Thursday, January 14, 2010

ITULAH SAYA !

Sekali pandang, ungkapan di atas macam biasa2 je kan? Ha.. tapi itulah ungkapan yg istimewa buat kami warga smkms. Kenapa ya? Kerana kata2 itu telah diungkapkan oleh puan z bos baru kami dlm sesi atau majlis khas bersama pgtua semalam. Buat seketika, masing2 seolah-olah terkedu mendengar apa yang diucapkan oleh seorang ketua yang baru je memulakan tugasnya di sini. Diringkaskan cerita, setelah memberikan ucapan pengenalan dirinya, sejarah perkhidmatannya dan taklimat ringkas tentang pergerakan guru, cuti, cuti rehat dan pengurusan kelas, di akhir ucapannya puan z berkata " sekiranya dalam ucapan saya tadi, kalau ada tersilap kata, kalau ada yang terguris perasaan, itulah saya ! ". huhu.... lu fikirlah sendiri !!
Hari ni aku memberanikan diri pergi mengadap bos baru utk memaklumkan kpd beliau tentang status aku yg sambung belajar dan dlm masa meminta kebenaran utk keluar awal sedikit pada hari Jumaat dari sekolah untuk ke upsi. Dan nampaknya beliau memberi respon yg baik, cuma aku diminta membuat surat meminta kebenaran dari beliau. So, my problem kira dah settle lah.
Tetapi problem aku yg besar ialah aku buntu mencari jawapan kepada soalan psikolinguistik yg dikemukakan oleh dr adenan. Beliau meminta kami membawa jawapannya dalam kuliah hari sabtu ni, tapi sampai sekarang aku masih tak dapat jawapannya lagi. Kalau korang ada jawapan bolehlah kongsi bersama aku yer... bawah ni aku turunkan soalannya.

