Monday, December 14, 2009

UPSI & AKU

Hehe... akhirnya aku telah menjadi student UPSI ! Dalam keadaan takut dan ragu2, akhirnya aku melangkah juga ke Upsi mendaftar diri sbg pelajar sarjana (master). Course yg aku ambil tentulah bahasa Melayu, malas nak ambil course lain yg tak relevan dgn kerjaya aku sekarang. Dan aku juga telah mendapat rumah sewa bersama student yg lain. Alhamdullilah segalanya berjalan lancar walaupun hari pendaftaran tu amat memenatkan kerana jadual sgt padat, iaitu dari 8.30 pagi sampai 6.00 petang. Break hanya lunch hour je iaitu pukul 1.00 hingga 2. 00 petang. Tapi tak kisahlah itu semua, yg penting kami tak perlu menjalani aktiviti suai kenal.
Haha... spt yg dijangkakan kebanyakan student memanggil aku 'kak', 'akak', 'puan' pun ada, kelakarla... sampaikan sorang tu tanya aku, " akak ni buat PHD kah? ", "tak, kenapa ? akak nampak tua sangatkah?" tanya aku nakkan kepastian. " Ehh, takdelah, akak punya gaya tu mcm orang yg nak buat PHD ", jawab student tu malu2, takut aku marah agaknya ! Ha ! tu lah nak tunggu muka dah berkedut baru nak buat master, kan dah kena... Tapi risau juga aku tengok budak2 muda yg nak buat master ni, dia orang bergerak dan berfikir dgn pantas. Tak mcm aku yg agak slow dan aku membayangkan cerita kanak2 yg pernah aku baca ms aku kecik2 dulu, cerita "Arnab berlumba lari dgn Sang kura2 ". Dan akulah sang kura2 itu !
Semasa Dekan Fakulti memberi ucapan tu, dia ada juga memberikan kata2 perangsang dan ingatan buat semua student master & Phd sesi 2009/2010 ini. Katanya, student sekrang hendaklah berani meneroka dan mencari ilmu, bukannya dok plagiat karya orang lain je. Jangan sekadar slow and steady, tetapi hendaklah fast, steady and consistent.... blabalabla.... banyak ucpnnya, kalau nak quote semua tak muat ruangan ni. Harap2 aku bolehlah catch up apa yg diajar dan yg penting tak ketinggalan (ditinggalkan orang ! )
Kuliah kami yg pertama sepatutnya bermula Jumaat ini tp jumaat ni kan cuti, so Sabtu lah mula dan kelas ganti utk setiap Jumaat cuti pd thn hdpn akan mula diganti pd 21, 22, & 23 hb ini , that's mean aku kena dok kat Tjg Malim dari Sabtu hingga Rabu dpn, and then kelas semula pd Jumaat dan Sabtunya. Ohh, penatnya, belum apa2 dah ada kelas ganti..... ok lah ada masa cerita lagi.
(p/s : kalau Dr.Abdullah Hassan terbaca tulisan aku ni, ntah apalah yg akan dia cakap, bahasa lintang pukang, campur aduk.. tak mcm tulisan seorang guru. Dr.Abdullah dlm ucpnnya hari itu ada sebut ttg penggunaan bhs yg betul, " please use a proper language no matter you use Malay language, English, Tamil and what ever'. Remember don't talk to me using 'lah'. 'ha', 'yea'.... mampus den nanti tak tau mcm mn nak escape paper dia, uhuk hukhuk....

Thursday, December 10, 2009

SUATU PERJALANAN !

