Monday, June 28, 2010

Tuhan Sedang Menguji !

Rasanya, Tuhan sedang menguji aku dan keluargaku.

Aku demam dan batuk dah seminggu lebih, penat tak terkata apabila kita terbatuk tengah malam, rasa macam nak mati je, dengan dada berdebar2, nafas tercungap2, semput dan kahak penuh tekak. Nak bernafas kena duduk baru boleh tarik ... memang kerap tahun ini aku diduga dengan batuk !

Anakku Lea telah dijangkiti batuk dan demam olehku, maklumlah tidur sekatil, naik satu kereta, memang tak boleh dielakkan. Kesian tengok, dia dah kurus dah , bila batuk2 macam ni, tak mau makan pula. Kadang2 tengah malam, kakinya sejuk macam ais, tapi kepala dan badan panas macam api.

Semester baru dah bermula, belum apa2 assignment dah berlambak. Itu satu hal, satu hal lagi ialah aku tak tau macam mana nak bagi tahu dengan ani yang aku tak mau duduk kat rumah dia kat kalumpang lagi. Jauh sangat dan tak selesa duduk dgn dia. Tersangat moody.... Aku dah sewa kat bahtera terrace, sebilik 2 orang, baik aku tinggal dgn orang yang aku tak kenal yang sama2 menyewa.... mungkin lebih bebas !

Banyaknya kerja kat sekolah, tak tahu nak start dengan yg mana dulu. Penatnya !

Ada orang yang bukan ahli keluarga kami, tapi suka masuk campur dalam hidup family kami. Haa, cam ne nak buat ?? Boringkan ! Kenapa ada manusia yang tak sedar diri dalam dunia ini yerr ??
Aku dah bosan !

Wednesday, June 9, 2010

Cuti Pertengahan Tahun

Eeii... tak sukanya cuti ! Ooops ! silap. Bukan tak suka cuti. Tak suka selepas cuti. Sebab apabila cuti kita dah 'dibiasakan' dengan segala 'M' = malas. Hehe...
Malas nak bangun awal pagi, malas nak buat kerja, malas hendak pi sekolah buat kelas tambahan, malas, malas, malas..... segala-galanya !
Tapi dalam malas2 akupun, hari ini aku pi juga ke sekolah buat kelas tambahan utk budak 5 Sc dan 5VT1. Balik dari sekolah dah pukul 1.00 lebih, penat bukan main ... kadang2 bila kita menerangkan sesuatu kepada pelajar, mulanya satu benda shj, tapi ia berkait pula dengan benda lain, dan seterusnya berkait pula, sampailah tak larat hendak bercakap, suarapun dah serak semacam. Harap2 bebudak tu dapatlah faham apa yg aku sampaikan dan harap2 mereka akan 'insaf' ler lepas ni, yang penting mereka manfaatkan segala petua, tips, dan ilmu yang aku curahkan, kalau tak kesian kat aku, memang aku penat sangat mengajar budak2 sekolah ni, sebab apa? sebab dia orang tu semuanya sama je, semuanya Malas Membacaa......
Tapi yang buat aku tension sekarang ni ialah aku belum habis menanda kertas 2 BM lagi, banyak sangat kena menanda, penatlah ! Kakitangan awam lain kalau bercuti, dia orang betul2 bercuti, tapi kalau cikgu, cutipun takde maknanya, dok terikat dengan kertas examlah, kelas tambahanlah, dan macam2 lagi. Dan markah pula kena submit 17hb iaitu sebelum buka sekolah. Bayangkanlah.... kesian kami cikgu2, dah macam mesin @ robot dah !!

Wednesday, June 2, 2010

Lihatlah Dunia !!

Hahaha.... Itulah ungkapan ever green oleh Azean Irdawati dan sering dijadikan bahan lawak jenaka oleh sesiapa yang menang dalam sesuatu pertandingan. Sebenarnya bukan itu isu aku kali ini.

Sekadar hendak berkongsi kegembiraanku dengan sesiapa yang melawat ke teratakku hari ini. Aku lulus dengan cemerlang dalam peperiksaanku baru2 ini. Aku dapat A semua paper. Yea!! Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaan.
Sebenarnya aku tak sangka langsung, ingatkan mungkin gagal atau tersangkut, tapi itulah realitinya, kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, kita pasti akan berjaya juga
Dulu ada juga orang yang mentertawakan aku apabila mereka dengar aku nak buat Master, " tak lewat sangatkah?", "Ai, tak sedar diri tu dah tua ker? ".... dan macam-macam lagi.
Tak kurang juga yang dengan sinisnya menyindir aku, kononnya aku buat Master sebab geram tak dapat pegang jawatan besar kat sekolah!
Puas aku menerangkan yang aku tak heran dengan jawatan, pangkat atau apa2 di sekolah, tapi mulut orang susah nak dikawal !
DAN sekarang untuk orang2 yang suka mengata-ngata aku, dan menganggap aku lemah, terimalah .... Lihatlah Dunia, Aku berjaya membuktikan yang aku lebih cemerlang daripada engkau orang, kalau kau orang hebat sangat, aku cabar kau orang ... Buatlah Master ... hehe...

