Sunday, November 22, 2009

Cuti Sekolah & Jemputan Kahwin

Kad jemputan yg ditempah khas dari Indonesia
Kad jemputan dari rakan sekerja
Contoh kad jemputan yg sederhana

Contoh kad jemptn kahwin yg nampak mahal


Cuti sekolah dah bermula, begitu juga dgn kenduri kahwin. Begitu sinonim antara cuti sekolah dgn kenduri kahwin. Tahun ini, kali pertama aku & YM tidak berbincg ttg perancgn cuti. Mungkin kerana dia tgk aku msh sugul lagi, dan aku sendiripun tak tahu kenapa kali ini aku susah hendak bangkit drp kesedihan ini, really I don't have the answer either !
Yang pastinya thn ini jemputan kahwin lebih byk dr thn lepas. Aku suka tgk kad jemputan kahwin kerana skrg ni mcm2 jenis & rupa kad kahwin, ada yg dibuat dlm btk CD, ada yg spt kipas, ada yg spt kalendar, dgn kata lain mcm2 ada, yg tak adanya duit nak pi mkn kenduri !
Apabila berckp ttg jemputan kahwin, kita tak dpt lari dr org yg menjemputnya. Ada yg menjemputnya terdiri dr rakan sekerja kita, ada yg merupakan org sekampg, atau setaman , ada yg dari student(bg pihak ibubapa atau kakak/abang) dan yg terpenting ialah dr saudara mara. Kenapa dr saudr mara tu penting? kerana kalau kita lupa atau tak dpt dtg, siaplah nanti terpaksa 'berperg dingin' atau tak bertegur sapa berkurun-kurun. Itulah yg berlaku pd kami apabila suamiku terlupa tarikh perkahwinan anak buahnya dan tak tepon bagi tau mrk yg menjemput itu.
Pernah juga berlaku, aku tersilap hari sewaktu menghadiri perkahwinan x studentku. Lepas balik baru aku sedar, itupun slps aku menghubungi sorg lg xstudent bertyakn kenduri tersebut. Patutlah kat tempat kenduri tu aku perasan takde sorgpun yg aku kenal atau kenal aku, begitu jg YM. Panjang jugalah tengkuk aku meninjau-ninjau kat celah2 org ramai kot2 ada yg kenal. Rupa2nya, aku silap hari dan tempat kenduri, kenduri tu dah berlangsung sehari sebelumnya !
Yang paling harunya ialah ada jemputan yg aku terima tapi sampai ke sudah aku tak tau siapa yg menjemput dan siapa pengantinnya! Keadaan ini berlaku apabila ada student yg meletakkn kad jemptn kahwin abang/kakak dia org atas meja aku sewaktu aku takde kat situ dan takde pulak memo yg ditinggalkn. Kes ni samalah mcm student yg selalu hantar msg tapi tak pernah tulis nama, pening juga hendak meneka siapa yg hantar....
Yg aku suka kalau jemptn tu dr rakan sekerja kerana kalau pi kenduri kita akan jumpa muka2 yg kita kenal jd tak rasa kekok sgtlah dlm majlis tersebut. Ha.. ada satu jemptn istimewa dr rakan sekerjaku pd 28.11.09 ini, cuba teka dari siapa ya ? jawapannya lihat pd kad jemptn di atas.. Tahniah Mr.Selvam, semoga bahagia selamanya !

2 comments:

  1. doa2kn sy plak myusul pasni..sy xkn lupakn jsa n budi baik akak thdp sy..hya Allah SWT yg dpt mmblas sgala kbaikn akak thdp sy..sy xkn lupakn akak..=)

    ReplyDelete
  2. insyaallah, akak slalu berdoa yg baik2 utk kekwn akak ...semoga jodoh hira cepat sampai, takdelah akak berbudi apepun, cuma mungkin jodoh hira dgn wan tu kuat... bak kata org at a right time and a right place..kan! hehe

    ReplyDelete