1. Kenapa sesuatu yang abstrak boleh menjadi konkrit ?
Bincangkan ayat "Bas melanggar kereta"

2. Abstrak dalam konteks Teori Transformasi Generatif

Monday, January 11, 2010

KEBUNTUAN - 2

Seminggu telah berlalu semenjak sekolah dibuka pada 4hb Januari lalu dan dalam seminggu ini juga hati dan jiwa aku langsung tidak ada pada sekolah ini lagi... dan aku khuatir keadaan ini akan berterusan kerana selagi masalah persekolahan anak aku tidak selesai, selagi itulah aku tidak boleh tenang bekerja. Sekarang ini timbul pulak masalah lain, permohonan kami untuk menempatkan anak kami di sebuah sekolah yg ada tingkatan satu sesi pagi ditolak oleh PPD LMS dan sekolah berkenaan. Puas juga suamiku merayu kat pengetua sekolah berkenaan tapi suamiku plak yg kena lecture ngan pengetua bangang tu, adakah patut dia kata " ini perkara biasalah cik, dulu anak saya pun macam tu juga, sampaikan basah menunggu kena hujan bla bla bla... " belahlah. Tak sangka ya seorang manusia yg bergelar guru tak mahu tolong sesama guru, sedangkan result anakku tak lah teruk sangat 4A1B. Kononnya sekolah tu terlalu ramai pelajar sampai 41 orang satu kelas, tapi yg hairannya pelajar Cina berlambak tak apa pulak. Tu lah orang Cina tu tuhan kpd sesetengah orang Melayu, kalau tak caya cuba perhatikan sendiri, kat kedai makan atau mana2 kedai , waima pasar malam sekalipun, kalau pembelinya ada Melayu dan Cina, biasanya yang akan dilayan dulu ialah pembeli Cina.... bukanlah aku ni fanatik, tapi itulah realiti yang kami selalu hadapi.
Mungkin pengetua sekolah tu perlu mencontohi askar atau polis yang sentiasa membantu sesama mereka sehinggakan mereka akan berusaha mencari trak askar untuk menghantar anak2 askar ke sekolah....
Masalah kami sekarang bertambah rumit kerana kalau minggu lepas, tiap2 hari aku lari keluar sekolah sebelum pukul 12.30 untuk menghantar anakku ke sekolah, tapi mulai minggu ini pulak, anak aku terpaksa pergi ke sekolah pada pukul 8 pagi hari Rabu kerana ada latihan rumah sukan, sedangkan kami laki bini keluar bekerja seawal jam 6.40 pagi, jadi siapa yang hendak hantar anak kami ke latihan rumah sukan, dan lepas latihan pulak, takkan dia hendak tunggu kat sekolah untuk sesi sekolah sebelah petang pulak? Macam mana dia hendak mandi, makan.....
Uhh... rumitnya my problem! Ni semua angkara bekas pengetua blurr sekolah aku lah, kalau dia tak kacau pertukaran aku, mungkin masalah aku tak serumit ini.
Ini cerita baru tentang miss blurr tu, dalam sibuk dia tak benarkan aku bertukar, tengok2 dia yang kena tukar. Yahoo ! Kata2 suamiku memang betullah iaitu miss blurr tu yg akan bertukar . Memang ada kebenarannya iaitu doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah dan ternyata doaku akhirnya telah diterjemahkan oleh Allah Taala dalam bentuk yg seperti ini, syukur alhamdullilah.
Tapi cerita yang tak begitu sedap didengar.. kalau mengikut rakan sekerjaku, penggantinya ialah seorang pengetua (pompuan gak ) yang garang & agak kejam? Tak taulah sejauh mana benarnya sebab aku tak pernah bekerja di bawah dia ni lagi, tapi aku petik sms yang dihantar oleh seorang rakan guru padaku tempoh hari " Z dr smai hantu pun marah kat dia apatah lagi kita? " Hehe betulkah ?? Just wait and see lah yer... esok Z akan mulakan tugasnya secara rasmi di sekolah kami...