Esok 11.12.09 anak lelaki aku akan bertolak ke KL bersama2 kekawan & guru2 sekolahnya. Hari ini sepanjang hari kami menyediakan segala keperluan & kelengkapan yg perlu dibawanya, sibuknya macam nak pergi duduk sebulan, padahal kami kerap juga membawanya ke KL dan beberapa tahun yg lalu kami pernah tinggal di sana. Jadi dah tak hairan lagi dgn tempat2 yg ada kat KL, tapi dia tetap xcited mungkin kerana kali ini dia pergi bersama kawan2, jadi mungkin lebih seronok nanti. Maklumlah anakku dah meningkat remaja, jalan dgn ibu bapa banyak kongkongan, silap sikit pasti kena sound. Tapi aku tetap bimbangkan keselamatannya kerana dia orang pergi dgn menaiki bas, harap2 semuanya selamat .
Esok 11.12.09 juga, aku akan bertolak ke UPSI utk pendaftaran program master (hari Sabtu ). Suamiku dan Lea akan pergi bersamaku. Akhirnya, aku akan buat master juga. Sudah menjadi cita2ku semenjak di sekolah menengah lagi utk belajar sampai ke peringkat master. Tapi aku agak ragu2 dan takut, mungkin akulah student yg paling tua dan paling slow, aku takut tak boleh catch up studyku. Maklumlah aku buat part time je, iaitu setiap petang Jumaat & pagi Sabtu. Hari2 lain aku bekerja spt biasa. Lagipun dah hampir 20 tahun aku meninggalkan alam 'pembelajaran' (persekolahan? ).
Ada 2 perkara yg merungsingkan aku sekarang iaitu pertama rumah sewa. Adakah masih terdpt rumah/bilik utk disewa? macam mana kalau takde rumah sewa? takkan tiap2 minggu aku nak menginap kat hotel ! Kalau bapa aku ni cop duit ok jugak, hmm ntahlah...
Perkara ke-2 yg merisaukan aku ialah masa mohon hari tu kami bertiga iaitu aku, nurul & remie, yg dpt aku & remie, nurul tak dpt sbb lambat hantar borang. Tapi sekarang remie pulak terpaksa menarik diri kerana dia baru sahaja lepas bersalin, takkan nak tinggalkan baby dia pulakkan. So, tinggallah aku sorang dan yg menjadi masalahnya ialah tiap2 minggu aku terpaksa drive ke upsi sorang, sedangkan selama ini suami aku tak pernah bagi aku drive sorang kalau tempat tu jauh, kecuali pi sekolah je lah. Malah ke Ipohpun aku tak pernah drive, biasanya suami aku yg akan hantar (hmm tu lah manja sgt, skrang padan muka ! ). Dlm ms cuti sekolh ni bolehlah suami aku hantar, tapi lepas sekolh buka, macam mana? Eeeii, takutnya nak drive 2 jam lebih sorang diri.... Oh Tuhanku, bantulah aku, berilah aku kekuatan, keberanian dan ketabahan dlm aku mengejar ilmu di menara gading nanti supaya ilmu yg bakal aku peroleh dpt aku manfaatkan dlm kerjayaku sbg seorg pendidik, insyaallah. Amin.

Tuesday, December 8, 2009

SIBUKNYA!

Haa, kali ni aku nak bercakap sikit pasal sibuk. Semenjak aku dah decide nak terima tawaran tu, aku telah meletakkan diri aku & keluargaku dlm kesibukan. Hari sebelumnya pergi beli barang-barang keperluan, semalam pergi buat medical check up (X-ray buat kat Apollo), hari ni pi ambil result kat Majid. So dua tiga hari ni sgt sibuk, pening kepala dibuatnya.
Tambahan pulak kami tengah sibuk mencari kontraktor utk renovate rumah, hai kat Taiping ni ada duitpun susah betul nak cari tukang. Tukang Melayu banyak memberi alasan, tak berani nak buat sebab nak ketuk dan robohkan dinding ruang tamu nak sambung dgn bilik tidur, kami cadang nak besarkan lagi bilik tidur utama. Tukang Cina pulak, caj nya kadang2 tak masuk akal, yg dulu kami tanya, nak minta RM15,000. Alahai, susahnya !
Esok pulak nak pi bayar fee kat bank Islam, tadi dah pergi tapi bank off line, so dpt ambik borang je ! Kesibukan kami ini bertambah kerana terpaksa hantar anak lelaki ku ke sekolahnya utk berlatih nasyid.
Akibat dari kesibukan ini, aku telah telan 2 biji panadol tadi sebab kepalaku dah mula berdenyut-denyut sakit. So, setakat ni dulu.....aku nak pi tito (cara Lea sebut perkataan tidur! )

p/s: Alhamdullillah result medical check up aku semuanya ok !

