Wednesday, October 21, 2009

Miting (Meeting)

Al-kisah tersebutlah di sebuah negeri yang bernama Entah Berentah akan mengadakan mitingnya yg entah kali ke berapa?.. Maka, ketua segala unggas iaitu sang Helang pun berbincanglah dgn penolongnya iaitu sang Bangau utk memanggil segala unggas di negeri itu utk bermiting.
Arakian, tibalah hari miting tersebut yg diadakan pada waktu tengahari di sebuah dangau yg telah ditetapkan. Maka sang Bangaupun dgn megahnya memulakan miting pd hari itu dgn agenda2 yg telah dirancang. Unggas2 yg lain spt si (burung) Hantu, si Enggang, si Puyuh, si Murai, si Ketitir, si Tekukur, si Tempua semuanya mendengar dgn penuh khusyuk apa yg disampaikan oleh Sang Bangau, sekali-sekala ada yg mengangguk-angguk tanda setuju dgn perkara yg diperkatakan (atau tersengguk-sengguk kerana mengantuk?). Ada yg termenung panjang dan ada yg sempat berbisik-bisik.
Selepas Sang Bangau bercakap, maka tibalah pula giliran sang Helang bersuara. Dengan suara yg lantang dan sedikit terketar, sang Helang memerhatikan seekor demi seekor unggas2 yg ada di depannya, seolah-olah mahu ditelan semuanya. Anak-anak unggas spt murai dan tempua tunduk semuanya seperti ketakutan yg amat sgt.
Namun di luar sana, si Pipit yg terluka sedg menyorokkan diri drp Sang Helang dan Bangau kerana dia sudah tak sanggup lagi terus dilukai dan maruahnya dirobek habis-habisan. Baginya enough is enough... Dari segi usia & penglmn, sang Helang & Bangau msh jauh ketinggaln berbandg Pipit, namun sbg pihak yg tidak ada kuasa, maka sewenang-wenangnya Pipit ditindas, dicakar, dipatuk & dipijak2.
Hatta, miting pd hari itu tamat lebih awal drp yg dijangkakan, mungkin kerna unggas2 yg ada sudah malas hendak berkata2 atau tidak berminat atau utk menjg kepentingn masing2 mk lebih baik berdiam diri. Bg si Pipit pula, dia telah berazam utk meninggalkn negeri Entah Berentah tu, walaupun terpaksa meninggakn jirannya si Puyuh yg sentiasa bersaing dgnnya, apa2 pun takdir yg akan menentukan segalanya.... .
So, moral of the story ialah....... lu pikirlah sendiri !!!!!!

p/s perlukah miting kalau segalanya telah ditetapkan? Inikah yg dikatakan kebebasan bersuara? Bgmnkah kita hdk membentuk modal insan yg berkualiti kalau semuanya 'terpaksa' sokong ?

No comments:

Post a Comment