KEBUNTUAN - 1

Salam, maaflah lama tak tulis apa2, bukan tak nak tulis tapi takde kesempatan, sibuk sesangat terutamanya semenjak aku menjadi student semula. Ya la bukan senang hendak menguruskan kehidupan sbg ibu, isteri, guru, pelajar, dan anak kpd ibuku.
Sudah beberapa kali ibuku menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana aku jarang balik kampung, tambahan lagi dia sering sakit dan ibu mahu aku belikan ubat yg pernah dia makan semasa dia melawat aku di Taiping dahulu. Dalam kebuntuan aku hendak meluangkan waktu utk menghantar ubat balik ke kampung, akhirnya aku mengambil keputusan menghantar ubat itu melalui Skynet spt yg dicadangkan oleh hira, kawanku. Kata hira, servicenya ok, dalam masa sehari boleh sampai walaupun di kwsn pedalaman. So, aku pun cubalah dan cuba teka apa yg terjadi??? Tak pasal2 aku kena marah oleh ibuku kerana ubat lambat sampai, seminggu lebih baru sampai, itupun deliveryman tak mahu masuk kampung, dia hanya sampai ke balai polis Cherang Ruku sahaja dan dia telefon suruh ibuku pergi ambil di balai polis, kurang asam betul !
Akhirnya aku pergi semula ke pejabat Skynet di Taiping buat aduan barulah esoknya ibuku mendapat ubatnya. Tapi hati aku terguris apabila ibu marah2 padaku, sedangkan I try to do the best, kata ibu lain kali tak usah nak hantar2 macam tu, buat susah dia menunggu berhari-hari. Ya, aku sedar dari dulu lagi apa saja yg aku buat utk ibu serba tak betul, tapi kalau abang yang buat, selalu sahaja dipuji melambung, tapi arwah ayah pernah berpesan supaya aku selalu bersabar dengan kerenah ibu walaupun kasih ibu lebih kepada abang. Kata ayah itu adalah hakikat yg tak boleh diubah ! Dan kata2 ayah itulah yg selalu aku pegang apabila kadang2 aku hilang sabar dengan ibu. Apa2 pun aku tetap sayang pada ibu....
Ha.. nak cerita sikit pasal pengajian aku di Upsi. Sebenarnya bukan perkara senang yer hendak bergelar pelajar master. Dari A sampai Z, kita kena usaha dan cari sendiri, kena daftar paper sendiri secara online, silap daftar tak boleh graduat ! Tapi yang paling merisaukan aku ialah penyelia yang aku dapat untuk menyelia kertas projek aku final sem nanti. Aduhh ! tensionnya, rupa2nya dia tulah yg mengajar paper psikolinguistik kami. Dah lah paper dia last minute kami dah nak drop, and then setiap kali attend kelas dia, tensionnnye!!! asyik soal, soal, soal, dia buat kami semua macam budak2 sekolah rendah. Sebelum mula kelas, setiap orang kena jawab soalan dia, dan sebelum habis kelas, semua orang kena buat kesimpulan tentang apa yang telah dia ajar pada hari tersebut. Selagi belum dapat jawab, selagi itu dia akan tunggu. Bukan aku saja yang tension, senior kami cgu lelaki pun cakap tension gak. Bayangkan macam mana aku hendak mengadap dia utk bincang final sem projek.Ooh tak sanggupnya ! Dan apa yang berlaku pada kuliah Sabtu baru ni, aku cepat2 cabut daripada bilik kuliah sebaik saja kuliah tamat kerana dia asyik pandang aku sambil berkata " Ha.. cgu2 yang di bawah penyeliaan saya masih ada yang belum datang berjumpa dgn saya lagi..". Memang tak terangkatlah kepala aku hendak membalas pandangannya, sebab itulah cepat je aku angkat kaki... Dan aku bersama seorang lagi senior telah pergi ke IPS mengambil borang untuk menukar penyelia, cuma masalahnya tak tau hendak tulis alasan apa ! Uhh, buntunya.... why me ?? and not somebody else...

Wednesday, January 6, 2010

I'M SORRY !

Sorry, I'm busy ! Itulah yang hendak saya ungkapkan... maaf berbanyak sibuk sangat sekarang, sampaikan tahun barupun tak sempat nak masukkan apa2 entri.. Apa2 pun saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 buat mereka yang sudi melawat ke blog saya yang tak seperti ini, semoga tahun 2010 akan membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua, amin.

Saya berjanji akan cuba kemas kinikan blog ini secepat yang mungkin after balik dari Tanjong Malim Sabtu nanti. Ok.. jumpa lagi !

Wednesday, December 30, 2009

1st MEETING

Hari ni miting pertama 2010, walaupun sesi persekolahan 2010 belum mula lagi. Aku terpaksa menghadirkan diri gak kerna rayuan pertukaranku tak berjaya.. dengan berat hati dan berat langkah, aku gagahkan diri hadir jugak. Tetapi aku terpaksa keluar awal kerana hari ini anak aku mendaftar diri masuk tingkatan 1, kesian suamiku terpaksa uruskan anak walaupun dia jugak ada miting. Aku mengambil alih separuh masa kedua. Anak kecil akupun takde siapa nak menjaga kerana pengasuh yang baru nak mula kerje 4 hb, so terpaksa angkut sekali dgn Lea ke sekolah abangnya.
Kat sekolah tadipun, cikgu2 sibuk bertanyakan kesahihan cerita kononnya aku dpt bertukar ke selinsing, sedangkan aku sendiripun tak tau hujung pangkalnya ! Baru tadi cgu halim chat ngan aku pun, dia bertanyakan benda yang sama, dan jawapan akupun sama jugaklah..
Aku tak boleh concentrate prepare assignment sebab banyak sangat benda terpaksa diuruskan, kat Tanjong Malim sana, rumah sewa ada problem, housemate aku ajak aku pindah sama ngan dia orang sebab rumah sewa kami tu agak teruk dan tuan rumah nak minta sewa utk 6 bln sekali gus !
Di sini pulak, aku terpaksa uruskan persekolahan anak aku, dan juga masalah pertukaran aku, dan jadual baru persekolahan....... Uhh, banyaknya benda nak kena pikir, lusa aku dah nak kena pergi balik ke Tjg Malim sebab sabtu ada kelas. Hmmm...... penatnya !