Saturday, December 5, 2009

DEBARAN

Hatiku berdegup kencang menunggukan ketibaan 12.12.2009 ini...... takut, risau, serba-salah...hmm bermacam-macam perasaan silih berganti. Pada dasarnya aku dah setuju, tapi takut tak mampu nak bahagikan masa dan nak fokus pada 2 perkara dlm satu2 masa...entahlah ! Aku keliru? tidak. Aku tak keliru. Mungkin aku hilang pertimbangan pada masa ini? Entahlah. Harap2 keputusan yg aku ambil ini betul dan aku tidak akan menyesal. Iya, harap2nya begitulah. Walaupun suamiku dah memberikan green light dan dialah yg paling byk memberi galakan, tapi aku takut, aku takut aku tak mampu sebab rasanya aku dah agak tua untuk..................................... Apa2pun tunggu dan lihat sajalah nanti sama ada aku mampu melakukannya atau tidak!
Satu lagi debaran ialah sama ada aku berjaya atau tidak dalam permohonan aku utk bertukar semula ke Taipg. Surat rayuan dah hantar, minta tolong orangpun sudah, sendiri pergipun sudah, harap2nya Allah subhahanawataalla akan memakbulkan doaku dan ada lah harapanku utk bernafas kembali dgn lebih baik di persekitaran tempat kerja yg baru. Amin.
Dalam minggu2 cuti ini kami asyik sibuk berulang-alik menghantar anak lelakiku pergi ke sekolahnya berlatih lagu nasyid. Dia dan kekawannya yg mendpt 4A & 5A akan dibawa ke KL pd 11.12.09 ini oleh CIMB Bank untuk diraikan dgn pelajar2 dari sekolah lain yg juga merupakan sekolah anak angkat kpd CIMB bank dlm satu majlis yg akan diadakan di sebuah hotel. Hmm.. risau juga anak aku first time akan bermalam jauh dari kami, walaupun cgu2 dia ada bersama tapi selama ini tak pernah pula dia berada jauh dari pandangan mata kami. Agaknya itulah hakikat yg terpaksa diterima oleh setiap ibu dan bapa di dunia ini apabila anak2 mereka meningkat dewasa. Mungkin itu jugalah perasaan ibu dan ayah aku sewaktu aku mula melangkah keluar dari rumah melanjutkan pelajaran, bekerja, berkahwin dan.......... Baru kini aku faham perasaan mereka, rupanya begitu pahit sekali utk ditelan ya ! oh tidakkk.. anak aku dah dewasa !!!!

Tuesday, December 1, 2009

AIDIL ADHA & KAMI


Aidil Adha datang lagi, rasanya setahun cepat sangat berlalu. Tahun lepas kami menyambutnya di Cameron Highlands. Seperti juga tahun2 sebelumnya, kami sudah biasa menyambutnya sendirian sekeluarga. Tapi kalau di Kelantan tak banjir, biasanya kami akan balik ke kampung.
Tak banyak yg boleh aku ceritakan kali ini, kerana kebanyakan masa kami dihabiskan dgn berlepak-lepak di hotel sahaja. Hari pertama kami bermalam di Hotel Tanjung Bungah, Batu Feringgi. Mulanya ingat nak duduk di hotel yg mahal sikit tapi semuanya full house sebab kami tak booking dulu, jenis yg suka redah je! Sewa semalam RM230.00 tapi service tak brape sangatlah xpecially petugas kaunter pompuan yg agak kasar & berlagak.
Hari kedua kami sewa kat Hotel Equatorial, Bkt Jambul. Yang ni memang ok dan disyorkan kpd sesiapa yg nak tinggal di hotel yg selesa & dilayan dgn penuh sopan. Sewanya ok lah walaupun mahal sikit drp Tjg Bungah Hotel, biasalah 5 star hotel. Tjg Bungah tu 3 star je ! Tak banyak gambar yg sempat dirakamkan kerana selain drp jalan2 kat Batu Feringgi, kami hanya pergi sekejap je ke Queensbay Mall, Chowrasta, Gurney Drive & Metro Jaya, yg lainnya pusing2 dlm kereta je sebab kesian kat Lea yg kepenatan. Kalau ikutkan hati nak tinggal lama sikit tapi risaukan rumah takde siapa yg tolong tengokkan. Haa... macam tu lah kami sambut aidil adha this year !!!
Tengok je lah gambar2 kami semasa bercuti kat Penang...
Sempat lagi berposing sebelum check out dari hotel. Amacam cun tak? hehe...
Kami tiga beranak dlm bilik hotel Tjg Bungah. Yang kecik tu tak sempat nak buang ting nye !
Pemandangan indah dari tingkat 5 Hotel Tanjung Bungah, Bt Feringgi Penang.
Seronok & tak puas melihat keindahan pantai di Bt Feringgi, Penang.
Lea sedang seronok main air dlm bath tub, sama macam abangnya ! Ooops sensored !!
Mayson lepas berendam di bath tub hotel ! Amacam macho tak ? hehe...
Aku di anjung hotel Equatorial Penang, bilik kami di tkt 1 , kat bwh tu swimming pool

Sunday, November 22, 2009

Cuti Sekolah & Jemputan Kahwin

Kad jemputan yg ditempah khas dari Indonesia
Kad jemputan dari rakan sekerja
Contoh kad jemputan yg sederhana