Thursday, May 20, 2010

Jumpa Kekawan Lama

Pergi meeting Pesta Pantun peringkat daerah, di SMAI. Bawa sekali Yati, cikgu Gstt. Tak sangka jumpa kekawan lama spt Hafizah, Haliza dan juga kekawan yang selalu jumpa tapi tak pernah ingat nama (maaflah yer ... )
Bila jumpa balik Hafizah, rindu rasanya, maklumlah kami pernah bekerja di bawah bumbung yang sama di Mudzaffar. Masing-masing seronok mengimbau balik kenangan pahit di Mudzfr. Hanya kami yang faham apa yang pernah kami alami di sana, pahit getir, perasaan tidak dihargai .....
Masing-masing bersyukur kerana berjaya 'keluar' dari sana. Itulah hakikatnya. Segala beban yang terpaksa dipikul selama itu terasa lenyap dalam sekelip mata. Hanya kami yang faham !
Apa-apapun, doaku agar Hafizah dan anak-anak sentiasa sihat dan bahagia selalu. She is a nice lady indeed !
Haliza pula, kami selalu berselisih tapi tak pernah ada kesempatan bekerjasama. Semasa aku bertukar ke Mudzfr, dia bertukar ke Selinsing. Apabila aku bertukar ke Selinsing, dia baru sahaja bertukar ke Gunung Semanggol. Kami mengenali satu sama lain, tapi tak ada kesempatan bekerja di bawah satu bumbung. Tapi sekarang, aku bekerja satu bumbung dengan adiknya.
Haryati, Gstt yang aku bawa bersama, seorang yang rajin dan bersemangat, tapi nasib tidak menyebelahinya, banyak kali mohon KPLI nak jadi cikgu tapi tak pernah dapat. Mungkin belum ada rezeki ! Nasib baik ada dia, sekurang-kurangnya ada orang yang boleh membantu aku, maklumlah banyak betul kerjaku di sekolah ini.
Kebetulan pula ya, ketiga-tiga orang yang aku mention kat sini, nama mereka semua ada H

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Itulah ungkapan klise yang akan guru-guru dengar setiap tahun menjelangnya 16 Mei. Tahun ini dah 20 tahun aku menjadi Guru, jadi bermakna sudah 20 tahun aku menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" - lagu evergreen yang tak pernah jemu-jemu dilagukan setiap kali menjelangnya 16 Mei.

Tahun ini sekali lagi aku menyambut Hari Guru di sekolah baru. Tapi suasana sambutan tak banyak berbeza dengan sekolah-sekolah lain yang pernah aku ajar. Yang berbeza mungkin bangunan, tempat, dan acara yang diadakan. Sekolah kami agak 'bertuah' tahun ini kerana dikunjungi oleh PPD Kerian, Tuan Haji Mat Lazim sendiri, dan dia juga seronok berada di sekolah kami dan berada agak lama bersama-sama guru dan pelajar sekolah ini menyambut Hari Guru.
Tahun ini juga aku mendapat anugerah yang aku rasa kelakar lah: Anugerah Guru Cakap Paling Laju, tak sangka pula selama ini aku bercakap dengan laju, agak-agaknya berapa kelajuan aku bercakap yer ? erk...
Seronok dan terharu apabila buka facebook, ramai x-student yang hantar ucapan dan doa, tak sangka mereka masih ingat pada aku Guru yang cakap paling laju ini hehe....... .
Sedih dan terkilan apabila tengok ada rakan-rakan guru yang langsung tidak mendapat apa-apa hadiah atau kad daripada pelajar, dan semua guru praktikum yang hanya datang setakat 4 bulan di sekolah, dilonggokkan dengan bermacam-macam hadiah. Itulah realitinya !
Sindrom sebegini tiap-tiap tahun berlaku, pelajar lebih suka bakal guru yang muda-muda yang boleh melayan mereka dengan baik, sehinggakan handphone guru pun pelajar boleh pakai sesuka hati, begitu juga dengan laptop dsbnya.
Tetapi apabila cikgu praktikum ini dah pergi, maka guru-guru lama atau guru yang sedia ada inilah yang akan menghabiskan masa sepanjang tahun bersama-sama pelajar mengharungi p & p mereka. Tambah2 lagi pelajar yg bakal menduduki PMR dan SPM.
Bilakah agaknya pelajar akan sedar ? Susah sangatkah hendak membuat sekeping kad ucapan utk guru-guru yang menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk mereka ??
Entahlah, Tuhan itu maha adil dan maha mengetahui. Kata orang kalau kita ikhlas dengan guru, ilmu yang kita peroleh itu berkat ... just wait and see !!
Nanti ada masa aku akan uploadkan pic hari ini , ok !

Wednesday, May 12, 2010

Happy Birthday Mayson

Happy 13th Birthday Mayson anakku ...semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, diberi akal yang pintar dan matang.... dan yang penting menjadi anak yang solehah dan baik .
Sebenarnya selama 13 tahun, inilah kali pertama aku boleh terlupa birthday anak aku, sedih rasanya! Mungkin terlalu sibuk dengan kerja-kerja sekolah sehingga menyebabkan aku terlupa, banyak betul kerja yang terpaksa diuruskan. Anyway, tadi kami telah membawanya pergi celebrate dan beli kek, cuma tak sempat beli hadiah, nantilah hujung minggu kalau ada masa.
Tadi sempat juga ambil gambar Mayson dengan keknya .. kesian disebabkan kesuntukan masa kami hanya beli kek di The Store, Kamunting je, memang tak sedap dan tak menarik langsung, tapi itu saja pilihan yang ada.
Dalam sekelip mata je, anak aku sudah besar. Dulu masa baby dan masa kecil, badannya berisi (chubby) dan cute sesangat, tapi sekarang badannya kurus kering walaupun dia kuat makan. Kadang-kadang risau tengok badannya yang cekeding itu. Dalam sedar dan tak sedar, aku dan suami juga sebenarnya semakin tua seiring dengan kedewasaan anak-anak kami.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah anak-anakku dan berkatilah mereka. Jadikanlah mereka anak-anak yang baik, soleh dan solehah..... amin !