Tuesday, December 29, 2009

NOT A HAPPY ENDING

Hari ini adalah hari terakhir utk confirm sama ada aku dpt pertukaran atau tidak. So, the answer is No. Rayuan pertukaran aku tidak diluluskan. Sedih sangat, tak tau macam mana nak uruskan persekolahan anak aku yg akan masuk tingkatan satu, kami laki bini sesi pagi sedangkan semua sekolah tingkatan satunya di sebelah petang. Kalau bukan sebab makcik tu kacau surat pertukaran aku, tentu aku pun sudah dapat bertukar seperti huda dan rohaizah. Hmm... nasib aku memang malang, dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Kalau aku cakap, orang akan marah ,dia orang kata aku ni tak percaya pada Qada dan Qadak tapi bukan itu maksud aku, ntahlah malas nak xplain pulak.
Esok aku kena pergi daftarkan anak aku masuk tingkatan satu dan pada masa yg sama ada mesyuarat di sekolah. Cakap terus teranglah malassss sangat aku hendak balik semula ke skolah ini. Cukuplah... aku dah tak tahan lagi, selagi kuasa ada di tangan orang2 yg spt itu maka keadaannya akan spt itu jugalah sampai bila2...
Kenapa yer hidup ini singkat sahaja tetapi ada manusia menganggap bahawa merekalah yg paling berkuasa dan merekalah yg berhak menentukan hidup orang lain, walaupun orang lain menderita akibat tindakan mereka itu. DAN yang paling teruk ialah orang yang pergi mengerjakan haji pun bersikap spt itu,suka mengenakan orang, menganiayai orang, tidak ada perasaan simpati dan empati terhadap masalah yg dihadapi oleh orang lain. Bahagiakah engkau???

Thursday, December 24, 2009

BENGANG !

Baru balik dr Tanjong Malim semlm, ingatkan hari ni boleh relax sikit, tengok2 rumah mcm apa je, dapur penuh sarat dgn mcm2 brg (kami tidur kat dapur sementara bilik tidur sedg di renovate), ruang tamu penuh dgn habuk dan batu bata, rumah dah tak mcm rumah, nak duduk dgn selesapun susah ! Uhh, lambat betul dia org ni nak siapkan rumah !
Dlm aku tgh kepenatan tu, tiba2 coursemate aku msg tanya pasal tajuk proposal, bingung gak sekejap, kemudian baru aku teringat aku ambik mod A, sem 3 nanti baru start buat proposal, dia orang yg ambik mod B yg kena buat proposal sekrg. Penat jg lah dok melayan msg kawan tadi. Belum sempat aku bergerak, tiba2 sorang lagi coursemate hantar msg bertanyakan benda yg sama, so terpaksalah xplain benda yg sama kat dia. Ai, pening aku dibuat oleh dia orang ni, hehe... biasalah tu sem pertama semua org pun tak brape clear...
Kemudian aku teringat pulak assignment yg diberi oleh 2 org lecturer tu, adushh banyaknyaaa !! 6 assignment; 3 individu 3 berkumpulan. Tu baru 2 org lecturer, sorang lecturer lagi belum balik dr Mekah lagi. Wow, kalau mcm ni nampaknya plan aku nak kuruskan badan akan berjayalah tahun hadapan ! Yg paling aku tak tahan ialah semuanya kena persembahkan dlm bentuk power point ! dah lah nak kena cari bahan, nak karang lagi tak kurang dr 15 muka surat, kemudian nak present pulak.... Penatnya !