14, 2010

Lagu-lagu Wali Band

Jarang sekali aku hendak suka pada lagu Indonesia , kecuali lagu-lagu lama yang dinyayikan oleh Hetty Koes Endang, Broery Marantika, Endang S.Taurina dan beberapa nama lain yang aku sudah tidak ingat.
Tadi dalam perjalanan balik dari Tanjong Malim, aku baru teringat CD yang dibeli pada minggu lepas, aku capai satu daripadanya lalu aku pasang dalam kereta yang sedang aku pandu dengan laju. Kebetulan CD Wali Band (harap betul ejaannya ! ).
Selain dua tiga lagu yang biasa kedengaran di radio, aku lebih suka lagu-lagu ketuhanannya yang agak relaks. Sepanjang perjalanan aku sampai ke Taiping, hanya CD mereka saja yang aku pasang berulang-ulang dan lagu yang sama juga aku ulang-ulang ..... tapi sehingga turun kereta, aku masih tidak tahu tajuk-tajuk lagu yang aku suka itu. Oh ... teruknya aku !

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan al-Mubarak


Selamat menyambut 1 Ramadhan hari ini. Syukur alhamdullilah kerana sekali lagi berpeluang menyambut bulan puasa; bulan yang penuh kerahmatan dan keinsafan. Cepat sungguh setahun telah berlalu...
Banyak perkara yang telah berlaku dan banyak perkara yang memang ditakdirkan tidak boleh berubah. Apakah hati manusia juga boleh berubah? Misalnya, orang yang tidak berpuasa, adakah mereka boleh dan mahu berpuasa? Rasanya sukar bagi mereka ini hendak berubah !
Ah! malas rasanya hendak berbicara tentang mereka yang memandang enteng terhadap suruhan agama, terasa bagai mencurah air ke daun keladi. Kalau usia dah hampir separuh abadpun masih tidak mahu berfikir dan berubah, memang tak boleh buat apa dah ... masing-masing fikirlah sendiri !!
Kadang-kadang terfikir juga, alangkah besarnya nikmat dan anugerah Tuhan, banyak benda yang aku pohon, tiba2 semuanya dimakbulkan pada bulan yang mulia ini .... subahanallah...
Ya Allah, aku bermohon padaMu bantulah aku untuk menempuhi bulan Ramadhan ini dengan penuh kekuatan dan ketabahan, walaupun aku terpaksa bersendirian dalam hal ini .....
Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu ini, namun aku berharap suatu masa nanti, ada sinar perubahan dalam hidupku ini..... amin .

Saturday, August 7, 2010

Insaf !

Tadi masa balik dari Tanjong Malim, aku drive agak laju, dalam 120km/jam sebab nak cepat sampai. Tiba-tiba kat depan aku dalam jarak selang 6 buah kereta, aku ternampak sebuah ambulans dengan lampunya dinyalakan, di belakangnya ada sebuah mercedes hitam mengekori rapat, kemudian aku tengok kereta lainpun makin perlahan, tiba-tiba ramai pula yang memecut Dalam keadaan aku tak memakai cermin mata itu, aku dapat membaca tulisan atas ambulans tu tertulis "kereta jenazah". Dalam hatiku 'patutlah' ..

Mulanya ingat nak potong jer ... tiba2 rasa semacam pula !
Aku memperlahankan kereta, mengekori di belakang merz hitam itu tadi...
Entah macam mana, aku boleh mengelamun panjang ...
Terbayang pula kat kepalaku, suatu masa nanti aku dan juga semua orangpun akan jadi seperti itu juga ... cuma cepat atau lambat jer !

Tiba-tiba hati aku rasa sayu aje,
Aku teringatkan anak-anak aku,
apa akan terjadi kepada anak-anak aku, kalau aku meninggal awal ?
apa akan terjadi pada anak-anak aku, kalau suami aku juga meninggal awal ?
siapakah yang akan menjaga anak-anak aku?
Sedih menyelubungi hati aku ...
Ya Allah ya Tuhanku, hanya padaMu aku berserah dan bermohon
Kau panjangkanlah usiaku dan usia suamiku,
berikanlah kepada kami tubuh badan yang sihat,
kau rahmatilah anak-anakku,
jadikanlah anak-anakku, anak yang soleh dan solehah ..... amin.

Sesungguhnya aku menginsafi bahawa " dariMu kami datang, dan padaMu jua kami akan kembali " .