Monday, November 22, 2010

DAH TIBA KE PENGHUJUNGNYA !

Akhirnya dah tiba ke penghujung! Setelah puas dan penat berhempas pulas, akhirnya hari yang dinanti-nantikan akan menjelma esok. Iya, esok, anak didikku bakal menduduki peperiksaan SPM. Aku tak mahu risau dulu, yang penting ialah anak didikku berusaha menjawab soalan peperiksaan kertas 1 esok. Dah bermacam-macam usaha, program dan nota-nota yang aku sediakan untuk mereka, seolah-olah aku yang akan menduduki peperiksaan. Itulah bezanya murid zaman sekarang dengan zaman dahulu. Apa-apapun aku harap mereka telah manfaatkan segala ilmu yang aku sampaikan pada mereka selama ini. Doaku sentiasa mengiringi kalian wahai pelajar SMKS, buat yang terbaik ok !


Sesi bengkel & pembentangan Program Sehari Bersama Julia



Contoh bahan untuk Program Sehari Bersama Julia & Sentuhan A






















Thursday, October 21, 2010

Boring !

Dah mula bosan balik dengan kerja dan sekolah !

Apa nak jadi ? Tak lama lagi dah nak SPM ...

Aku rasa penat sangat sebab sekolah kami ini hanya pentingkan BM sahaja, subjek lain tak

penting, yang penting BM mesti lulus !


Di sekolah ini, hanya aku seorang sahaja guru opsyen BM yang mengajar tingkatan 5. Yang lain semua bukan opsyen. Dan aku jugalah ketua panitia. Jadi segala beban tu hanya pada aku saja. Kalau mesyuarat aku sajalah yang asyik ditanya, kenapa tak capai sasaran, kenapa budak kelas hujung ramai yang gagal, kenapa ? kenapa? kenapa?

Oh bosannya !! Penatnya dengan semua ini, rasa macam nak balik kampung jer, balik temankan ibu, tentu ibu ternanti-nanti kepulanganku dan anak-anak ..... hmmm ....seronoknya balik kampung !


Wednesday, October 13, 2010

Inovasi Dalam Pengajaran Bahasa

Ha ! Itulah last paper kami Ahad ini. Boringnya, dahlah hari Ahad, pastu pukul 2.30 petang baru mula. Habis pukul 5.00 petang. Entah apa-apa jadual exam sem ini !



Hendak baca apapun tak tahu. Dr. suruh kami baca assignment yang masing-masing bentangkan baru-baru ini. Tapi kami agak keliru kerana selama ini pensyarah kami ini lebih menekankan falsafah berbanding inovasi itu sendiri. Agak-agaknya jadi macam menjawab paper Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi jugalah ! Baca bermati-matian sampai pukul tiga, empat pagi, yang dibaca tak keluar, yang tak baca pula yang ditanya. Hampeh tul !

Sunday, September 26, 2010

Kini segalanya hampir ke penghujung !

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama tidak update blog ini, sibuk berpanjangan. Hari ini barulah ada masa untuk menulis sedikit.
Selama ini asyik sibuk dengan mengajar di sekolah dengan budak-budak ting.5 hendak menduduki peperiksaan SPM, dan juga sibuk dengan urusan pengajianku di upsi. Disebabkan semester ini, aku ambil 4 paper, maka bertambahlah tugasan yang perlu aku selesaikan. Masa cuti hari raya baru-baru ini pun, aku tak beraya sangat, hanya 2 hari aku peruntukkan untuk sambutan, selebihnya aku terperap saja dalam bilik menyiapkan tugasan. Kasihan suami aku membawa anak-anak pergi beraya ke rumah kawan-kawan tanpa ditemani oleh aku. Apa boleh buat, ada 6 tugasan yang perlu aku siapkan. Tiap-tiap hari tidur pukul 2 atau 3 pagi, penatnya tak terkata.Bukan penat buat tugasan sahaja, tetapi juga power point untuk pembentangan, semua paper kena bentang.
Masa bentang paper proposal, frust tak terkata apabila penilai luar membantai kami tanpa belas kasihan, rasa terkedu dan terduduk. Seminggu lebih aku mati semangat, rasa macam nak berhenti belajar saja. Tidak ada langsung benda yang dipuji tentang tugasan kami, apa yang kami buat tak disentuh, mana yang kami tak buat atau salah buat, habis dikritik dan dihina dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Daripada seorang pensyarah yang aku hormati dan sanjungi selama ini, tiba-tiba semuanya bertukar menjadi kecewa yang teramat sangat ... Kalau kami buat salah atau tak betul, bimbinglah kami bukannya sampai tahap menghina, kami ni dalam proses belajar, baru kali pertama ambil master.
Tapi semangat yang hampir mati itu kembali pulih selepas pembentangan paper Inovasi dalam seminar pada Sabtu yang lepas, seronok sangat apabila aku sorang jer yang dipuji kerana bersungguh-sungguh membuat slide pembentangan yang lengkap dan menarik. Alhamdulillah segala penat lelah yang dicurahkan rasa berbaloi juga akhirnya.

