Thursday, April 29, 2010

Tak sabar nak balik kampung !

Kampungku nun jauh di Kelantan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula kampung halaman. Aaa.. dah lama aku tak balik kampung. Kesibukanku dengan kerja, dengan assignment, dgn anak-anak dan sebagainya membuatkan aku tak ada kesempatan untuk balik ke kampung. Kesian ibu, tentu dah lama ibu tertunggu-tunggu akan kepulangan kami sekeluarga ke kampung, tambah-tambah lagi semenjak ayah meninggal, ibu tinggal seorang diri. Tentu sunyi ... aku tak sanggup nak bayangkan ! Tapi itulah ibu, walau dah berpuluh kali kami ajak supaya datang dan tinggal bersama, tapi ibu tetap tak mahu tinggal bersama anak-anak. Kata ibu "bosan, sunyi dok kat taman perumahan, kiri kanan tak kenal siapa jiran". Memang betul kata ibu tu, kat taman perumahan ni, asalkan pagi je semua orang keluar pergi kerja, yang ada kat rumah pula, semuanya duduk dalam rumah tak keluar-keluar. Tak macam di kampung, suasananya meriah, orang kampung rajin bertanya khabar dan peramah.
Esok lepas waktu sekolah, aku akan balik ke kampung dengan suami dan anak-anak, surat cuti rehat untuk hari Isnin aku dah hantar seawal hari Selasa lepas. Walaupun cuti tak panjang tapi dapat juga mengubat kerinduanku terhadap kampung halaman.

No comments:

Post a Comment