Contoh kad jemptn kahwin yg nampak mahal


Cuti sekolah dah bermula, begitu juga dgn kenduri kahwin. Begitu sinonim antara cuti sekolah dgn kenduri kahwin. Tahun ini, kali pertama aku & YM tidak berbincg ttg perancgn cuti. Mungkin kerana dia tgk aku msh sugul lagi, dan aku sendiripun tak tahu kenapa kali ini aku susah hendak bangkit drp kesedihan ini, really I don't have the answer either !
Yang pastinya thn ini jemputan kahwin lebih byk dr thn lepas. Aku suka tgk kad jemputan kahwin kerana skrg ni mcm2 jenis & rupa kad kahwin, ada yg dibuat dlm btk CD, ada yg spt kipas, ada yg spt kalendar, dgn kata lain mcm2 ada, yg tak adanya duit nak pi mkn kenduri !
Apabila berckp ttg jemputan kahwin, kita tak dpt lari dr org yg menjemputnya. Ada yg menjemputnya terdiri dr rakan sekerja kita, ada yg merupakan org sekampg, atau setaman , ada yg dari student(bg pihak ibubapa atau kakak/abang) dan yg terpenting ialah dr saudara mara. Kenapa dr saudr mara tu penting? kerana kalau kita lupa atau tak dpt dtg, siaplah nanti terpaksa 'berperg dingin' atau tak bertegur sapa berkurun-kurun. Itulah yg berlaku pd kami apabila suamiku terlupa tarikh perkahwinan anak buahnya dan tak tepon bagi tau mrk yg menjemput itu.
Pernah juga berlaku, aku tersilap hari sewaktu menghadiri perkahwinan x studentku. Lepas balik baru aku sedar, itupun slps aku menghubungi sorg lg xstudent bertyakn kenduri tersebut. Patutlah kat tempat kenduri tu aku perasan takde sorgpun yg aku kenal atau kenal aku, begitu jg YM. Panjang jugalah tengkuk aku meninjau-ninjau kat celah2 org ramai kot2 ada yg kenal. Rupa2nya, aku silap hari dan tempat kenduri, kenduri tu dah berlangsung sehari sebelumnya !
Yang paling harunya ialah ada jemputan yg aku terima tapi sampai ke sudah aku tak tau siapa yg menjemput dan siapa pengantinnya! Keadaan ini berlaku apabila ada student yg meletakkn kad jemptn kahwin abang/kakak dia org atas meja aku sewaktu aku takde kat situ dan takde pulak memo yg ditinggalkn. Kes ni samalah mcm student yg selalu hantar msg tapi tak pernah tulis nama, pening juga hendak meneka siapa yg hantar....
Yg aku suka kalau jemptn tu dr rakan sekerja kerana kalau pi kenduri kita akan jumpa muka2 yg kita kenal jd tak rasa kekok sgtlah dlm majlis tersebut. Ha.. ada satu jemptn istimewa dr rakan sekerjaku pd 28.11.09 ini, cuba teka dari siapa ya ? jawapannya lihat pd kad jemptn di atas.. Tahniah Mr.Selvam, semoga bahagia selamanya !

Thursday, November 19, 2009

UPSR DAN ANAKKU


Keputusan UPSR diumumkan hari ini. Tahniah kpd anakku Mayson kerana mendpt 4A1B, walaupun tak dpt 5A, tetapi aku tetap berbangga kerana aku tahu bukan senang subjek UPSR sekarang. Kalau aku di tempat anakku mungkin aku tak dpt menjwb sebagus dia, terutamanya soalan matematik. Kat tempat kerja aku hari ni riuh jugalah kedengaran para ibu dan bapa yg berbangga dgn anak2 depa yg pandai, semuanya dpt 5A.
Rasa mcm terlepas pulak peluang aku utk melihat situasi di sekolahnya semasa guru besarnya mengumumkan keputusan pagi tadi.Suamiku sempat pergi tengok, tp aku spt biasa tak sempat kluar sebab terlalu byk kerja yg perlu dibereskan. Kertas periksa saja 3 kelas kena siapkan , depa org besar nak markah hari ni juga. Kemudian aku terlibat sbg guru bertugas spm pula petang ini sampai pukul 4.30 ptg. Kesian anakku, aku sampai rumah dah pukul 5.00 ptg. Tapi dia cukup seronok sebab tadi after school cgu sekolh dia bawa dia org yg dpt 5A dgn 4A pergi belanja makan KFC di Giant. Ok lah tu, kira sportinglah cgu Air Putih, tahniah cgu2 kerana menjadi guru yg caring dan supportive.
Malam ni tiba giliran kami ibubapanya pula membawanya pergi dinner. Dia nak sgt makan chicken chop kat Panorama Hotel. So kita org pun pergilah makan kat sana, sampai kat sana rupanya bukan kami saja yg bawa anak pi celebrate, ada ramai juga family Melayu yg membawa anak masing2. Rupanya seronok apabila anak2 kita berjaya, ini adalah pengalaman pertamaku anakku mengambil peperiksaan awam. Agaknya macam tu jugalah perasaan ibu bapaku dulu sewaktu aku berjaya dlm SRP,SPM dan STPM serta konvokesyen kat universiti ! Oh anakku, kau berjaya juga mengubat kesedihan ibu di tika ini !