Minggu ini 1 & 2 hb Oktober merupakan kuliah terakhir kami semester ini, minggu depan yang satu lagi 8, 9/10 dan 17/10 ialah minggu peperiksaan. Walaupun risau takut tak dapat menjawab dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya segala beban kerja dah habis.
Rasa lega yang teramat sangat, hanya ucapan kesyukuran yang mampuku ungkapkan. Alhamdulillah, semester 2 hampir sampai ke penghujungnya .... Doakan semoga aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti yer ..

Monday, September 6, 2010

Di persimpangan dilema

Ooops ....... dah agak lama tak update blog, sekarang ni sangat sibuk dengan assignment, banyak betul assignment yang kena siapkan. Semuanya kena hantar selepas raya, ada yang kena bentang, dan ada seminar.

Dalam kalut nak sambut raya dengan nak siapkan assignment, tiba-tiba ada pula peluang untuk meningkatkan kerjaya. Teringin sangat nak cuba, tapi takut tak mampu sebab terikat pula dengan pengajian masterku sekarang. Mula ym bagi, tapi bila betul aku nak pergi, dia macam tak berapa setuju. Mungkin aku perlu tunggu hingga habis dulu masterku .... entahlah kata orang peluang hanya datang sekali je dalam hidup kita !

Aku betul2 dalam dilema ...........

Thursday, August 26, 2010

Saturday, August 21, 2010

Assignment

Banyaknya assigment sampai dah rambang mata.

Macam mana aku nak siapkan semuanya ???

Kemahiran berfikir & berkomunikasi - 2 asgmt individu

Kaedah penyelidikan - 1 proposal individu

Kajian perbandingan tatabahasa - 2 asgmt individu

Kaedah inovasi dalam p&p - 1 asgmt individu

Trial spm BM - dateline key in markah - 4/9/10

Saturday, August 14, 2010

Lagu-lagu Wali Band

Jarang sekali aku hendak suka pada lagu Indonesia , kecuali lagu-lagu lama yang dinyayikan oleh Hetty Koes Endang, Broery Marantika, Endang S.Taurina dan beberapa nama lain yang aku sudah tidak ingat.
Tadi dalam perjalanan balik dari Tanjong Malim, aku baru teringat CD yang dibeli pada minggu lepas, aku capai satu daripadanya lalu aku pasang dalam kereta yang sedang aku pandu dengan laju. Kebetulan CD Wali Band (harap betul ejaannya ! ).
Selain dua tiga lagu yang biasa kedengaran di radio, aku lebih suka lagu-lagu ketuhanannya yang agak relaks. Sepanjang perjalanan aku sampai ke Taiping, hanya CD mereka saja yang aku pasang berulang-ulang dan lagu yang sama juga aku ulang-ulang ..... tapi sehingga turun kereta, aku masih tidak tahu tajuk-tajuk lagu yang aku suka itu. Oh ... teruknya aku !

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan al-Mubarak


Selamat menyambut 1 Ramadhan hari ini. Syukur alhamdullilah kerana sekali lagi berpeluang menyambut bulan puasa; bulan yang penuh kerahmatan dan keinsafan. Cepat sungguh setahun telah berlalu...
Banyak perkara yang telah berlaku dan banyak perkara yang memang ditakdirkan tidak boleh berubah. Apakah hati manusia juga boleh berubah? Misalnya, orang yang tidak berpuasa, adakah mereka boleh dan mahu berpuasa? Rasanya sukar bagi mereka ini hendak berubah !
Ah! malas rasanya hendak berbicara tentang mereka yang memandang enteng terhadap suruhan agama, terasa bagai mencurah air ke daun keladi. Kalau usia dah hampir separuh abadpun masih tidak mahu berfikir dan berubah, memang tak boleh buat apa dah ... masing-masing fikirlah sendiri !!
Kadang-kadang terfikir juga, alangkah besarnya nikmat dan anugerah Tuhan, banyak benda yang aku pohon, tiba2 semuanya dimakbulkan pada bulan yang mulia ini .... subahanallah...
Ya Allah, aku bermohon padaMu bantulah aku untuk menempuhi bulan Ramadhan ini dengan penuh kekuatan dan ketabahan, walaupun aku terpaksa bersendirian dalam hal ini .....
Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu ini, namun aku berharap suatu masa nanti, ada sinar perubahan dalam hidupku ini..... amin .

Saturday, August 7, 2010

Insaf !

