Thursday, November 19, 2009

UPSR DAN ANAKKU


Keputusan UPSR diumumkan hari ini. Tahniah kpd anakku Mayson kerana mendpt 4A1B, walaupun tak dpt 5A, tetapi aku tetap berbangga kerana aku tahu bukan senang subjek UPSR sekarang. Kalau aku di tempat anakku mungkin aku tak dpt menjwb sebagus dia, terutamanya soalan matematik. Kat tempat kerja aku hari ni riuh jugalah kedengaran para ibu dan bapa yg berbangga dgn anak2 depa yg pandai, semuanya dpt 5A.
Rasa mcm terlepas pulak peluang aku utk melihat situasi di sekolahnya semasa guru besarnya mengumumkan keputusan pagi tadi.Suamiku sempat pergi tengok, tp aku spt biasa tak sempat kluar sebab terlalu byk kerja yg perlu dibereskan. Kertas periksa saja 3 kelas kena siapkan , depa org besar nak markah hari ni juga. Kemudian aku terlibat sbg guru bertugas spm pula petang ini sampai pukul 4.30 ptg. Kesian anakku, aku sampai rumah dah pukul 5.00 ptg. Tapi dia cukup seronok sebab tadi after school cgu sekolh dia bawa dia org yg dpt 5A dgn 4A pergi belanja makan KFC di Giant. Ok lah tu, kira sportinglah cgu Air Putih, tahniah cgu2 kerana menjadi guru yg caring dan supportive.
Malam ni tiba giliran kami ibubapanya pula membawanya pergi dinner. Dia nak sgt makan chicken chop kat Panorama Hotel. So kita org pun pergilah makan kat sana, sampai kat sana rupanya bukan kami saja yg bawa anak pi celebrate, ada ramai juga family Melayu yg membawa anak masing2. Rupanya seronok apabila anak2 kita berjaya, ini adalah pengalaman pertamaku anakku mengambil peperiksaan awam. Agaknya macam tu jugalah perasaan ibu bapaku dulu sewaktu aku berjaya dlm SRP,SPM dan STPM serta konvokesyen kat universiti ! Oh anakku, kau berjaya juga mengubat kesedihan ibu di tika ini !




2 comments:

  1. wah!!alhmd..congratz to ur son..even dia xdpt full tp dia ttap excellent..rzeki ank2..insy,pasni dia akn lg lbih xcellnt like his parents..hehe..wish congratz kt dia tau..hehe=)

    ReplyDelete
  2. mayson kata tq kat kak hira... hira pun xcellnt juga cuma dlm bidg yg berbeza kan ! hehe...

    ReplyDelete