Sunday, March 21, 2010

BERAKHIRNYA SEBUAH SEMINAR

Leganya! Itulah ucapan yang keluar dari mulut kami bertiga apabila memijakkan kaki keluar dari Dewan Jumaat malam yang lalu. Apa tidaknya, terasa beban yang kami galas berminggu-minggu hilang begitu saja. Seminggu sebelum seminar hari-hari aku tidur pukul 2 atau 3 pagi untuk siapkan tugasan dan juga power point. Alhamdullillah, semuanya berakhir dengan cemerlang. Kami telah berjaya membentangkan kertas kerja masing-masing di hadapan 150 orang pelajar degree sem 6 Fakulti Bahasa.
Mula-mula tu risau juga, tapi bila tangan dah mula pegang mic, walaupun pensyarah ada di depan mata, tapi rasa takut tu hilang dengan sendirinya, mungkin pengalaman sebagai guru selama hampir 20 tahun membantu aku . Terasa seronok pula bila pelajar2 tu memberi respon yang baik walaupun tajuk yang aku dapat tu membosankan berbanding rakan-rakan yang lain, tapi aku berjaya membentangkan dengan baik (perasankah aku ? hehe.. ) Tajuk aku ialah "Penerapan Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu".
Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi kami akan menghadapi exam. Minggu depan ada kolokium, semua pelajar master dan Phd diwajibkan hadir selama 2 hari di UPSI. Lepas tu kami dah mula exam. After that cuti... Terasa cepat pula 1 sem dah nak habis, dalam keadaan kalut, sibuk dengan tugasan/assignment dan kerja-kerja di sekolah, akhirnya kami dah hampir sampai ke penghujung satu sem... Buat pengunjung blog ini, kalau ada terbaca, nasihat dariku ialah rugi sesangat kalau anda ada peluang tetapi tak mahu sambung belajar, keseronokan belajar itu ialah pengalaman yang sangat berharga, yang tak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Tambahan lagi dengan belajar, kita akan memperoleh banyak pengalaman baharu, ilmu baharu, kawan baharu dan situasi baharu. So..... pikir2 kanlah cakap cikgu ini ya !

No comments:

Post a Comment