Tadi masa balik dari Tanjong Malim, aku drive agak laju, dalam 120km/jam sebab nak cepat sampai. Tiba-tiba kat depan aku dalam jarak selang 6 buah kereta, aku ternampak sebuah ambulans dengan lampunya dinyalakan, di belakangnya ada sebuah mercedes hitam mengekori rapat, kemudian aku tengok kereta lainpun makin perlahan, tiba-tiba ramai pula yang memecut Dalam keadaan aku tak memakai cermin mata itu, aku dapat membaca tulisan atas ambulans tu tertulis "kereta jenazah". Dalam hatiku 'patutlah' ..

Mulanya ingat nak potong jer ... tiba2 rasa semacam pula !
Aku memperlahankan kereta, mengekori di belakang merz hitam itu tadi...
Entah macam mana, aku boleh mengelamun panjang ...
Terbayang pula kat kepalaku, suatu masa nanti aku dan juga semua orangpun akan jadi seperti itu juga ... cuma cepat atau lambat jer !

Tiba-tiba hati aku rasa sayu aje,
Aku teringatkan anak-anak aku,
apa akan terjadi kepada anak-anak aku, kalau aku meninggal awal ?
apa akan terjadi pada anak-anak aku, kalau suami aku juga meninggal awal ?
siapakah yang akan menjaga anak-anak aku?
Sedih menyelubungi hati aku ...
Ya Allah ya Tuhanku, hanya padaMu aku berserah dan bermohon
Kau panjangkanlah usiaku dan usia suamiku,
berikanlah kepada kami tubuh badan yang sihat,
kau rahmatilah anak-anakku,
jadikanlah anak-anakku, anak yang soleh dan solehah ..... amin.

Sesungguhnya aku menginsafi bahawa " dariMu kami datang, dan padaMu jua kami akan kembali " .

Saturday, July 31, 2010

My new hobby

Semenjak dua menjak ni aku dah ada hobby(minat) baru. Risau pula nak mengeja 'hobby' ni takut keliru dengan 'hubby'. Adakah ejaannya hobby atau hobi ? Semakin keliru pula aku. Haa... tu lah dah lama sangat tak fikir pasal hobby (kalau aku silap, tolong betulkan ya ! )

Sekarang ni aku suka sangat mengumpul buku-buku ilmiah. Tiap-tiap minggu aku akan membeli buku-buku ilmiah sama ada di Tanjong Malim ataupun di Taiping. Dah jadi semacam satu kegilaan atau ketagihan pula. Kalau tak dapat naskah asli, yang fotocopy pun jadilah (salah tak ? ) Tapi yang tak tahannya, buku-buku ilmiah ni harganya sangat mahal !
Nanti ada masa, aku uploadkan gambarnya !

Tuesday, July 27, 2010

APC

Apa itu APC ? Lazimnya, kakitangan kerajaan lebih tahu tentang APC ataupun Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini. Tiap2 tahun, prestasi kakitangan kerajaan akan dinilai melalui APC ini. Bagi yang dapat , seronok tak terkata, terasa kerja kita dihargai. Bagi yang tak dapat, maka menunggulah giliran masing2. Ada yang merungut, ada yang tak puas hati, ada yang tak kisah, ada yang buat2 tak kisah. Pokok pangkalnya, rumah siap pahat berbunyi.
Tapi bagi mereka yang menjadi Penilai pertama dan kedua, tugas dan tanggungjawab untuk menilai orang bawahan sangatlah berat. Ada yang ikut perasaan, ada yang kulaan, ada yang adil, ada yang kurang adil dan ada yang langsung tak adil. Apa2 pun, kat akhirat besok, masing2 jawablah ya !

Dalam setahun dua ni, aku tak nak ambil kisah lagi tentang APC, sebab aku dah 2 kali dapat ... fokus aku sekarang ialah pada pengajian aku. Akan ku kejar Master ku dulu, kemudian kalau ada rezeki mungkin aku akan kejar PHD pula (angan2).

Saturday, July 24, 2010

Dimensi Baru


Aku temui sesuatu yang baru, yang menarik, yang berbeza kali ini.

Aku temui apa yang aku tidak temui pada semester lepas.

Aku temui suatu sinar yang mendamaikan.

Aku temui kegembiraan yang kian sirna.

Aku temui persahabatan baharu.

Usia dan pangkat bukan ukuran

Yang penting keikhlasan dan kejujuran.


Thursday, July 22, 2010

Luluh !


Aku sudah tawar hati


Saturday, July 17, 2010

Cermin !


Pernahkah kau berfikir seketika
berada di tempatku?

Sebaris lirik daripada lagu Siti Nurhaliza
buat renungan saudara maraku
yang kusayangi dan kuhormati

Wednesday, July 14, 2010

Congratulations Dear !

Tahniah buat tersayang My beloved hubby (YM) sebab dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ... syukur alhamdullilah !

