Saturday, November 14, 2009

BLANK

Dua tiga hari ni mood tak begitu elok, masih terpengaruh dgn keputusan pertukaran sekolahku. Aku sangat frust kerana tak dapat tukar, dan yg buat aku frust sgt ialah 2 org lagi cgu dpt pulak. Walaupun aku dah buat rayuan, tp aku tak dpt hilangkn perasaan kecewa itu, tambah2 lagi apabila aku dpt tahu ada 'tgn ghaib' yg main peranan menghalang pertukaranku ini. Kenapa? kenapa kejam sgt padaku? apalah dosaku hingga sudah 5 kali aku minta bertukarpun tak dibenarkan ? Ya Allah ya Tuhanku, bantulah hambamu yang lemah dan tak berdaya ini... kerana aku sgt2 mengharapkan pertukaran ini supaya aku dpt menguruskn persekolahn anak sulungku yg akan masuk ke tingkatan 1 pd thn hdpn. Oh, aku dah buntu sebenarnya, mcm mana aku hendak uruskn anak aku klu aku tak dpt b'tukar ?
Hari ini aku bangun agak lewat, mlm tadi tidur tak begitu lena, pusing kiri pusing kanan pun tak mau lena, dlm tidurpun aku asyik terfikir pasal pertukrn. Ingat nak menanda kertas periksa 6 rendah, tup tup YM ajak pi Ipoh, so terpaksalah pergi, sebelum naik kereta sempatlah aku angkut sekali kertas periksa dan balik dr Ipoh sehelai kertaspun tak sempat aku semak, buat berat kereta je ! Ntah apa nak jadi dgn aku ni, pi shoppingpun boleh tak seronok? tengok apa pun tak ade mood, bila terfikir pasal pertkrn je mulalah menitis air mataku.... issh tak seronoknyaaaa !!!!
Tak tau kenapa lately ni, aku macam takde luck je, banyak benda yg berlaku tak spt yg dirancangkn. Hidup aku seolah-olah blank dan tak seronok, dari bulan 10 sampai hari ni, entah berapa kali dah aku menangis kat sekolah, agaknya cgu2 yg nampak aku menangispun rasa pelik kot ! Entahlah. ade tak siapa2 nak tolong fill in the blank ?

No comments:

Post a Comment