Saturday, August 21, 2010

Assignment

Banyaknya assigment sampai dah rambang mata.

Macam mana aku nak siapkan semuanya ???

Kemahiran berfikir & berkomunikasi - 2 asgmt individu

Kaedah penyelidikan - 1 proposal individu

Kajian perbandingan tatabahasa - 2 asgmt individu

Kaedah inovasi dalam p&p - 1 asgmt individu

Trial spm BM - dateline key in markah - 4/9/10

Saturday, August 14, 2010

Lagu-lagu Wali Band

Jarang sekali aku hendak suka pada lagu Indonesia , kecuali lagu-lagu lama yang dinyayikan oleh Hetty Koes Endang, Broery Marantika, Endang S.Taurina dan beberapa nama lain yang aku sudah tidak ingat.
Tadi dalam perjalanan balik dari Tanjong Malim, aku baru teringat CD yang dibeli pada minggu lepas, aku capai satu daripadanya lalu aku pasang dalam kereta yang sedang aku pandu dengan laju. Kebetulan CD Wali Band (harap betul ejaannya ! ).
Selain dua tiga lagu yang biasa kedengaran di radio, aku lebih suka lagu-lagu ketuhanannya yang agak relaks. Sepanjang perjalanan aku sampai ke Taiping, hanya CD mereka saja yang aku pasang berulang-ulang dan lagu yang sama juga aku ulang-ulang ..... tapi sehingga turun kereta, aku masih tidak tahu tajuk-tajuk lagu yang aku suka itu. Oh ... teruknya aku !

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan al-Mubarak


Selamat menyambut 1 Ramadhan hari ini. Syukur alhamdullilah kerana sekali lagi berpeluang menyambut bulan puasa; bulan yang penuh kerahmatan dan keinsafan. Cepat sungguh setahun telah berlalu...
Banyak perkara yang telah berlaku dan banyak perkara yang memang ditakdirkan tidak boleh berubah. Apakah hati manusia juga boleh berubah? Misalnya, orang yang tidak berpuasa, adakah mereka boleh dan mahu berpuasa? Rasanya sukar bagi mereka ini hendak berubah !
Ah! malas rasanya hendak berbicara tentang mereka yang memandang enteng terhadap suruhan agama, terasa bagai mencurah air ke daun keladi. Kalau usia dah hampir separuh abadpun masih tidak mahu berfikir dan berubah, memang tak boleh buat apa dah ... masing-masing fikirlah sendiri !!
Kadang-kadang terfikir juga, alangkah besarnya nikmat dan anugerah Tuhan, banyak benda yang aku pohon, tiba2 semuanya dimakbulkan pada bulan yang mulia ini .... subahanallah...
Ya Allah, aku bermohon padaMu bantulah aku untuk menempuhi bulan Ramadhan ini dengan penuh kekuatan dan ketabahan, walaupun aku terpaksa bersendirian dalam hal ini .....
Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu ini, namun aku berharap suatu masa nanti, ada sinar perubahan dalam hidupku ini..... amin .

Saturday, August 7, 2010

Insaf !

Tadi masa balik dari Tanjong Malim, aku drive agak laju, dalam 120km/jam sebab nak cepat sampai. Tiba-tiba kat depan aku dalam jarak selang 6 buah kereta, aku ternampak sebuah ambulans dengan lampunya dinyalakan, di belakangnya ada sebuah mercedes hitam mengekori rapat, kemudian aku tengok kereta lainpun makin perlahan, tiba-tiba ramai pula yang memecut Dalam keadaan aku tak memakai cermin mata itu, aku dapat membaca tulisan atas ambulans tu tertulis "kereta jenazah". Dalam hatiku 'patutlah' ..

Mulanya ingat nak potong jer ... tiba2 rasa semacam pula !
Aku memperlahankan kereta, mengekori di belakang merz hitam itu tadi...
Entah macam mana, aku boleh mengelamun panjang ...
Terbayang pula kat kepalaku, suatu masa nanti aku dan juga semua orangpun akan jadi seperti itu juga ... cuma cepat atau lambat jer !

Tiba-tiba hati aku rasa sayu aje,
Aku teringatkan anak-anak aku,
apa akan terjadi kepada anak-anak aku, kalau aku meninggal awal ?
apa akan terjadi pada anak-anak aku, kalau suami aku juga meninggal awal ?
siapakah yang akan menjaga anak-anak aku?
Sedih menyelubungi hati aku ...
Ya Allah ya Tuhanku, hanya padaMu aku berserah dan bermohon
Kau panjangkanlah usiaku dan usia suamiku,
berikanlah kepada kami tubuh badan yang sihat,
kau rahmatilah anak-anakku,
jadikanlah anak-anakku, anak yang soleh dan solehah ..... amin.

Sesungguhnya aku menginsafi bahawa " dariMu kami datang, dan padaMu jua kami akan kembali " .

Saturday, July 31, 2010

My new hobby

Semenjak dua menjak ni aku dah ada hobby(minat) baru. Risau pula nak mengeja 'hobby' ni takut keliru dengan 'hubby'. Adakah ejaannya hobby atau hobi ? Semakin keliru pula aku. Haa... tu lah dah lama sangat tak fikir pasal hobby (kalau aku silap, tolong betulkan ya ! )

Sekarang ni aku suka sangat mengumpul buku-buku ilmiah. Tiap-tiap minggu aku akan membeli buku-buku ilmiah sama ada di Tanjong Malim ataupun di Taiping. Dah jadi semacam satu kegilaan atau ketagihan pula. Kalau tak dapat naskah asli, yang fotocopy pun jadilah (salah tak ? ) Tapi yang tak tahannya, buku-buku ilmiah ni harganya sangat mahal !
Nanti ada masa, aku uploadkan gambarnya !

Tuesday, July 27, 2010

APC

Apa itu APC ? Lazimnya, kakitangan kerajaan lebih tahu tentang APC ataupun Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini. Tiap2 tahun, prestasi kakitangan kerajaan akan dinilai melalui APC ini. Bagi yang dapat , seronok tak terkata, terasa kerja kita dihargai. Bagi yang tak dapat, maka menunggulah giliran masing2. Ada yang merungut, ada yang tak puas hati, ada yang tak kisah, ada yang buat2 tak kisah. Pokok pangkalnya, rumah siap pahat berbunyi.
Tapi bagi mereka yang menjadi Penilai pertama dan kedua, tugas dan tanggungjawab untuk menilai orang bawahan sangatlah berat. Ada yang ikut perasaan, ada yang kulaan, ada yang adil, ada yang kurang adil dan ada yang langsung tak adil. Apa2 pun, kat akhirat besok, masing2 jawablah ya !

Dalam setahun dua ni, aku tak nak ambil kisah lagi tentang APC, sebab aku dah 2 kali dapat ... fokus aku sekarang ialah pada pengajian aku. Akan ku kejar Master ku dulu, kemudian kalau ada rezeki mungkin aku akan kejar PHD pula (angan2).

Saturday, July 24, 2010

Dimensi Baru


Aku temui sesuatu yang baru, yang menarik, yang berbeza kali ini.

Aku temui apa yang aku tidak temui pada semester lepas.

Aku temui suatu sinar yang mendamaikan.

Aku temui kegembiraan yang kian sirna.

Aku temui persahabatan baharu.

Usia dan pangkat bukan ukuran

Yang penting keikhlasan dan kejujuran.