Last Year I dapat, this year is your turn, so kira seri lah kita .... hehe !!

Jangan lupa belanja kami makan taw !! I nak makan kat Flemington Hotel ... suka sangat fish filletnya yang sedap hingga menjilat jari tu ... haha.....

Saturday, July 10, 2010

sudah hampir ke kemuncak World Cup 2010

Malam ni penentuan tempat ke-3 & ke-4 World Cup antara German dengan Uruguay.
Dua-dua pasukan juga hebat.

Tapi aku tetap sokong German .... Yea .... idup German !!
Tapi yang tak syoknya, permainan bermula kul 2.30 pagi, time tu matapun dah tak terangkat !
Nampak gayanya waka waka tidur ler !!

Wednesday, July 7, 2010

Why ? Why? Why?

Why????? Kenapa kejamnya World Cup disiarkan 2.30 pagi ???
Memang aku tak puas hati lah ! Camne nak tengok, 5.30 pagi dah kena bangun siap2 nak pi keje?
Adushh !! sakitnya hati ini. Kena lak pasukan aku German lawan Spain awal pagi ni ....
Kenapalah aku keje pagi, kalau aku tak perlu kerja kan bagus ... heheh !
Waka waka tidurler !

Sunday, July 4, 2010

Harga Sebuah Pengorbanan !

Haha... mcm ya ya jer tajuknya !
Sebenarnya tajuk tu ada kaitan dengan diri ini. Sebab apa semasa kat Upsi semalam, tiba-tiba aku boleh berubah fikiran dan tambah satu paper lagi, menjadikan semuanya 4 paper untuk sem ini. Rasa macam bukan aku jer ! Tak tau lah mampukah aku kejar semua paper itu ? Tapi itulah aku, aku suka buat sesuatu yang mencabar minda dan fizikal aku ! Aiikk, macam riak jer cara aku bercakap (berfikir ) . Sebenarnya tak juga, cuma aku selalu rasa bosan/boring kalau asyik buat benda yang sama je. Sem lepas aku ambik 3 paper, terasa juga beratnya, tapi bila aku fikir balik, mungkin sebabnya aku baru sem pertama, jadi belum dapat sesuaikan diri lagi. So, sem ini aku rasa 'mungkin' aku dah tau cara nak bekerja dengan betul, kononnya lah !
Aku ada juga ajak Su coursemate aku, tapi dia kurang berminat. Katanya , "takut tak larat lak ... saya ni otak teruk sikit kak .... ". Haa ! tak boleh buat apa lah kalau orang yg jarak umurnya lebih muda 10 tahun boleh berfikir begitu, takkan aku nak paksa pula. So, aku kenalah berjuang seorang (sebenarnya tak juga, junior kami pelajar sem 1 , semuanya ambik 4 paper, termasuk sorang yang sedang pregnant 4 bulan) . Tujuan aku ambik 4 paper ialah supaya aku tak perlu pergi kuliah lagi sem 4 nanti, so boleh concentrate buat tesis je (boleh jimat duit, masa dan tenaga ).
Semalam kuliah kami sampai pukul 5.00 petang, kesian bila aku sampai rumah, dah dekat senja, anak2 aku dan suamiku tengok aku semacam je ! Lea pulak merajuk, tak mahu aku pegang/cium dia ..... Hmmm ... agaknya itulah harga sebuah pengorbanan !

Thursday, July 1, 2010

Semester baru dah bermula !

Esok, aku akan meneruskan perjalanan ku ke upsi lagi ... kali ni untuk semester ke-2.
Haha ... tapi tak taw kenapa sem ini kerap betul kami menukar paper, masuk ni dah kali ke-4 kami menukar (drop & add) paper, rasa macam tak ummph je apabila jumpa lecturer yang mengajar !

Pagi tadi aku menghadiri bengkel Tatabahasa di PKG Bagan Serai. Setelah sesat dua tiga kali pusing, akhirnya aku jumpa juga PKG itu.
Tapi kursusnya, hampeh betul ! Dah lah kena bayar RM10.00, nota yg diberi 2 helai sahaja, itupun latihan bukannya nota. Lepas tu penceramahnya main hentam kromo je, macam tak prepare apa2, dan banyak benda yang dia cakap tu, aku dah pernah baca dalam internet. Kalau bukan sebab my 2nd and 3rd boss sibuk paksa I pergi, rasanya tak kuasalah nak melayan.

Anyway, I lebih excited tentang assignment paper Kemahiran Komunikasi yang bakal kami kena siapkan. Dengar Maryam (my senior) kata, tajuk dah keluar, tapi jenuh I godek dalam internet satu bendapun tak jumpa, takpelah esok jumpa Maryam baru tanya lebih lanjut.
Hopefully segala-galanya berjalan lancar esok..